Mar 29, 2015

Hidup Dengan Jiwa Tenang dan Bersih

           
Manusia sentiasa inginkan satu kehidupan yang baik dan kelihatan sempurna.Saya yakin 100% tiada manusia ingin kehidupan yang serabut,tidak tenang, dan sering sedih.Pelbagai cara manusia lakukan untuk mendapat kehidupan yang bahagia dan tenang.Tetapi,sebagai seorang muslim yang ada Allah di hati,kesihatan rohani dan jiwa itu amatlah penting mengatasi kesihatan jasad kita.Kerana kesihatan hati lah yang akan menentukan kehidupan bahagia dan tenang atau sebaliknya.

Dalam dunia ini tiada yang sempurna melainkan Allah dan agamanya.Dunia ini dan seluruh isinya,manusia-manusia yang ada semuanya tidak sempurna.Realitinya,mustahil untuk seseorang manusia itu untuk sentiasa kehidupannya sentiasa berada di atas dan sentiasa bahagia,mustahil untuk tidak ada rasa sukarnya hidup ini,peningnya hidup ini, sedihnya hidup ini,banyak masalah dan macam-macam lagi keluhan kita.Tetapi, sesiapa yang hatinya sentiasa ada dengan Allah dan bergantung pada Allah,dia akan bahagia insyaAllah walaupun banyak perkara yang tidak dingini berlaku.

Hidup yang bahagia, tenang dan diredhai Allah itu bergantung pada hati seseorang itu.Tanyalah pada diri dan iman kita,kepada apakah hati kita bergantung untuk sentiasa bahagia? Adakah kita rasa kalau kita ada boyfriend/girlfriend kita akan bahagia?atau mungkin kerjaya,duit,study,kecantikan,pangkat atau kawan-kawan?Selagi mana kita bergantung pada sesuatu yang bersifat sementara,sekalipun ia adalah ciptaan Allah,kebahagiaan itu juga tetap sementara.Tapi andai kita bergantung pada Allah yang kekal,hati kita dekat dengan Allah yang kekal,insyAllah kita akan peroleh satu kehidupan bahagia yang kekal hingga akhir hayat.Bahagia ini bukanlah bermaksud kita tidak akan merasa sukar, sedih atau diuji,tapi dengan berbekalkan keyakinan kepada Allah,kita yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya,dan akhirnya kita akan merasa tenang.

 Hadis Rasulullah:"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh badan ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, maka buruklah keseluruhannya. ketahuilah ia adalah hati" 

Oleh sebab itu,perlunya kita untuk sentiasa diagnos hati supaya hati kita sentiasa sihat dan bersih.Sebagaimana kita mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan,supaya hari-hari kita lebih produktif dan bermakna.begitu juga harus jadi kepada hati kita.Jom kita diagnos apakah ciri-ciri hati yang sakit itu?



Ciri-ciri Hati yang sakit:

1.Susah untuk melaksanakan tujuan hidupnya iaitu beribadah kepada Allah,iaitu dengan mendahulukan nafsu syahwatnya dan rasa malas untuk beribadah.

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?”(QS. Al Furqan: 43).

2. Tidak merasa bersalah melakukan maksiat.Walhal hati yang sihat itu akan merasa sakit jika melakukan maksiat lantas melahirkan rasa ingin bertaubat kepada Allah.

3.Jauh daripada nutrisi hati yang bermanfaat(seperti jauh daripada al-Quran) dan dekat kepada racun hati.

4.Condong kepada kehidupan dunia,rasa enjoy dan tenteram dengan dunia.

5.Tidak mengharapkan kehidupan akhirat dan tidak mempersiapkan bekalan untuk akhirat.

Hati yang sakit ini juga menyebabkan kita mudah untuk:
-mudah marah
-Iri hati dan dengki atas nikmat lebih orang lain
-Sukar untuk maafkan orang lain/hati keras
-Berperangsangka buruk
-Susah untuk ikhlas

Adakah kita ada ciri-ciri di atas?Kalau kita sedar yang kita ada,Tahniah!tahniah kerana Berjaya merasa diri tidak cukup baik,kerana perasaan ini juga adalah satu rahmat dan nikmat daripada Allah yang ingin kita untuk menjadi lebih baik.Merasa diri sudah cukup baik adalah satu musibah,kerana golongan tidak akan merasa mereka perlukan Allah.Sehebat mana pun manusia itu,fitrahnya tetap inginkan bantuan daripada tuhan.

Marilah kita sama-sama perbaiki diri dan menjalani kehidupan yang lebih bahagia.Kerana ciri-ciri di atas itu lah yang membuat hidup kita tidak tenang dan bahagia.Allah,segala pujian untuknya yang maha mengetahui bahawa hambanya akan sangat mudah terpedaya dengan syaitan yang sentiasa ingin menjauhkan manusia daripada Allah,maka Allah telah turunkan alquran sebagai panduan hidup kita untuk bersihkan hati.

Cara membersihkan hati:

1.Banyakkan membaca al-Quran dan zikir

2.Jaga kelansungan amal saleh walaupun sekecil-kecil amalan.Teruskan berbuat kebaikan.

3. Memperbaiki diri!

4. Muhasabah diri

5. Tadabbur al-Quran,menelaah dan menghayati. Allah menyebutkan orang-orang yang tidak mahu mentadabburi Qur’an sebagai orang yang tertutup hatinya. Artinya, kalau hati kita ingin terbuka dan bersinar, maka tadabbur Qur’an. (QS 47:24)

6. Bergaul dengan orang saleh kerana persekitaran adalah satu faktor kuat yang boleh mempengaruhi diri kita.

7. Berbagi dengan fakir,Miskin dan Yatim.

Rasulullah SAW bersabda, “Abu Hurairah r.a. bercerita bahwa seseorang melaporkan kepada Rasulullah SAW tentang kegersangan hati yang dialaminya. Beliau SAW menegaskan, “Bila engkau mau melunakkan (menghidupkan) hatimu, beri makanlah orang-orang miskin dan sayangi anak-anak yatim.” (HR. Ahmad)

8. Ingat mati dan hari akhirat.Dan ingatlah,di hari kematian kita,yang Allah tengok adalah jiwa yang bersih itu.

9.Menghadiri majlis ilmu yang dinaungi malaikat-malaikat Allah.Sebelum mula majlis,pejamkan mata anda…niatkan “Allah,berikan aku sesuatu daripada majlis ilmu ini yang dapat menghubungkan aku dengan Engkau dan membersihkan hati aku”

10 .Doa,doa dan doa agar diberi hati yang bersih dan jiwa yang tenang.Yakin bahwa Allah sedang mendengar..Mana mungkin Allah tidak akan makbulkan doa hamba yang meminta untuk dibersihkan hatinya.

Allah itu maha penyayang..maha mengetahui isi hati hamba-hambanya..Andai kita tidak dapat buat banyak tips-tips di atas,buatlah satu yang kita mampu,yang paling penting kita istiqamah.Dan ingatlah bahawa,formula untuk hidup bahagia itu adalah jiwa yang tenang,dan hanya yang mengingati Allah,jiwanya akan tenang.InsyaAllah,selamat beramal dan semoga amal kita diterima.

"Dan orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."(Al-ankabut:69)






No comments:

Post a Comment