Nov 7, 2012

Sinergi

Salam ‘alaikum. Salam buat semua.

Alhamdulillah, tahun ini, bebola putih kecil sudi turun dari langit, menjengah kami di bumi Allah ini. Awal pula tu.
Dan seperti biasa, walau dalam kesejukan, kelas tetap berjalan. Dan kami juga tetap berjalan ke kelas. Alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah.

Antara kelas yang paling boleh membuatkan kami mengalami palpitation pada tahun ini ialah tak lain, tak bukan, Pharmacology.
Mungkin bukan kerana subjek itu susah, sebab tak tahu lagi susah ke tidak, dah mula palpitation.
Tetapi mungkin kerana persepsi. Ya, persepsi yang timbul akibat sentimen. Ini kurang sihat ya, kawan-kawan.

OK. Di dalam kelas kami memang khusyuk mendengar cikgu menerangkan tentang sejenis antibiotik bernama Aminoglycoside. Kata cikgu, aminoglycoside ni bekerja secara sinergi bersama sejenis antibiotik lain bernama beta-lactam.
Maka cikgu pun terangkan bagaimana aminoglycoside boleh bekerjasama dengan beta-lactam. Katanya, beta-lactam yang tugasnya menganggu “cell wall” bakteria akan meningkatkan “bacterial cell wall permeability”, dan memudahkan kemasukan aminoglycoside ke dalam bakteria tersebut, seterusnya aminoglycoside akan bunuh bakteria tersebut dari dalam. Senang cerita, beta-lactam kira macam code-breaker lah kalau dalam satu-satu rompakan bank, dan aminoglycoside pula merupakan perompak yang memegang raifal HK MP5 yang bersedia menembak pada bila-bila masa.
Ok. Mengarut.

Cikgu juga ada berkata, sinergi ini bukan bermakna 1 +1 =2. Tak.
Tapi boleh jadi 1 + 1 = 3 atau 4 atau 5 atau 10 atau lebih.
Wahh!

Lihatlah bagaimana bila antibiotik bekerjasama akan menghasilkan sinergi yang mantap mampu membunuh berbagai-bagai bakteria penyebab penyakit pelik. Hebat!

Begitu jugalah seharusnya kita. Kita, manusia yang Allah kurniakan dengan akal dan fikiran. Seharusnya lebih hebat lagi sinergi hasil kerja sama kita.

Err. Tapi saya bukan nak ajak rompak bank. Habis nak kena sinergi-sinergi untuk apa?

Kita kata kita mahu cari redha Allah, kita kata kita mahu lihat Islam itu kembali menjadi Ustaziatul ‘Alam. Jadi apa lagi! Mari berganding bahu, bekerja bersama-sama mencapai cita-cita kita itu.
Kerana Allah cintakan orang-orang yang berjuang di dalam saff yang teratur rapi.
Kerana Allah cintakan orang-orang beriman yang berkasih kerananya. Dan kerjasama hanya akan terhasil apabila terjalinnya ukhuwwah.

Sama seperti salji kecil yang turun. Bila bekerjasama beramai-ramai mampu membuatkan mata anda bersinar-sinar tak sabar mahu buat snowman!




Sekian.
Allahualam.

Dari Abi Hurairah R.A: Dia telah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman pada hari Kiamat: “Di manakah mereka yang berkasih-sayang kerana keagungan Ku? Pada hari ini Aku akan lindungi mereka di bawah lindungan Ku pada hari yang tiada perlindungan lain melainkan perlindungan Ku”.
[Hadith riwayat Bukhari dan Malik]



Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
[al-Maidah (5) : 2]



Penulis:
Shahida Zahar
Pelajar Perubatan Tahun 4
Medical University of Warsaw

2 comments:

  1. Satu contoh yang cukup jelas tentang makna sinergi, dan dihubungkan pula dengan nilai keimanan. Saya bangga dengan kawan-kawan yang bukan pelajar aliran agama, tapi boleh menganyam kefahaman tentang subjek yang mereka belajar, dengan agama. Betul kata Imam Ghazali, ilmu itu ialah apa-apa yang membuatkan kita makin dekat dengan Allah. Dalam situasi anda, ilmu Pharmacology.(saya pun tak tahu Pharmacology tu apa sebelum ni. Kali pertama dengar. Hehe)

    ReplyDelete
  2. Jazakallah khair. Moga Allah berkati ilmu yang Dia beri.
    Err. Pharmacology tu ilmu tentang ubat-ubatan untuk beri pada patient. heheh

    ReplyDelete