Nov 18, 2012
Nov 17, 2012
Asas-asas Islam: Fasal 2 & 3
Salam 'alaikum. Salam buat semua.
Alhamdulillah, minggu lalu telah kita kupaskan serba sedikit bab 1 dari buku AAI ini, iaitu bab Islam.
InshaAllah minggu ini kita akan teruskan dengan bab 2 dan sebahagian bab 3.
Fasal 2: Iman dan Taat.
Pada minggu lalu, telah kita lihat bagaimana manusia itu perlu tunduk patuh dan taat pada Allah. Bukan sahaja manusia, malah alam seluruhnya.
Namun, hakikatnya, ketaatan pada Allah itu serta kepatuhan kepada undang-undang Allah tidak akan mampu dilaksanakan sehinggalah dia mengetahui berberapa perkara, dan seterusnya meyakini perkara-perkara tersebut.
Apakah perkara-perkara tersebut?
1. Allah
Perlu sangat untuk manusia yakin seyakinnya bahawa adanya Allah yang memerintah alam ini. Wujudnya Allah berserta dengan sifat-sifat Allah.
Kalau tak yakin, macam mana nak taat. Kan?
Dah nak taat pada Allah macam mana kalau kewujudan Allah pun tak diyakini. Benar?
Macam mana nak tidak sekutukan Allah kalau tak yakin bahawa Allah itu Maha Esa. Benar?
Bermakna di sini, tahu sahaja tidak mencukupi. Tetapi seharusnya yakin, dan tanam di lubuk hati!
2. Jalan kehidupan
Bila dah yakin dengan kewujudan serta sifat-sifat Allah, manusia itu perlulah pula tahu dan kenal jalan yang boleh membawa kepada redha Allah.
Senang cerita, apa sahaja yang Allah suka, kita dekati. Apa sahaja yang Allah benci, kita jauhi. Titik.
Barulah namanya mencari redha Allah.
Dalam proses kita nak buat research apa yang Allah suka, apa yang Allah tak suka, kita akan, secara tak langsung, kenal dengan undang-undang Allah. Dan bila dah kenal, kenalah kita yakin undang-undang tu memang berasal daripada Allah.
Barulah kemudiannya kita faham apa yang akan membawa kepada redha Allah.
Nampak link-nya di sini?
Kiranya untuk kita jadi muslim, iaitu seseorang yang tunduk patuh dan taat kepada Allah, perlulah kita kenal siapa Allah, yakin kewujudan Allah, kenal undang-undang Allah, yakin undang-undang tu datang daripada Allah.
Haa. Keyakinan itulah yang akan membawa kepada ketaatan.
3. Kesan dan akibat
Maka setelah mengetahui jalan kehidupan yang boleh membawa kepada redha Allah, perlulah juga kita tahu kesan dan akibat daripada perbuatan kita.
Tak kiralah apa pun perbuatan kita. Baik atau buruk.
Kerana sesungguhnya semua perbuatan-perbuatan kita itu, akan dibalas.
Dan tak akan ditinggalkan sedikit pun.
Maka di sini, perlulah untuk kita betul-betul faham dan yakin akan wujudnya hari Pembalasan. Hari Akhirat. Hari Qiamat.
Dengan kepercayaan kepada wujudnya pahala dan dosa, syurga dan neraka, akan meningkatkan lagi kepatuhan kita pada undang-undang Allah, seterusnya membawa kepada ketaatan yang lebih hebat lagi!
Kerana dengan benar-benar mengenal Allah berserta sifat-sifatnya, seseorang itu akan malu untuk berbuat dosa.
Dari sudut Iman dan Islam, maka seseorang itu, dapatlah digolongkan ke dalam 4 peringkat:
1. Beriman kepada Allah, berusaha mentaati Allah.
2. Beriman kepada Allah, tetapi tidak terdorong untuk mengikuti hukum-hukum Allah.
3. Tidak beriman kepada Allah, tetapi melakukan perbuatan yang menyerupai orang Muslimin.
4. Tidak beriman, dan melakukan kejahatan.
Jadi, apa kaitan perkara-perkara tu semua dengan iman?
