Feb 9, 2015

Weekly IPIPnews Wrap-Up (2/2/2015-9/2/2015) ~ IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND


DALAM NEGARA:

Dr Asri Zainul Abidin kembali jadi Mufti Perlis

Read more at: http://www.bharian.com.my/node/32868


KANGAR: Datuk Dr Asri Zainul Abidin dilantik semula sebagai Mufti Perlis, mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Dr Juanda Jaya, yang tamat kontrak perkhidmatannya baru-baru ini.

Struktur bumbung kompleks beli-belah runtuh, 4 cedera

Read at: http://www.bharian.com.my/node/32858



KOTA KINABALU: Empat cedera, termasuk seorang parah apabila struktur bumbung di pintu masuk sebuah kompleks beli-belah yang masih dalam pembinaan di KK Times Square, di sini, runtuh.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, semua yang cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata kejadian berlaku ketika pekerja terbabit menaikkan struktur berkenaan atau dipanggil kanopi di luar bangunan berkenaan.

Malaysia kutuk tindakan IS bakar juruterbang Jordan

Read more at: http://www.bharian.com.my/node/33422

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk tindakan kejam kumpulan militan Negara Islam (IS) membakar hingga mati Muath Kasasbeh, juruterbang tentera udara Jordan yang ditawan pada 24 Disember tahun lalu, apabila pesawatnya terhempas di Hamra Ghannam, Syria.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan beliau berkata Malaysia terkejut dengan jenayah kejam itu, sekali gus mencerminkan keganasan serta sikap kumpulan IS yang tidak mengenal erti perikemanusian.
"Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat Jordan pada saat-saat mengejutkan dan menyayat hati ini serta mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dahsyat dan taktik ganas itu," katanya.
Beliau berkata, Malaysia mengucapkan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada keluarga Kasasbeh dan kerajaan Jordan berhubung kejadian itu.

Kes kelar pelajar UiTM: Tidak mungkin wujud ketidakwarasan sementara


Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-kelar-pelajar-uitm-tidak-mungkin-wujud-ketidakwarasan-sementara-pakar-53429?cp

Kes kelar pelajar UiTM: Tidak mungkin wujud ketidakwarasan sementara - pakar

KUALA LUMPUR: Tidak mungkin wujud ketidakwarasan sementara kerana konteks kesementaraan itu tidak dapat dinilai, demikian pandangan peribadi seorang pakar psikologi.



Prof Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya merujuk kepada kes melibatkan pelajar UiTM, Nursyuhada Johari yang maut disyaki dikelar seorang tukang masak yang dikatakan teman lelakinya, Selasa lalu.


“Kita tidak tahu latar belakang kes ini, jadi kita tidak dapat menilai apa yang berlaku sebenarnya. Namun, pada saya, ia tidak boleh dikatakan sebagai ketidakwarasan sementara atau konteks kesementaraan itu kerana ia juga boleh berlanjutan,” kata Dr Mariani.


Menurutnya, keadaan kesihatan mental yang tidak stabil berserta obses cinta itu boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar keadaan normalnya.

“Kita lihat pada aspek kesementaraannya di situ. Kalau kesihatan mentalnya terjejas, saya kira, dia tidak akan menjadi seorang tukang masak kerana tugas itu perlu menggunakan peralatan membahayakan – api, pisau, sudu, garfu - semua ini boleh membunuh dan mencederakan orang lain.



"Jadi perkara ini boleh berlaku hasil daripada desakan naluri. Puncanya ialah obses cinta itu,” tambah Mariani.


Turunkan harga barang seiring penurunan harga minyak - Najib


Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/turunkan-harga-barang-seiring-penurunan-harga-minyak-najib-53473?cp

Turunkan harga barang seiring penurunan harga minyak - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua peniaga tanpa mengira bangsa perlu bersikap adil terhadap pengguna dengan menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos kesan daripada penurunan harga minyak.



Perdana Menteri berkata pada masa sama, orang ramai juga boleh menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan tidak membeli barangan daripada peniaga yang menjual dengan harga tidak berpatutan.


Najib turut menegaskan bahawa isu penurunan harga barang tiada kaitan sama sekali dengan bangsa seseorang peniaga.


PTPTN sasar 80 peratus daripada 200,000 peminjam tukar ke skim Ujrah

Read more at: http://www.bharian.com.my/node/33780


KOTA BHARU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan 80 peratus daripada 200,000 peminjam pembiayaan pendidikan itu yang disenarai hitam untuk mendaftar ke skim Ujrah yang diperkenalkan sejak Oktober tahun lepas.

Shamsul Anuar sebelum ini dipetik sebagai berkata dalam tempoh 1 Okt hingga 31 Dis lalu, seramai 50,000 peminjam telah menukar ke pembiayaan secara Ujrah, yang membolehkan mereka membayar caj perkhidmatan pada kadar satu peratus, berbanding empat peratus.


