Feb 7, 2009

Zainab al-Ghazali..



Assalamualaikum w.b.t semua..

Sebenarnya artikel kali ni nak bincangkan pasal sejarah tokoh wanita yg sangat2 dikagumi dunia islam kini, Zainab al-Ghazali. Rasa2nya semua orang pun dah tau kot kisah beliau? Tapi untuk yang tak tau lagi saya terangkan serba sedikit ttg kisah ummul mujahidah pada zaman kini ini sebab kalau nak cerita semua panjanglah artikelnye so anda semua boleh search kat wiki ataupun baca buku beliau “Ayyam min hayati”( hari2 dalam hidupku..) okie!

Zainab al-Ghazali dilahirkan di al-Bihira pada 1917 dan meninggal dunia pada 2005 pada umur 88 tahun. Beliau merupakan rakyat mesir yang aktif dalam mempertahankan hak2 wanita islam yang berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman islam yang benar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Ok! itu serba sedikit ttg Zainab al-Ghazali. Dalam artikel ni saya nak bawa anda semua(cewah) menyelami perjuangan suci beliau. So, saya ambil kisah2 yg penting yang mungkin boleh memberi tauladan kepada kita semua.Kisah ni bkn untuk wanita je, lelaki pun boleh amalkan..insyaallah..

Dalam satu temuramah beliau di rumahnya di Heliopolis, mesir pada 1981, beliau berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Zainab al-Ghazali meyakini bahawa islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat islam. Beliau berpendapat Tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

So, bagi wanita2 semua kita dah nampak kan betapa sebenarnya tugas utama kita adalah sebagai ibu dan isteri untuk melahir dan mendidik lebih ramai muslim dan muslimah yg berkualiti tapi tak salah kalau kita nak bekerja or buat anyting else macam nak join sukarelawan or aktiviti kemasyarakatan ke asalkan tugas utama kita dah dipenuhi.

Jadi, anda semua mesti tertanya2 kisah rumah tangga beliau kan? Sebenarnya, beliau telah meletakkan syarat2 kepada suaminya sebelum berkahwin yang berbunyi:

“Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya.””

Dia memperingatkan suaminya lagi,

“Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T.”

Pada perkahwinan beliau yang pertama, suaminya tak bersetuju beliau bergiat aktif dalam perjuangan islam dan beliau pun meminta cerai. Tetapi Allah tu kan maha pengasih dan penyayang, suaminya yang kedua sangat memahami beliau dan menyokong perjuangan beliau. ^-^

Malangnya, beliau dipenjarakan pada 1965 apabila perjuangan Ikhwan Muslimin iaitu persatuan yang dianggotai beliau dicurigai oleh kerajaan Mesir. Pada 1966, beliau dibicarakan dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja2 berat iaitu satu hukuman yang tak masuk akal bagi seorang wanita.. Tapi, pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir. Alhamdulillah..

Ok, sekarang saya ambil sedikit kisah dari buku Ayyam min hayati ttg pengalaman penjara beliau yang bagi saya agak menarik..so penceritaannya format buku la sikit sbb saya pastekan je dari web..takpekan? hihi.

Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala beliau meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu."

Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun beliau tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan,

"Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku.

Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu? Ya,Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Masyaallah, begitulah kekuatan iman yang dapat menimbulkan pelbagai hal yang menakjubkan yang sulit untuk dicernakan pemikiran manusia..

Itulah serba sedikit kisah perjuangan suci insan mulia yang tak pernah kenal erti lelah, putus asa dan takut dalam mencari rahmat dan berjuang kerana islam. Beliau sangat tabah dan yakin bahawa pertolongan Allah pasti datang dan saya berharap semoga kita baik lelaki dan wanita dapat mencontohi peribadi mulia Permata dakwah yang berkilau di era jatuhnya islam ini. Insyaallah..

Akhir kata maafkan saya kalau ada bahasa2 yang tak sesuai dalam artikel ni dan teguran membina amat diminta dan amatlah dihargai. ^-^

~Proud to be muslimah~

Lakaran Ilham Saudari Izzatul Liyana...

4 comments:

  1. tq saudari izzatul liyana..

    menarik nih.. tp klo sape2 nk bace lg ttg zainab al-ghazali ni, bole bace kt dakwah.info

    lbh krg same je point,tp maybe ade xtra point yg ade dalam website tuh yg xde dalam entry ni dan vice versa..

    Allah itu maha pengasih..

    idris

    ReplyDelete
  2. salam idris.. tq for the comment n bagi website info.dakwah..yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk pun datang dariNya tapi atas kelemahan kita sendiri...eh dah buka dah web tu n banyak crita menarik dalam tuh, so jom kita semua sama2 tgk web tu..^-^

    ~izzatul~

    ReplyDelete
  3. wah wah wah!!
    kagum btol ngn beliau...
    smoge semangat juang beliau menjadi inspirasi tok izzat~!! =)

    ReplyDelete
  4. betul2..sgt3x kagum dgn beliau.. bkn senang nak buat pengorbanan sebesar tu dan istiqamah dalam berjihad serta berdakwah..yer la kalau nak ikutkan kita ni sape je la..hihi..beliau bkn inspirasi untuk saya je but kalau boleh untuk kita semua..supaya kita sama2 mengejar rahmat Allah s.w.t n STRIVE to be better muslim n muslimah no matter how hard it is..iAllah..^-^

    ~Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. al-fatihah(7)~

    ~izzatul~

    ReplyDelete