Sebenarnya, yang dikatakan tahu, kenal dan yakin itulah iman.
Dan Islam itu tidak akan lahir melainkan dari benih iman.
Dan persoalan seterusnya ialah; macam mana nak tahu dan capai tahap yakin tu?
Manusia ini diciptakan oleh Allah. Maka Allah tahu segala sesuatu tentang manusia ni. Kan?
Dan Allah yang Maha Mengetahui, tahu yang sesungguhnya manusia tak akan mampu tahu dan capai tahap yakin tu dengan sendirinya.
Maka Allah yang Maha Penyayang hantarkan pada kita manusia-manusia juga yang Allah berikan ilmu dan kefahaman kepada mereka, untuk membawa kita, tunjuk pada kita, dan sampaikan pada kita ilmu itu dan cara nak capai tahap yakin tu. MashaAllah! Punyalah Allah sayang pada kita manusia ni!
Dan disampaikannya ilmu-ilmu daripada Allah, sebagai wahyu, yang dimuatkan ke dalam Kitab Allah.
Jadi, macam mana nak capai tahap tahu dan yakin?
Perlulah beriman kepada Rasul dan Kitab.
Fasal 3: Kenabian
Semua yang kita perlukan di dunia ni, semua Alla ciptakan. Sejak kita lahir.
Dan kita juga tahu, Allah ciptakan manusia ni berbeza peribadinya, nikmat yang diterimanya, kelebihan-kelebihannya, etc.
Kenapa ya?
Sebabnya, kalaulah Allah jadikan manusia tu semuanya sama je, dah tentu-tentulah manusia tak perlukan each other. Sebab manusia tak lagi saling lengkap-melengkapi. Benar?
Jadi, Allah jadikan manusia ni, ada yang kelebihannya membuatkan dia boleh jadi doktor, engineer, pilot, tentera, cikgu, politician etc.
Dan ada juga manusia, yang Allah beri kelebihan pada dia, diberiNya ilmu agama padanya, akhlak dan syariah, serta kewajipan mengajarkan ilmunya pada sekalian manusia.
Mereka itulah para Nabi dan Rasul.
Dan para Nabi dan Rasul ini, perbuatannya tidak pernah bertentangan dengan kata-katanya.
Umum kita tahu, Rasul terakhir yang Allah utuskan buat umat ini adalah Muhammad (s.a.w).
Setiap apa yang dikatakan oleh Nabi, dilakukan oleh Nabi, semuanya adalah perintah Allah. Maka, jika ada perkataan atau perbuatan kita yang bertentangan dengan ajaran Nabi, secara automatiknya bertentangan dengan perintah Allah.
Dan apa-apa sahaja yang bertentangan dengan perintah Allah, sentiasa bukan berada dalam kebenaran.
Walaupun kadang-kadang kita tak faham hikmah dan logik disebalik apa yang dibawa oleh Nabi, ia tetap perintah Allah.
Dan ketidak-fahaman kita pada hikmah dan logik itu, sebenarnya tidaklah menjatuhkan kesucian Nabi, sebaliknya lahir daripada kelemahan kita sendiri.
Ye lah, kita yang tak mampu nak faham.
Hurm. Tolong ingatkan saya kembali, kenapa kita perlu beriman kepada Nabi ni?
Hurmm. Ada orang-orang yang berkata, "ala, kita tak perlulah nak ikut-ikut Nabi ni. Kita kan ada akal kita sendiri. Pandai-pandailah fikir jalan yang lurus. Akal kita pun Allah yang bagi kott".
Salah! Padangan ini adalah pandangan yang salah sama sekali!
Dan penulis buku ni kata tiada kesesatan fikiran yang lebih sesat daripada kesesatan fikiran ini!
Kenapa? Hah, rujuk atas ^^^
Orang yang tak mematuhi Nabi, seolah-olah dengan sendirinya menjauhi Allah.
Sebab memang tak ada jalan menuju Allah, melainkan melalui ajaran Nabi.
