Feb 12, 2015

MASA...TIME...TEMPS...ZEIT...TIEMPO...CZAS


ASSALAMUALAIKUM WBT..



HAARITHUN ALA WAQTIHI - MENJAGA MASA

Rasanya anda semua pernah dengar kan tentang 10 muwasaffat tarbiyyah dan salah satunya ialah tajuk itu sendiri, HAARITHUN ALA WAQTIHI

Kita selalu diingatkan dengan pepatah "Masa itu emas" dan juga dari Al Quran sendiri! Jika kita lihat dalam Surah Al Asr, Allah bercakap mengenai masa dimana masa itu kalau tidak digunakan dengan baik maka akan rugilah seseorang itu. ffuhhhh

alah broo, rugi apa jer pon??

Apa kaitan masa dengan seorang muslim?

Kenapa MT ( baca muwasafat tarbiyyah ) menekankan aspek masa dalam ciri2 seorang muslim?

Dalam aspek kehidupan kita terutamanya sebagai muslim, menjaga masa ni boleh terbahagi kepada 2 iaitu :
- menjaga waktu solat
- masa kehidupan seharian

Menjaga waktu solat

Dalam satu hadith,

Ali bin Abi Talib berkata :

"Sewaktu Rasulullah saw duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar, dengan tiba tiba datanglah satu rombongan orang Yahudi lalu berkata : Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat yang diberikan Allah kepada Nabi Musa yang tidak diberikan kecuali kepada Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab ( terhampir )"

Lalu Rasulullah bersabda: 
“Silakan bertanya.”

Berkata orang Yahudi itu: 
“Sila terangkan kepada kami mengenai lima waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.”
Sabda Rasulullah: 
“Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhan-Nya, Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam memakan buah Khuldi, Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam, maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah, pasti Allah memenuhi permintaannya.”
“Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh rasul sebelumku.

“Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.”

Selepas orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah, maka mereka berkata: 
“Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?”

Rasulullah bersabda: 
“Jagalah waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, yakni sembahyang Zuhur kerana pada saat itu dinyalakan api neraka jahanam dan orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.

“Jagalah waktu sembahyang Asar kerana ia adalah saat di mana Nabi Adam memakan buah Khuldi dan orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.


“Juga, jagalah waktu sembahyang Maghrib kerana itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam diterima dan seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan permintaannya.

“Dan sembahyang Isyak itu attammah. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, maka Allah haramkan daripadanya terkena api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath (siratulmustakim).”

Rasulullah seterusnya bersabda: 
“Sembahyang Subuh pula, bagi seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah dua jenis kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan nifaq (sifat munafik).”
 
InsyaAllah bila kita solat pada waktunya, banyak hikmah yang akan kita dapat kerana disitu ada keberkatannya. Apabila kita istiqamah dalam perkara ni, secara tak langsung kita sedang mendisplinkan diri kita!

Masa kehidupan seharian

Sebagai seorang pelajar, mesti kita pernah datang lewat ke kelas atau kuliah kan?

Kalau kita lihat, banyak keburukan yang kita dapat bila kita selalu buat perkara tersebut. 

"Apa keburukannya?"

Pertama, kita sudah membawa imej yang tidak baik kepada orang lain terutamanya orang bukan Islam. Pastinya mereka akan tertanya tanya, inikah muslim? Muslim yang sentiasa datang lewat ke kelas, tak datang on time? Islam agama yang cantik dan suci tapi telah dicalarkan oleh kita sendiri dan kita sepatutnya rasa segan dan malu dengan perbuatan kita. Kita nak berdakwah tapi tunjuk satu adab yang tidak elok..ishh ishh isshh

Kedua, kalau dah datang lambat ke kelas, dah mengganggu rakan-rakan yang sedang fokus ketika itu dan selepas itu kita da termissed something dari cikgu kita. Kan dah rugi namanya.

Tidak semestinya datang lambat ke kelas, tidak menepati masa ketika berjumpa dengan kawan pun dah menjadi masalah. Kadang kala kita tidak sedar perbuatan kita ni dah memberikan impak yang buruk bukan sahaj pada diri sendir tapi juga dengan orang sekitar kita...


InsyaAllah setakat ini sahaja post untuk hari ini. InsyaAllah pesanan untuk saya dan juga rakan-rakan semua, kita cuba amalkan perkara ini dan tinggalkan yang buruk. Semoga Allah redha dengan perbuatan kita.

Jangan lupa untuk share dengan kawan-kawan kita yang lain..

Peace :D

Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment