Feb 10, 2009

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN AKAL


AKAL MAMPU MENAIKKAN DARJAT MANUSIA KE PUNCAK KEMULIAAN

brain Pictures, Images and Photos


KEJADIAN AKAL


Walaupun manusia pd asalnya dijadikan drpd tanah dan kemudiannya air mani, Allah melengkapkan kejadian ini dgn akal. Maka manusia menjadi makhluk yg termulia di kalangan sekalian makhluk ciptaan Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :


“mula-mula sekali makhluk yg dijadikan Allah ialah akal. Allah berfirman kpd akal; ‘menghadaplah kpd Aku’. Akal pun menghadap. Kemudian Allah berfirman lagi; ‘membelakangilah’. Akal pun menurut perintahNya. Kemudian Allah berfirman lagi; ‘demi kemuliaan dan kebesaranKu, tidak Aku jadikan makhluk yg lebih mulia drpd engkau. Dgn engkau Aku mengambil dan dgn engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dgn engkau Aku menyiksa (org yg derhaka).’ (Riwayat At-Tabrani dr Abu Umamah).


KESEMPURNAAN AKAL


Dalam hadis lain Nabi s.a.w bersabda bermaksud:


‘tidak ada usaha yg lebih utama oleh seseorg seperti keutamaan akal. Akallah yg membantu memberi petunjuk kpd org yg memilikinya agar terselamat drpd kehinaan. Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama pd diri seseorng sebelum sempurna akalnya (Riwayat Ibnu Mahbar bin Umar r.a)


Selanjutnya Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud : .


.Tidak sempurna akhlak seseorang itu sebelum sempurna akalnya. Setelah sempurna akal dan akhlak barulah sempurna imannya. Barulah manusia itu akan mentaati Allah dan menderhakai iblis.” (Riwayat Ibnu Mahbar dr Amar bin Syu’aib).

FUNGSI AKAL

Memandu tindak-tanduk manusia kerana akal termulia drpd pancaindera lain

Akal menjadi neraca dalam kehidupan utk manusia menimbang sama ada melakukan perkara yg baik dan mendapat pahala atau melakukan yg jahat sehingga membinasakan diri atau orglain lantas mendapat dosa

Menyempurnakan peribadi manusia kerana akal itu sendiri bersifat sempurna

Mengelakkan ajakan kpd kejahatan oleh akal yg lemah.

Apabila akal diletak oleh Allah pd kedudukan termulia dan ia hanya dikurniakan kpd manusia maka wajarlah manusia mengunakkan akal sbg jln utk mendapat petunjuk, iman dan panduan dlm hidup. Manusia sebeginilah yg sebenarnya mencapai martabat yg mulia di sisi Allah.


AKIBAT MENGABAIKAN AKAL


Sebaliknya, jika akal tidak digunakan utk tujuan mendptkan iman, mambina agama dan membentuk akhlak yg mulia, maka dibimbangi manusia akan tergolong kedalam golongan yg diibaratkan lebih hina drpd haiwan, sebagaimana firman Allah yg bermaksud:


“Dan sesengguhnya Kami(Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian drpd golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mehu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyi telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah org2 yg lalai.” (Surah al-A’raf : 179)


Orang yg beriman dan beramal soleh itu menjadikan akal utk merenung ayat-ayat Allah seterusnya dijadikan pengajaran dan panduan dalam kehidupan. Di dalam ayat lain, Allah berfirman lagi, mengecualikan mereka yg beriman dan beramal soleh tidak akan jatuh taraf mereka menjadi hina:


“Sesungguhnya Kami jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian. Tetapi kemudiannya Kami kembalikan mereka ke taraf yg serendah-rendahnya. Kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh. Bagi mereka pahala yg tidak putus-putus.” (Surah At-Tin : 4-6)


Akal dijadikan sbgai alat utk mencapai dan menuju kesempurnaannya selaku manusia disisi Allah melalui peraturan yg telah digariskan oleh-Nya. Org yg menggunakan akal utk mensejahterakan diri dan masyarakatnya, sentiasa mencari dan menggunak ilmu utk kebaikan.


CIRI-CIRI AKAL

setiap sesuatu mempunyai alat dan alat bg org mukmin ialah akal

Setiap sesuatu ada kenderaan dan kenderaan bg manusia ialah akal.

Setiap sesuatu ada tiang dan tiang bagi manusia adalah akal.

Setiap sesuatu mempunyai tujuan dan tujuan bg hamba Allah ialah akal.

Setiap kaum mempunyai penyeru dan penyeru bagi kaum yg beribadah ialah akal.

Setiap keluarga dlm sesebuah rumah mempunyai org yg membiayainya dan yg membiayai rumahtangga org ‘siddiqin’ (org yg membenarkan agama) ialah akal.

Setiap manusia mempunyai kesudahanyg disandarkan danyg diingatkan dan kesudahan yg menjadi sandaran dan ingatan org siddiqin ialah akal.

Setiap perjalanan mempunyai rumah kecil tempat persinggahan dan tempat persinggahan bg org mukmin ialah akal.

brain Pictures, Images and Photos


10 BAHAGIAN AKAL


Allah s.w.t memuliakan manusia dgn akal dan diperintahkan mendalami ilmu supaya menjadi org yg berilmu.

Manusia boleh hidup bahagia dunia dan akhirat dgn adanya ilmu yg dituntut ikhlas utk mendapat keredaan Allah s.w.t malah Allah akan menjadikan syurga sbg ganjarannya.

Diriwayatkan bahawa Amar b. Ka’ab dan Abu Hurairah r.a dtg kpd Rasulullah s.a.w. Keduanya bertanya,


”ya Rasulullah, siapakah org yg paling alim? ”Baginda menjawab , „org yg berakal.”. Mereka bertanya lg, ‘siapakah org yg paling utama?’ Nabi menjawab, ‘ org yg berakal, tiap2 sesuatu itu mempunyai alat dan alatanya org yg beriman adalah akalnya. Tiap-tiap kaum mempunyai tujuan, dan tujuan utama bg para hamba ada pd akalnya"


Dari Aisyah r.anha bahawa dia berkata, ‘ Akal itu ada 10 bahagian. 5 bahagian nampak secara lahiriah dan 5 bahagian lg tidak nampak (batiniah).


5 yg nampak ialah :

Diam

Sabar

Tawadhu’ (merendah diri)

Mengingatkn utk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar

Berbuat amal kebaikan


5 yg tidak Nampak adalah

Berfikir

Memberi contoh / pengajaran

Menggangap dosa sbg masalah besar

Takut kpd Allah s.w.t

Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya


MARTABAT AKAL


Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya,


‘Org yg paling sempurna akalnya di antara kamu ialah org yg paling takut kpd Allah dan amat mengambil berat tentang perintah da laranganNya, walaupun pada zahir dan pandangan kamu dia sedikit melakukan amalan sunat.'(Riwayat Ibnu Mahbar dr Abu Qatadah)


Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :


Berfikir sesaat itu lebih baik drpd beribadah sunat setahun.” (Riwayat Ibnu Hibban)


■ Dipetik dr buku Panduan Mencerdaskan Minda karangan Siti Nor Bahyah Mahamood


From : Mitshubishi Putih~

No comments:

Post a Comment