Feb 6, 2009

diari seorang pemarah

Sekarang ni aku tengah marah. Marah yang amat-amat! Meluap-luap! (Dahsyat tak? haha! Aku memang pemarah!). Adalah seorang hamba Allah ni telah melukakan hati aku. Arghhh!!! Marah betul ni!!!! Ikutkan nafsu marah aku, nak je aku mengeluarkan kata-kata kesat kepada beliau! huh!

TAPI....
Nabi Muhammad S.A.W insan yang paling aku cintai ada berkata dalam hadith ke-16 susunan Imam Nawawi. Baginda nasihat...

”Laa Taghdhob!! (Jangan marah!!)”

Aku cool la sikit... kekasih aku cakap camtu... =)

TAPI..
Arghh!! Still ada perasaan marah yang berbaki. Aku kena control gak. Nanti karang tak pasal-pasal kawan-kawan aku jadi mangsa nafsu marah aku. Disebabkan nyamuk, kelambu pulak aku bakar. Huh! Allah aku, Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Dia tahu, bukan senang hamba-Nya (aku lah tu!) nak kontrol marah. So, dalam Surah Aali Imran ayat 133-134 Allah kata;

‘’Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu
dan mendapatkan SYURGA yang luasnya
seluas langit dan bumi
yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,
(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit,
dan orang-orang yang MENAHAN AMARAHNYA
dan MEMAAFKAN (KESALAHAN) orang lain.
Dan ALLAH MENCINTAI ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN.”

Perghh!! Kiranya tahan marah tu antara ciri-ciri orang yang bertakwa dan siapa yang cukup ciri-ciri tu Allah offer syurga, beb!! Wah wah wah!! Ingat senang ke nak masuk syurga? Dan semestinya ALLAH AKAN SAYANG AKU KALAU AKU TAHAN MARAH!! huhu. Takpela, biar aku sacrifice sikit demi mendapatkan cintaMu, ya Allah... oh! =)

Roger and out! Saya dengar, saya taat! =) Demi Mu ya Allah, Demi mu ya Rasulullah S.A.W..
ku berjanji akan kontrol marah dalam apa jua keadaan sekalipun... =)

p/s : Luka badan senang je nak sembuh, tapi luka hati susah, beb! So, watch your words!! Be it at mouth, sms, e-mail, ym, blog, comment box or sama makna dengannya.....

hasil karya saudari izzah

5 comments:

  1. good article!!tq saudari izzah..
    nak share something.firman Allah swt dlm surah al furqan,
    "Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (43) atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]. (44)"
    so,jgn lah kita turut je hawa nafsu kita,lawanla ia sedaya upaya kita,insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. thanks ****!!! hehe...
    lebiu! =)

    ReplyDelete
  3. ceh.. izzah curang!! ko lebiu ngn **** pulak!! ni yg i marah ngan u nh.. anta i balek umah mak i..huwaa~~

    [sile abaikan mesej di atas]
    [sile bace mesej di bawah]

    'kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan DIRIMU.dan pasti kamu akan mendengar banyak hal yang sgt MENYAKITKAN HATI dr orng y diberi ktab sebelum kamu dan dr orang musyrik. jika kamu BERSABAR dan BERTAKWA, maka sesungguh nye yg dmkian termsuk urusn yg patut DIUTAMAKAN'
    [3:186]

    ReplyDelete
  4. waaaa bukan main marah nampak... sabar-sabar... Sesungguhnya perasaan marah itu adalah angkara syaitan.. ^_^ Sejukkanlah hati dengan berwudhu

    -hady-

    ReplyDelete
  5. to anonymous;
    u ni... i saje je nk test cinte u kt i... i gurau2 je.. u janganla cmni... cinte i ngn u seteguh gunung everest...huhu.. (nak termuntah!! haha!)
    (sorry, krg sesuai utk tontonan kanak2.. 18 thun ke atas sahaja)

    to hady..
    hehe... saje je tu... kasik dramatik skit.. kui3...

    ReplyDelete