Dan untuk kita yakin pada ajaran Nabi, kita perlu sangat-sangat beriman pada Nabi, dan percaya bahawa Nabi memang diutuskan oleh Allah, untuk mengajar pada kita cara-cara untuk mengenal dan yakin padaNya.
Get it? Get it?
Maka bolehlah saya simpulkan disini bahawa dengan keimanan pada Allah akan membawa kepada keimanan pada Nabi dan seterusnya membawa kepada amal yang berterusan, inshaAllah.
Dan untuk tahu tentang Allah, dan undang-undangNya, perlulah kita beriman dengan sebenar-benarnya pada Nabi.
Sampai di sini sahaja kupasan kita pada minggu ini.
Lebihan bab 3, inshaAllah akan disambung kemudian.
Moga Allah redha.
Allahualam.
Jazakumullah khair.
ps: Jangan lupa dan jangan hentikan doa kita buat saudara kita di Gaza, Syria, Arakan, Chechnya, dan walau di mana sahaja mereka berada ya. Termasuklah saudara kita yang tinggal kat bilik sebelah tu ^_^
Penulis:

Shahida Zahar
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw
Nov 13, 2012
Skala Semangat Kita
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Nabi mase perang khandak, nabi ketuk batu, paangggg!! keluar
percikan api,
“Pada pukulan pertama, aku lihat gedung dan istana-istana kisra di
Hirab (Parsi). “
Paaanggg!!!
“Pada pukulan kedua, aku lihat istana-istana merah di Romawi (Rom).
Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka.” Sabda nabi s.a.w.
Sahabat bertanye, “Ya Rasullullah, kota manakah yang akan dibuka dan
ditawan terlebih dahulu, Kontantinople atau Rom?
Jawab Rasulullah SAW, ‘Konstantinople iaitu kotanya
Hercules" [Hadis Riwayat Ahmad]
Kostantinople telah berjaya dibuka oleh Fateh pada tahun 1453...
Kalau nak dikira, tahun 1453 tolak dengan 627 tahun iaitu tahun di
mana perang khandaq ni berlaku…
Maknanyerrrrrr...selepas 826 tahun (1453-627= 826) sahabat bertanye
kepada nabi soalan tentang kota konstantinople, barulah kota tersebut berjaya
dibuka..
Hebatnya umat islam dahulu, mereka menjadi golongan yang membina
batu asas, mengukir impian buat umat, dan golongan yang seterusnya berusaha
gigih menyambung mata rantai dan cita2 tersebut…
Nabi dan para sahabat berangan2, namun kejayaannya ALLAH kirimkan
selepas 826 tahun umat islam berjuang…
Besarnya jiwa dan semangat para sahabat!!
Kalau dipikirkan secara logik, ketika perang khandaq itu sahabat
sedang diserang, sedang dikepung oleh tentera ahzab yang bilangannya tidak
kurang 10 ribu org...sehingga perlu digali parit di sekeliling Madinah utk
menghalang kemaraan tentera musuh..
Namun begitu, masih sempat lagi bagi mereka berfikir negara mana
yang akan ditawan islam kelak..
Sekarang ni, kite, hadis tu pun mungkin tak penah kita dgr..
kalau nk pegi rome pun, sekadar nk tgk bola dan amik gmbar depan
colosseum je..
sedihnyer kite ni...kecik sungguh angan2...
kite telah dikecikkan oleh
sukan dan hiburan,
berjayalah protokol barat..mengecikkan pemikiran kite, umat Islam..
sahabat tanye tu dalam keadaan dorg sume di madinah…di
kepung…diperangi…zaman tu ade ape sgt...xde pape pun...
pembukaan kota rome masih lagi menjadi misteri, ayuh kita jadi
panglimanya!
Penulis:
Mohd Hamdan Mohd Ibrahim
Pelajar Perubatan Tahun 6
Medical University of Warsaw
Nov 12, 2012
Cinta Oh Cinta
Anda tahu tak?
Tahu apa?
Ada yang sangat-sangat sayang kat anda.
Ye ke?
Iya. Dia sayang anda lebih daripada segalanya di dunia ini menyayangi anda.