Doktor pelatih kini bebas memilih tempat latihan


Read more at:http://www.bharian.com.my/node/33384


PUTRAJAYA: Doktor pelatih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini bebas untuk melakukan latihan perubatan di mana-mana hospital yang diingini bermula awal tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata kebebasan itu dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada bakal doktor supaya prestasi kerja mereka ditingkatkan.

"Namun permohonan mereka tidak dijamin akan terus diluluskan dan ia bergantung kepada kekosongan di sesebuah hospital," katanya

Tun Mahathir rasmi muzium seni 3D kedua terbesar di dunia


Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-rasmi-muzium-seni-3d-kedua-terbesar-di-dunia-53545?cp

Tun Mahathir rasmi muzium seni 3D kedua terbesar di dunia


LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi yang merupakan muzium seni tiga dimensi yang kedua terbesar di dunia.



Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.


Muzium yang mendapat pengikitirafan sebagai muzium terbesar seumpamanya itu oleh Malaysian Book of Records mempamerkan lebih 100 buah lukisan besar tiga dimensi yang dihasilkan 23 orang pelukis pakar dari Korea dengan kerjasama pelukis tempatan.

Bercakap kepada media selepas majlis itu, Dr Mahathir menyifatkan muzium itu sebagai satu kejayaan baharu untuk mempromosikan aktiviti pelancongan khususnya di Oriental Village, di mana terletaknya perkhidmatan kereta kabel yang begitu popular dalam kalangan pelancong.



Penumpang AirAsia X berlepas ke Jeddah dengan pesawat lain


Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesawat-airasia-d7172-hadapi-masalah-teknikal-terpaksa-berpatah-balik-tony-53571?cp

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penumpang-airasia-x-berlepas-ke-jeddah-dengan-pesawat-lain-53587?cp


Penumpang AirAsia X berlepas ke Jeddah dengan pesawat lain



SEPANG: Penerbangan AirAsia X ke Jeddah, yang mengalami masalah teknikal dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 5.40 petang, berlepas pada 7.23 malam  menggunakan pesawat lain.



Pesawat Air Asia X D7172 dari Kuala Lumpur itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.

Beliau juga menyifatkan pengendalian kapal terbang tu sebagai satu " rutin " langkah berjaga-jaga kerana pesawat itu sarat dengan bahan api yang biasanya digunakan dalam beberapa - jam penerbangan ke Arab Saudi.



"Bahan api itu dibakar sama banyak seperti bahan api yang digunakan ke Jeddah , " kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes


flight radar




"Auto-thrusttidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya ia boleh untuk terbang tetapi kita hanya mahu pesawat itu berpatah balik," katanya kepada AFP.



Fenomena hujan luar biasa mungkin berulang - Pakar


Read more at: http://www.bharian.com.my/node/33916


KUALA LUMPUR: Banjir buruk yang melanda negara tahun lepas dijangka berulang dengan lebih kerap serta lebih buruk ekoran faktor pemanasan global dan kehadiran fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO), kata pakar Klimatologi dan Oseanografi Prof Dr Fredolin T Tangang.

Menurut beliau, ini kerana faktor perubahan iklim akibat pemanasan global merangsang fenomena itu semakin buruk.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai fenomena MJO atau lebih dikenali sebagai Ayunan Madden-Julian yang juga antara faktor hujan lebat luar biasa membasahi Malaysia.
Ia adalah fenomena keragaman iklim berskala besar yang terjana akibat perubahan suhu di Lautan Hindi yang boleh mempengaruhi kelembapan atmosfera.

Namun, apabila MJO bertemu musim monsun timur laut (musim tengkujuh) dan angin luluran sejuk, ia akan menyebabkan kadar curahan hujan yang luar biasa.

Menurut beliau, laporan Sintesis kelima Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada November 2014, menyatakan bahawa kekerapan fenomena ekstrem dan kejadian iklim dikaitkan dengan perubahan iklim.

"Setiap satu darjah peningkatan suhu dunia, ia akan meningkatkan tujuh peratus kelembapan di atmosfera dan ini akan meningkatkan kekerapan episod ekstrem cuaca dan berkemungkinan lebih buruk daripada yang pernah kita alami tahun lepas," katanya.

LUAR NEGARA:

Jualan al-Quran makin laris di Perancis

Read more at: http://www.sinarharian.com.my/global/jualan-al-quran-makin-laris-di-perancis-1.358254

Foto sumber Islampos








PARIS - PERANCIS. Jualan naskah al-Quran dan buku-buku agama Islam laris di pasaran Perancis semenjak serangan bersenjata terhadap syarikat penerbit, Charlie Hebdo, 7 Januari lepas.

Menurut Islampos, al-Quran terjemahan bahasa Perancis juga berada dalam kelompok 100 jualan terbaik di Amazon dalam tempoh 26 hari lalu.
"Sejak serangan itu, angka jualan al-Quran bertambah. Orang ramai memerlukan maklumat (mengenai Islam) dan mereka mahukan terjemahan (al-Quran) dari kami," kata Francois Maillot.

