Apr 15, 2013

It's time to work a little harder




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kalau ditanya "apa tujuan hidup anda?".

A : Tujuan aku hidup untuk jadi orang kaya, ada gaji besar, ada rumah besar.

B : Eh eh, kenapa tanya macam tu, hidup aku, ada lah tujuan aku sendiri.

C : Erk, apa yer? Tak pernah fikir pula selama ini.

D : Laa, tak perlu tanya kut, bukan ke kita semua patut jelas tujuan hidup kita. Try buka quran tengok ayat di bawah.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?'' Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2 :30 )

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"(52 : 56)

Hohoho... skema sangat ni.

D : Ops, ada aku kisah. Skema Allah, kena pertikaikan ke?

No doubt. Tak boleh dibantah. Tak boleh buat-buat lupa yer. Dijadikan manusia itu (KITA) oleh Allah sebagai hambanya untuk beribadah kepada-Nya dan untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

A : Okey, fine!! Aku dah tahu lama lah. So what?
So, kamu kena bertindak sebagaimana yang kamu dah tahu. Okey, saya boleh kata sekarang yang kamu tahu, tapi kamu tak faham fakta tersebut. Kan?
Listen! Listen! Listen!
Bila mana kita mengatakan kita ini adalah Hamba kepada Allah s.w.t., muslim, penganut kepada agama-Nya yang syumul, kita kena faham seluas mana ruang lingkup "kerja" kita tu.
B : erm, aku sembahyang cukup 5 kali sehari la. Apa?Ingat aku tak puasa? Aku siap pergi umrah lagi tahun lepas. Apa lagi?
Hah, itu lah masalahnya sahabatku. Pemahaman kita sebagai muslim itu hanya terbatas dalam rangka ibadah semata-mata. Cukup kita mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu sehari, puasa dalam bulan Ramadhan, keluarkan zakat. Job as a muslim is DONE! Itu yang tak complete.
Muslim,abid(Hamba) kepada Allah s.w.t. itu menyerahkan dirinya kepada Allah semata-mata. Faham bahawa dirinya itu milik Allah, dipinjamkan oleh Allah hanya seketika untuk mengabdikan diri kepada Nya. Abid kepada Allah itu,
Diri dan hati mereka sangat terikat dengan sang Dia. Hidup seharian mereka tak lari dari rangka ibadah lillahi taala. Mereka bukan bebas dari dosa, tetapi segera kembali kepada Allah. Abid kepada Allah itu, mereka yang redha dan menerima segala ketentuan hidup mereka. Bila diberi nikmat, mereka ingat bahawa itu pinjaman Allah, boleh jadi ujian untuk mereka. Bila ditimpa musibah, mereka hanya mengadu kepada Allah.
Khalifah kepada Allah itu kerjanya memimpin manusia yang lainnya. Tak akan cukup dengan hanya diri kita menjadi baik, tanpa kita berusaha memperbaiki orang lain. Kerana, kesannya mereka akan turut mempengaruhi hidup kita.
A : Eish, buat apa nak susah-susah ajak orang lain pula. Fikirkan diri sendiri sudahlah. Tak payah nak fikir orang lain.
Sahabatku, maaf kalau saya katakan fikiran yang sebegitu menggambarkan pemikiran yang SEMPIT.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.".....
"Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu."
"Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang yang tidak kamu mengetahui."
Sahabatku,Allah sangat sayangkan kita, meletakkan kepercayaannya ke atas kita untuk mentadbir bumi-Nya dengan hati dan diri tunduk patuh kepada Dia.
Bukan kerana Allah atau pun Islam yang memerlukan kita. Tapi kita yang memerlukannya. Kerana kita akan hebat dengan Islam, kita akan indah dengan Islam. Kita akan mulia dengan agama Allah ini. Sahabatku, tiada salahnya kita mengubah hidup kita untuk Allah, memaknai hidup dengan Islam yang sebenar.
Sahabatku, berbekallah di dunia ini untuk kehidupan akhirat.




Penulis:

Nik
Pelajar perubatan tahun ke tiga
Medical University of Warsaw

No comments:

Post a Comment