Lebih daripada ibu bapa, keluarga, BFF anda, rakan-rakan anda. apatah lagi
'buah hati' anda sendiri.
Eh? Siapa?
La, anda tak tahu ke?
Dia tidak pernah terlepas pandang melihat anda.
Dia selalu bagi macam-macam hadiah kepada anda.
Dia sentiasa berada dekat dengan anda.
Dia tahu segala perasaan, keadaan anda.
Dia
tahu segala-galanya mengenai anda.
Ada ke macam tu? Tak
percayalah.
Tak percaya ke?
Kan banyak surat cinta anda dapat kan? Kenapa tak caya ni? Eh, baca tak
surat-surat cinta tu?
Surat cinta? Eh, mana ada.
Ada.
Tahu tak siapa ni?
Er, macam bagi quiz pulak. Kenapa
tak tahu nih? Beritahu jelah!
Dialah Allah. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Tuhan
Yang Maha Esa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Maha Melihat, Maha
Mengetahui.
Tidakkah anda membaca surat cinta-Nya? Kitab Al-Quran yang diturunkan buat
pedoman kita, manusia, makhluk yang amat dikasihi-Nya?
Hurm..
Dialah Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmat yang kita dapat rasai,
dapat kita nikmati di muka bumi ini. Yang mencipta bumi ini untuk kemudahan
kita, manusia.
“Dan bumi sesudah itu dihamparkan
(untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan
tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai
pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan
binatang-binatang ternakan kamu.” (An-Naziaat 79:30-33)
Nikmat yang Allah beri kita terlampau
banyak, tidak terhitung.
''Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah
kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.''(Al-Nahl 16:18)
Nikmat kasih sayang, nikmat rezeki, dan
yang paling penting, nikmat Islam dan nikmat iman yang perlu kita berusaha
untuk mendapatkannya dan mengekalkannya. Bayangkan betapa banyaknya nikmat
tersebut, udara yang kita hirup, kasih sayang manusia yang dikurniakan Allah,
rezeki kita sehari-hari, empat musim yang kita rasai, keindahan bumi ini, baju
yang kita pakai, makanan yang kita makan, rumah tempat tinggal kita.. banyak
lagilah
Dialah Allah yang berada sangat dekat
dengan kita.
''Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta
manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya''(Qaaf
50:16)
Dialah Allah yang mengetahui segala-galanya
tentang kita.
Tidak kira di
mana kita berada, di ceruk bumi mana, di kawasan sesunyi mana, Allah sentiasa
ada bersama, melihat kita.
''Dialah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas
Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya
dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia
tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat
akan apa yang kamu kerjakan.''(Al-Hadid 57:4)
Dialah Allah yang sentiasa berada dekat,
tahu segala-galanya mengenai kita, yang sentiasa membalas permintaan kita
''Dan apabila
hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia
memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam
kebenaran.''(Al-Baqarah 2:186)
Lihatlah betapa
sayangnya Dia kepada kita, makhluknya. Walhal Allah
sedikit pun tidak memerlukan kita, kita yang sangat-sangat memerlukannya.
Kita?
Betapa kasihnya kita kepada Dia yang sangat-sangat menyayangi kita?
Jika ada orang memberi hadiah kepada kita, kita sangat-sangat
menghargainya.
Jika ada orang menolong kita semasa kita ditimpa kesusahan, kita akan
mengingati pertolongannya.
Jika ada orang yang sentiasa mengambil berat tentang kita, kita akan
menyenanginya.
Jika orang yang sama sentiasa memberi hadiah, menolong, mengambil berat, kita
akan menyayanginya, bahkan mencintainya.
Kenapa tidak kita mencintai ALLAH yang sentiasa mengurniakan kita bermacam nikmat,
menolong kita, yang mengetahui tentang kita, yang memakbulkan permohonan kita?
Kenapa tidak kita mencintai Allah? Kenapa tidak membalas kasihNya?