Penduduk Jordan tuntut keadilan

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/penduduk-jordan-tuntut-keadilan-1.358134
Rania memegang gambar juruterbang Maaz al-Kassasbeh ketika menyertai perhimpunan dengan ribuan penduduk Jordan. - Foto: AFP

AMMAN - JORDAN . Ribuan penduduk Jordan berarak di sekitar ibu negara menuntut pembalasan di atas kematian juruterbang negara itu yang dibakar hidup-hidup kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurut kerajaan negara berkenaan, puluhan jet pejuang telah menyerang IS Khamis lalu, selain meluaskan kempen mereka dari Syria termasuk sasaran di negara jiran Iraq.

Mayat juruterbang ditemui

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/mayat-juruterbang-ditemui-1.358132
QZ8501

JAKARTA - INDONESIA . Anggota mencari dan menyelamat Indonesia berjaya menemui dan memindahkan salah seorang daripada dua mayat juruterbang dari dalam kokpit AirAsia QZ8501.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS), Bambang Soelistyo berkata, mayat ditemui 20 meter dari badan pesawat itu masih berada di kerusi kokpit dan dipercayai juruterbang berdasarkan pakaian seragam dipakai.

Soelistyo bagaimanapun memaklumkan, mayat gagal dikenal pasti sama ada milik juruterbang pesawat, Iriyanto atau pembantunya, Remy Plesel kerana keadaannya yang telah reput.

400 rumah Palestin dimusnahkan

Read at:http://www.sinarharian.com.my/global/400-rumah-palestin-dimusnahkan-1.358129

TEBING BARAT - PALESTIN . Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan pemusnahan kira-kira 400 buah rumah penduduk Palestin yang baru dibina di Tebing Barat.

Langkah itu dibuat selepas sebuah akhbar Britain Daily Mail dalam satu laporan mendakwa pembinaan kediaman itu di biaya Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, Pegawai Komunikasi di Pejabat Kesatuan Wakil Eropah di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza Shadi Othman, tampil mempertahankan pembiayaan itu dan memberitahu projek adalah sebahagian daripada usaha membina negara Palestin pada masa akan datang. - Press TV

Enjin kiri pesawat TransAsia dimatikan

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/enjin-kiri-pesawat-transasia-dimatikan-1.358050

Pesawat TransAsia rempuh jambatan sebelum terjunam

TAIPEI - TAIWAN. Pihak berkuasa Taiwan sedang menyiasat punca kedua-dua enjin pesawat TransAsia Airlines mati ketika terhempas di sungai, Rabu lalu.

Memetik laporan BBC, data yang diperoleh dari kotak hitam menunjukkan enjin ditutup selepas enjin yang lain hilang kuasa.

Pengarah Eksekutif Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan, Thomas Wang berkata, penggera enjin kanan berbunyi hanya 37 saat selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang.

Melalui rakaman di kokpit, juruterbang utama berkata api keluar dari enjin dan menurut Wang, perkara itu boleh berlaku apabila bekalan bahan api tercemar.

Namun, katanya, data menunjukkan enjin pesawat itu sebenarnya telah diubah ke mod ‘idle’.

Pesawat ringan rempuh menara pemancar

Read at: http://www.sinarharian.com.my/global/pesawat-ringan-rempuh-menara-pemancar-1.357468

Pesawat Piper PA-46 yang terhempas

TEXAS - AMERIKAS SYARIKAT. Seorang dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat ringan merempuh menara pemancar pada 7.30 malam waktu tempatan.

Pesawat Piper PA-46 berkenaan sedang menghampiri Lapangan Terbang Preston Smith ketika kejadian.

Menara pemancar tersebut, milik syarikat televisyen KCBD, runtuh dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus di bandar dan penempatan berdekatan.

Nama mangsa yang terkorban belum disiarkan oleh pihak berkuasa.

Kejadian masih dalam siasatan

Israel beku hasil cukai tambahan milik Palestin

Read at:http://www.sinarharian.com.my/global/israel-beku-hasil-cukai-tambahan-milik-palestin-1.357260

TEL AVIV - ISRAEL. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membekukan hasil cukai tambahan milik Palestin berjumlah AS$100 juta (RM360,000).

Kelmarin, akhbar Israel Today melaporkan nilai itu menjadikan jumlah keseluruhan hasil cukai yang dibekukan Tel Aviv kini mencecah AS$229 juta (RM820 juta).

"Sumber rapat dengan Netanyahu memberitahu tindakan itu dibuat sebagai hukuman kepada kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin (PA) kerana mengemukakan permohonan untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)," menurut laporan itu lagi.

Difahamkan, hasil cukai tersebut meliputi 70 peratus sumber yang digunakan PA untuk membiayai gaji kakitangan awam di Tebing Barat. - MEM

No comments:

Post a Comment