Feb 13, 2009

NaK KaWiN LaGi???




Assalamualaikum..


Artikel di bawah ni dipetik dari blog sahabat baik saya Imanul Hassan. Tapi, artikel ini diedit skit bagi menyedapkan lagi jalan citenyer.
Disebabkan artikel ni agak panjang, sape2 yg takut ngantuk, leh la g buat kopi ke milo ais ke, kalau ade chips2 lg best..

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada kite semua, insyaALLAH..


Layaaannnn...



"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Nadirah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Izmil Adham, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Syakirin, Batrisya, dan Najihah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Udin dan Aizwan. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Izmil Adham hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Nadirah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Fatin Zulaikha, gadis genit yang menjawat jawatan nurse di hosp putrajaya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Izmil, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Naqiuddin Hanif, teman sejawat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Nadirah.

" Abang Izmil, Ika tak kisah. Ika sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Ika, Ika perlukan seseorang yang mampu memimpin Ika," masih terngiang-ngiang bicara unak Ika.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat Izmil bersiap untuk ke hosp. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Ika gadis kelahiran Pahang itu benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Ira setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Ira nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Nadirah bukan seorang yang panas baran. Nadirah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Ira selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Nadirah.


"Apa, nak suruh Ika jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Ika yang berwarna hijau(pakai contact lens).
"Kak Ira yang minta," masih lembut dia memujuk Ika.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Ika?" "Takutlah Ika, silap haribulan dia bunuh Ika!" terkejut Izmil Adham.

"Percayalah Ika, Kak Ira bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Zulaikha mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Ika lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Ika.


Hari ini genap seminggu Fatin Zulaikha bercuti. Seminggu jugalah Izmil merinduinya. Puas dicuba untuk menghubungi Zulaikha, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Zulaikha pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Zulaikha untuk ditemuduga oleh Nadirah. Sedangkan dia diminta oleh Nadirah bermunajat di Masjid Putrajaya.




Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putrajaya. Dulu, sebelum dia mengenali Zulaikha, saban malam dia akan bersama dengan Nadirah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Zulaikha melalaikannya. Haruman Zulaikha memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putrajaya, dia cuba mencari dirinya, Izmil Adham yang dulu. Izmil Adham anak Penghulu Ali, Imam Kampung Batu Berendam, menitiskan air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Nadirah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Nadirah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Nadirah.


Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox henset Nokia N95 miliknya.
"Ika minta maaf. Ika bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Ika tidak sehebat Kak Ira.Ika perlu jadikan diri Ika sehebatnya utk bersama Abg,"

Di bawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.




Kepada lelaki yg lembut hatinya:


Izmil Adham,
Suamiku yang tersayang…

Izmil Adham diburu kehairanan. Sampul berwarna putih itu dibuka perlahan.





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suamiku yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,


Genap seminggu sesi temuduga yang Ira jalankan pada Zulaikha. Terima kasih kerana Abg membawakan Ira seorang calon madu yang begitu cantik.


Di sini Ira kemukakan penilaian Ira.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Ira yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Ira sayangkan Abg.
Ira tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Ira sayangkan Abg…

2. Ira ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Ira sayangkan Abg. Ira tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Ira kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Ira masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Ira sayangkan Abg…




3. Ira ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Ira minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Ira harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Ira sayangkan Abg…

Abg yang disayangi,


Cukuplah rasanya penilaian Ira. Kalau diungkap satu persatu, Ira tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Ira mengenalinya.


Abg yang dicintai,


Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Ira tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Pahang.
Jika munajat Abg di Masjid Putrajaya mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Zulaikha. Oh ya, lupa nak cakap, Zulaikha telah berada di Pahang. Menunggu Abg… Ira sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakanmZulaikha masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Ira…Ira sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Ira adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Ira bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Ira.

Salam sayang,


Nur Nadirah Natasha Binti Mohd Adzmi


Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Ira bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Ira, isterinya!!! !!





************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it.. Wassalam..

13 comments:

  1. Pandai sungguh anak mithali nih..........
    grrrrr.....panas....

    -izmil-

    ReplyDelete
  2. salam, so sad love story...

    ~Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Al-room (21)~

    so, jadilah lelaki dan suami yang berfikir..^-^

    ReplyDelete
  3. salam..

    sungguh terharu baca artikel ni.Tak sangka saudara anak mithali bukan saja seorang anak mithali, malah mempunyai ciri² suami mithali! Semoga artikel ini menjadi rujukan kaum Adam selalu ye, hehehe insyaallah...

    -hady-

    ReplyDelete
  4. salam..

    suke btol hamdan kna kan org.. ish3!!

    byk name lg, name tu jgk die pilih.. hehe

    wslm

    -idris-

    ReplyDelete
  5. buat lelaki2 di luar sana, jdlah lelaki2 yg bertanggungjawab..

    jgn abaikan kaum hawa...

    kami lembut xbermakna kami lemah~~

    yeah~~~

    ReplyDelete
  6. hoho ni leh kire amaran kecil la ni daripada kaum hawa ye.. (komen atas ni) ...good, lelaki ni kadang2 pelupa, kene selalu ingatkan la ye... :p

    -hady-

    ReplyDelete
  7. semoga dpt menjadi peringatan kpd yg menceritakn jgk yea..heeehe..jgn marah~~~ :P

    ReplyDelete
  8. yeeee...moga jadi peringatan buat yg menceritakan jgk..insyaALLAH..huhu..xla, xmarah pun...

    ReplyDelete
  9. isteri macam dalam cite kat atas ni la yang ditunggu oleh pencerita kite ni kan??kan?? hehehe

    ~seindah² hiasan itu adalah wanita yang solehah~

    -hady-

    ReplyDelete
  10. ~seindah² hiasan itu adalah wanita yang solehah~

    dah jmpe lom isteri yg mcm dlm cite kt ats tu en.anak mithali??

    dan semoga kamu setia pd y satu~~huhu

    x elok tamak2..

    peringatan tuk kaum hawa jgk...

    ~NR~ (=';'=)

    ReplyDelete
  11. Salam..

    Bagi menjawab persoalan saudari NR,

    Alhamdulillah, anakmithali dah jumpa ramai wanita yg mempunyai ciri2 seperti isteri dalam cerita di atas..

    Teringat firman ALLAH dalam surah An-Nur

    “...wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik”

    (Surah An-Nur : 26)

    insyaALLAH, sama2 kite usaha utk mencapai title "lelaki n wanita yg baik" seperti yg dinyatakan dlm firman ALLAH di atas...

    yang lain2 tu sume urusan ALLAH..

    yup, mmg pasti, al-wafa ataupun kesetiaan itu amatlah penting..

    tp, klu dpt peluang bukak cawangan, tu rezeki masing2..hehe..(memain jek..)

    “Wanita solehah adalah yang menyenangkan bila dipandang, taat bila disuruh, dan menjaga apa-apa yang diamanahkan padanya“.

    ~Riyadus Solihin~

    anakmithali mengundur diri

    wassalam..

    ReplyDelete
  12. nak bukak cawangan lagi ye encik anak mithali..
    tapak masjid pun belum dibina sudah teringin bukak banyak cawangan?? hehehe

    -hady-

    ReplyDelete