''Dan di antara manusia ada orang-orang yang
mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana
mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam cintanya
kepada Allah''
(Al-Baqarah 2:165)
Penulis:
Sakina Othman
Pelajar Perubatan Tahun 3
Jagiellonian University, Krakow
Fasal Pertama Asas-Asas Islam
Bismillahirrahmanirrahim..
Buku bertajuk Asas-Asas Islam karangan
Abu’l A’la Al-Maududi, seorang ulama’ dan aktivis terkenal dunia islam pada
abad ke-20 menjadi pilihan IPIP untuk dijadikan buku pertama yang akan
dikongsikan dalam ruangan ‘bedah buku’. Ianya terbahagi kepada tujuh fasal
kesemuanya dan pada kali ini kita akan menelusuri fasal yang pertama iaitu
Agama Islam.
FASAL PERTAMA : AGAMA ISLAM
Pernahkah anda semua tertanya-tanya mengapa
ya agama ini dinamai islam?
Sewaktu di zaman persekolahan dahulu,kita
ada mempelajari mengenai agama-agama dan kepercayaan yang terdapat dalam dunia.
Nama agama-agama tersebut kebanyakannya diambil bersempena nama orang yang
mengasaskannya ataupun diambil bersempena dengan bangsa/ummat yang tertentu.
Contohnya agama Buddha yang diambil daripada nama pembawanya iaitu Gautama
Buddha , agama yahudi yang diambil bersempena dengan nama kabilah Yahuda dan
banyak lagi.
Namun islam sememangnya istimewa. Melalui
namanya sahaja telah terserlah bahawa agama ini datangnya dari Yang Maha
Pencipta, bukannya dibuat-buat, direka-reka oleh manusia kerana ianya tidak
dinamakan berdasarkan nama rasul yang membawanya yakni Nabi Muhammad s.a.w,
namun diberi nama islam disebabkan oleh maksud yang terkandung dalam perkataan ‘islam’ itu sendiri iaitu tunduk
dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan-Nya tanpa bantahan.
Hakikatnya,segala sesuatu yang berada dalam
alam ini semuanya tunduk dan patuh pada ketetapan-ketetapan yang telah
ditentukan oleh yang menciptakannya yakni
oleh Yang Maha Pencipta,Allah swt. Buktinya? Lihatlah pada
penciptaan-penciptaan alam di sekeliling kita.Matahari, bulan dan planet-planet
yang mana setiap satunya beredar pada jalan-jalan yang telah ditetapkan untuk
mereka,tidak berlanggar antara satu sama lain.
Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang
,matahari dan bulan.Masing-masing beredar pada garis edarnya.(Al-Anbiya,21: 33)
Masa umpamanya.Telah tertakluk oleh
ketetapan Yang Maha Mencipta, Allah swt untuk ianya hanya mempunyai sekadar
24jam dalam sehari,tidak lebih mahupun kurang walaupun sesaat.Lihatlah pula pada penciptaan manusia
,ketetapan untuk bernafas menggunakan gas-gas tertentu yakni oksigen dan
menghembuskan karbon dioksida bukanlah ditetapkan oleh manusia itu
sendiri,namun oleh Allah swt.
Sesungguhnya, jika diteliti dengan mata
akal dan mata hati,kita akan mendapati seluruh makhluk yang ada di alam ini
menyerah dan tunduk kepada penciptanya. Bahkan manusia yang tidak mengenal
Allah dan mengingkari tanda-tanda kebesaran Allah sebenarnya sama ada ia sedar
mahupun tidak,adalah seorang Muslim dari segi fitrah yang telah difitrahkan
padanya,kerana terdapat juga sisi-sisi daripadanya yang bergerak,berjalan
dan hidup atas ketetapan-ketetapan Allah
swt.
Manusia itu istimewa daripada
makhluk-makhluk yang lain kerana diberi
akal untuk membuat pilihan sama ada mahu memilih islam dan
menyempurnakan islamnya ataupun memilih untuk tidak tunduk dan patuh pada
hukum-hukum syara’ yang akhirnya akan menyebabkan mereka jatuh ke lembah
kekufuran.
