May 29, 2010

AKU PANDAI SEBAB AKU RAJIN

Aku pandai sebab aku rajin? Aku masuk university sebab aku pandai, aku study kt oversea sebab aku genius, BETUL KE?

Dalam ramai-ramai pelajar yang menduduki SPM (fakta 465,853 orang SPM 2009) alhamdulillah Maha suci Allah yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani telah memilih dan mengurniakan kita peluang ke universiti masing-masing sekarang.

Tapi pernahkah kita terfikir, kenapa antara beratus-ratus ribu kita yang terpilih? Adakah sebab rajinnya kita berbanding orang lain? Atau mungkin kerana lebihnya usaha kita?

Tak lupa juga mereka yang diberi bakat dan kelebihan dalam bersukan atau bekerja. Adakah hebatnya mereka ini disebabkan pencapaian mereka sendiri?

Kadang-kadang mungkin kita lebih menganggap ianya adalah pilihan Allah swt atas usaha dan jerih payah kita. Juga terpilih kita kerana doa dan ketaatan kita pada-Nya.

Hurmm! Tapi dalam quran Allah ade ckp,

Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezekinya kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, sehingga mereka sama-sama merasakan rezeki itu. Mengapa mereka mengingkari nikmat Allah itu? (An-nahlu:71)

Haa Allah melebihkan kita semua dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki supaya kita memberikan dan menyampaikannya juga kepada orang lain.

Ape maksud rezeki? Rezeki ialah sesuatu yang memberi manfaat kepada seseorang itu.

Jadi macamane tu? Terpulang kepada kita kan bagaimana kita mahu menggunakan kelebihan dan rezeki yang kita ada untuk manfaat masyarakat kita.

Kita ada tanggungjawab terhadap orang di sekeliling kita. Gunakan kelebihan diri, tuntutlah ilmu dan islahkan diri, kerana masyarakat kita memerlukan orang yang boleh memperbaik keadaannya sekarang. Jangan kita yang diberi kelebihan rezeki dan ketinggian dajwat ini pula menambah parah dan sakit masyarakat kita nanti.

Jangan kita hanya menyimpan dan membolot kelebihan dan rezeki itu seorang diri. Ingatan Allah supaya kita tidak mengingkari nikmat-Nya itu perlu sentiasa diingati.

Dalam satu ayat lain,

dan dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di muka bumi dan dia mengangkat (derajat) sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas karunia yang diberikan-Nya padamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh dia Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. (Al-An'am:165)

Jadi gunakanlah kelebihan kita itu untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Tugas kita sebagai khalifah untuk memastikan undang-undang Allah dipraktikkan dan memastikan agar semua manusia mengakui tiada yang lebih layak disembah kecuali Allah swt.

Tak lupa juga kelebihan dan diangkat darjat itu juga adalah sebagai ujian dari Allah untuk kita, Dia sangat cepat memberi hukuman. Jadi, kelebihan dan darjat kurniaan Allah itu adalah semata-mata pinjaman untuk kita merealisasikan tugas kita membawa syiar Islam di muka bumi ini.

Mungkin sekali dua kita menggunakan kelebihan itu ke arah yang tak sepatutnya, dan diberi peluang untuk kembali dan bertaubat, namun andai kita terus hanyut dan larut dalam keingkaran bila-bila masa saja kepandaian, kekayaan, kekuatan dan ketinggian bakat itu boleh direntap daripada kita. Siapa tahu , kerna Dia yang Maha berkuasa atas segalanya mampu mengangkat atau menjatuhkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Kesimpulannya, pengurniaan kelebihan dan ketinggian darjat kepada kita adalah untuk kita merealisasikan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi dan juga untuk disampaikan kepada ahli masyarakat kita yang lain. Jadi mari kita gunakan kelebihan kita semaksimumnya ke arah yang dituntut Islam .i/Allah..

2 comments:

  1. salam... insyaAllah, tepat skali!!
    kena ke batang hidung sendiri... kita ada mcm2, masih xmampu untuk memperjuangkan agama Allah ini, sedangkan mereka di Palestin,berbekal dengan "BATU-BATU IMAN" itu mampu menumbangkan Isreal laknatullah... Allahuakbar!! Jom kita bergerak untuk Islam!

    ReplyDelete
  2. Salamwbt,

    betul kita ade mcm, dan kadg2 kita gunakan ke arah yang langsung xmembantu untuk Islam..
    Masyarakat perlukan kita..mari kita bina tarbiyyah diri ini..mari bina khulafa'..

    ReplyDelete