Apr 21, 2013

Menu Rasulullah S.A.W



Adalah fitrah semulajadi seorang manusia makhluk ciptaan Allah mempunyai keperluan untuk mencari sesuap makanan. Ini adalah cara untuk memastikan kelangsungan kehidupan dan membolehkan kita untuk mengumpul sumber tenaga dalam meneruskan kerja seharian. Namun begitu, apabila fitrah ini berlebihan dan disalahgunakan ia bertukar menjadi nafsu yang tidak terkawal.

 Walaupun begitu, sebagai seorang hamba yang telah dikurniakan akal oleh Allah s.w.t, kita mempunyai kelebihan untuk memilih dan mengawal makhluk bernama nafsu dengan pertimbangan yang baik. Firman Allah dalam Al-Quran : 

“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya.”

(Surah Asy-Syams 91 : 7-9 )

                Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik untuk dijadikan Qudwah dalam kehidupan seharian kita bukan sahaja dari segi ibadat malah dari segala sudut kehidupan. Mari kita lihat sama-sama apa menu sajian Rasulullah s.a.w. dalam diet seharian 

Baginda yang boleh kita amalkan : 

·         Kurma dan air kosong
·         Tharid iaitu roti dicampur dengan daging dan berkuah
·         Roti yang dimakan dengan cuka
·         Roti dengan minyak zaitun
·         Roti dengan keju
·         Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
·         Roti dengan kurma
·         Kurma dengan mentega
·         7 biji kurma yang direndam dalam susu ( biasanya dimakan pada waktu pagi)
·         Kurma dan tembikai
·         Timun dan kurma

                Di sini dapat kita lihat bahawa hidangan Baginda Rasulullah s.a.w sungguh sederhana dan berkhasiat. Walaupun sedikit namun Baginda mampu membina kekuatan yang mantap untuk beribadat, qiam dan sebagainya. Semoga kita dapat menghayati dan mengambil banyak iktibar dari cara hidup Baginda untuk membina diri sebagai seorang muslim yang diredhai Allah.











No comments:

Post a Comment