Maka beruntunglah bagi mereka yang membuat
pilihan pertama,yakni yang memilih untuk menyempurnakan islamnya. Mereka inilah
golongan-golongan yang menggunakan nikmat akal fikiran yang diberikan Allah
dengan sebaik-baiknya.Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupan
mereka itu melainkan kebenaran kerana ia terikat dengan hukum Allah dan telah
memilih Allah sebagai urusannya. Segala perlakuan,ketetapan dan sudut pandang
mereka telah berubah dan semuanya disandarkan semata-mata kepada Allah.
Taqwanya mereka kepada Allah membantu
memandu mereka dalam melalui hari-hari di dunia dan mencegah mereka dari menggunakan
ilmu yang ada ke jalan yang tidak diredhai Allah. Lalu Allah mengganjari mereka
dengan membuka pintu kemuliaan dan kesempurnaan di masa depan.
Sementara itu,bagi golongan manusia yang
memilih untuk tidak tunduk dan patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah,mereka
ini dinamakan sebagai kufur.Mereka tidak mahu mengakui bahawa adanya pencipta
kepada segala apa yang ada di alam ini.Tiadalah kezaliman yang lebih teruk
melainkan kufur kepada Allah kerana mereka telah meletakkan fitrah tersebut di
tempat yang tidak wajar ditambah pula dengan kezaliman yang mereka lakukan pada
qalbu mereka sendiri iaitu memaksa qalbu
mereka yang sebenarnya difitrahkan untuk membesarkan dan mencintai Allah, berada dalam kesesatan
dan kegelapan.Tidak mungkin akan ada lagi kekederhakaan dan pengkhianatan yang
lebih besar daripada ini.
Maka, sangatlah penting untuk kita
menyedari bahawa setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah milik Allah swt .
Tidak sedikit pun Allah bergantung mahupun berhajat kepada
makhluk-makhluknya,sebaliknya kitalah (makhluk
dan hamba) yang sebenar-benarnya berhajat dan bergantung kepada-Nya
untuk setiap perkara.Sesungguhnya jika manusia itu beriman,maka iman itu adalah
untuk kepentingan mereka sendiri dan sekiranya mereka memilih untuk kufur,maka
natijahnya akan ditimpakan pada diri mereka juga. Penyesalan dan kegagalan akan
menyeliputi diri mereka sepanjang kehidupan di dunia dan juga akhirat kelak.
Segala ilmu yang ada padanya adalah sia-sia kerana ilmu tersebut tidak
digunakan untuk mengenal Penciptanya.Ilmu yang tidak membawa kita mengenal
Allah,mana mungkin membawa kita mengenal yang lainnya dengan haq .Di akhirat
nanti, segala sesuatu yang digunakan oleh manusia yang kufur ini di dunia akan
menempelaknya dek kerana kezalimannya dalam menggunakan mereka sewaktu di dunia
dahulu dengan cara yang bertentangan dengan fitrahnya.Sungguh,buruk sekali
kesudahan bagi orang-orang yang kufur.
Suka
untuk saya berkongsi sedikit petikan dari buku ini mengenai pekerti seorang
lelaki yang benar dan sempurna islamnya:
Dibersihkannya
kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkan fikirannya daripada
angan-angan yang jahat. Dipejamkan matanya daripada melihat kekejian. Ditulikan
telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. Dipelihara lidahnya daripada
memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran . Ia memilih mati
kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezeki yang haram . Ditahannya
tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak
melangkahkan kakinya ke jalan yang jahat . Ia tidak menundukkan kepalanya di hadapan
kebatilan meskipun badannya disalib atau dikerat-kerat.Segala cita-cita dan
hajatnya tidaklah dibawa ke alam nyata dengan melalui kejahatan,kezaliman dan
permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku
jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak.
Dalam pandangannya , yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan
khianat.Ia tidak rela menggunakan sifat-sifat ini dan tidak mahu memilih jalan
ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya.
Pekerti seperti inilah yang membawa manusia
mencapai kemenangan bukan sahaja di dunia , malah di akhirat kelak. Kemenangan
dan kenikmatan ini hanyalah dirasai oleh manusia yang benar-benar tunduk dan
patuh kepada fitrah dan ketetapan-ketetapan oleh Yang Maha Pencipta, Allah swt.
Wallahu’alam…
Nantikan perkongsian mengenai fasal kedua
pula,insyaAllah pada masa yang akan datang..
Wassalam..
Penulis:
Aiman Nor Nasarudin
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw
Nov 7, 2012
Sinergi
Salam ‘alaikum. Salam buat semua.
Alhamdulillah, tahun ini, bebola putih kecil sudi turun dari
langit, menjengah kami di bumi Allah ini. Awal pula tu.
Dan seperti biasa, walau dalam kesejukan, kelas tetap
berjalan. Dan kami juga tetap berjalan ke kelas. Alhamdulillah ‘ala kulli
ni’mah.
Antara kelas yang paling boleh membuatkan kami mengalami
palpitation pada tahun ini ialah tak lain, tak bukan, Pharmacology.
Mungkin bukan kerana subjek itu susah, sebab tak tahu lagi
susah ke tidak, dah mula palpitation.
Tetapi mungkin kerana persepsi. Ya, persepsi yang timbul
akibat sentimen. Ini kurang sihat ya, kawan-kawan.
OK. Di dalam kelas kami memang khusyuk mendengar cikgu
menerangkan tentang sejenis antibiotik bernama Aminoglycoside. Kata cikgu,
aminoglycoside ni bekerja secara sinergi bersama sejenis antibiotik lain
bernama beta-lactam.
Maka cikgu pun terangkan bagaimana aminoglycoside boleh
bekerjasama dengan beta-lactam. Katanya, beta-lactam yang tugasnya menganggu
“cell wall” bakteria akan meningkatkan “bacterial cell wall permeability”, dan
memudahkan kemasukan aminoglycoside ke dalam bakteria tersebut, seterusnya aminoglycoside akan bunuh bakteria tersebut dari dalam. Senang cerita, beta-lactam kira macam code-breaker
lah kalau dalam satu-satu rompakan bank, dan aminoglycoside pula merupakan
perompak yang memegang raifal HK MP5 yang bersedia menembak pada bila-bila
masa.
Ok. Mengarut.
Cikgu juga ada berkata, sinergi ini bukan bermakna 1 +1 =2.
Tak.
Tapi boleh jadi 1 + 1 = 3 atau 4 atau 5 atau 10 atau lebih.
Wahh!
Lihatlah bagaimana bila antibiotik bekerjasama akan
menghasilkan sinergi yang mantap mampu membunuh berbagai-bagai bakteria
penyebab penyakit pelik. Hebat!
Begitu jugalah seharusnya kita. Kita, manusia yang Allah
kurniakan dengan akal dan fikiran. Seharusnya lebih hebat lagi sinergi hasil
kerja sama kita.
Err. Tapi saya bukan nak ajak rompak bank. Habis nak kena
sinergi-sinergi untuk apa?
Kita kata kita mahu cari redha Allah, kita kata kita mahu
lihat Islam itu kembali menjadi Ustaziatul ‘Alam. Jadi apa lagi! Mari
berganding bahu, bekerja bersama-sama mencapai cita-cita kita itu.
Kerana Allah cintakan orang-orang yang berjuang di dalam
saff yang teratur rapi.
Kerana Allah cintakan orang-orang beriman yang berkasih
kerananya. Dan kerjasama hanya akan terhasil apabila terjalinnya ukhuwwah.
Sama seperti salji kecil yang turun. Bila bekerjasama
beramai-ramai mampu membuatkan mata anda bersinar-sinar tak sabar mahu buat snowman!
Sekian.
Allahualam.
Dari Abi Hurairah R.A: Dia
telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman
pada hari Kiamat: “Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku?
Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang
tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku”.
[Hadith riwayat Bukhari dan Malik]
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
[al-Maidah (5) : 2]
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
[al-Maidah (5) : 2]
Penulis:
Shahida Zahar
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw
Subscribe to:
Posts (Atom)