Mar 16, 2015

WEEKLY IPIP NEWS WRAP UP ( 9/3/2015 - 16/3/2015 ) - IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND




GST:Kementerian Kesihatan,Kastam Jumpa Minggu Depan.













LUMUT: Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kastam Diraja Malaysia pada minggu depan dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak enam peratus bagi bayaran profesional untuk perundingan yang dikenakan doktor di hospital swasta.

Menteri Kesihatan Datuk Dr S.Subramaniam berkata pihaknya akan mewakili doktor hospital swasta untuk menyampaikan pandangan mereka berkaitan isu itu kepada Kastam."Pihak Kastam telah menetapkan beberapa garis panduan baharu, jadi kita beritahu mereka apa yang doktor di hospital swasta fikir mengenai beberapa perkara dalam keputusan itu

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat fraterniti perubatan untuk memulakan tindakan guaman terhadap kerajaan yang berhasrat mengenakan CBP dalam bayaran kepada doktor bagi perundingan dan prosedur di hospital swasta.

Media melaporkan fraterniti perubatan bercadang memulakan tindakan guaman terhadap kerajaan berhubung garis panduan baharu Jabatan Kastam berkaitan pelaksanaan CBP dalam bayaran profesional yang dikenakan doktor di hospital swasta bermula 1 April ini.


2 Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas,Juruterbang Selamat












KUALA LUMPUR: Dua pesawat KT-13 dariJupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara TenteraNasionalIndonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA ’15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sebentar tadi.

Kejadian disahkan di laman Twitter Kelab Penyokong Tentera Udara Diraja Malaysia, @myTUDM.

Ia turut melaporkan bahawa sehingga kini dua juruterbang pesawat tersebut disahkan selamat setelah menggunakan kerusi anjal.


2 Rang Undang -Undang Baru Cegah Keganasan Akan Dibentang


SHAH ALAM: Kabinet telah meluluskan Rang Undang-Undang Pengganas Asing dan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) untuk dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Rang Undang-Undang Pengganas Asing
adalah khusus bagi membendung kemasukan pengganas asing ke negara ini dan POTA untuk menangani 
ancaman keganasan dalam negara.

"Rang Undang-Undang Pengganas Asing digubal memandangkan Malaysia berpotensi menjadi tapak atau transit untuk bergerak ke negara ketiga iaitu negara yang menjadi sasaran pengganas," katanya.
Beliau menjelaskan sebarang pendakwaan atau keputusan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah di bawah kedua-dua undang-undang baharu itu akan dilakukan oleh dua lembaga iaitu pencegahan jenayah dan keganasan.


Tourism Malaysia Rai Pancaragam SSP di New York















NEW YORK: Pejabat Tourism Malaysia New York menganjurkan majlis minum petang bagi meraikan kumpulan pemuzik perempuan dari Malaysia yang membuat penampilan sulung pada pertandingan Carnegie Hall di sini, dalam persaingan dengan lapan kumpulan muzik sekolah di Amerika Syarikat.

Majlis yang berlangsung di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York pada Rabu diadakan sebagai penghormatan kepada anggota kumpulan itu terdiri daripada pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, berusia 13 hingga 17 tahun.

Kumpulan muzik SP Windsitu dianggotai 69 pelajar perempuan yang berpakaian hijab dan seorang konduktor muzik lelaki, memenangi pingat perak pada pertandingan itu pada Isnin, dan menerima sorakan penonton yang melaungkan 'Bravo'.


"Hakikat mereka boleh layak dan bersaing dalam pertandingan Carnegie Hall adalah sebenarnya satu 
pencapaian besar. Kami juga menjemput profesional dan pengusaha terkemuka sektor pelancongan yang kagum dengan persembahan kumpulan pelajar perempuan itu," kata Naib Presiden Pejabat Tourism Malaysia New York Ahmad Johanif Mohd Ali kepada Bernama.



CGPA Pelajar Bukan Berdasarkan Pencapaian Akademik Sahaja Lagi














KUALA LUMPUR: Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tidak lagi dikira berdasarkan pencapaian akademik semata-mata di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT).

Sebaliknya, kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA dalam PPPM-PT akan mengambil kira penglibatan pelajar dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan, kemahiran dan kepimpinan.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kaedah pentaksiran berintegrasi CGPA itu akan dilaksanakan di bawah lonjakan pertama PPPM-PT bagi melahirkan graduan keusahawanan, holistik dan seimbang.

"Sekarang pelajar cemerlang dalam akademik yang memperoleh semua A akan mendapat CPGA 4.0 tetapi melalui kaedah baharu ini, pelajar perlu cemerlang secara keseluruhan sebelum mendapat CGPA 4.0," katanya.


Bungkusan di Pantai  Australia Mungkin Pentunjuk Kepada MH370













SYDNEY: Sebuah bungkusan tuala basah yang dipercayai milik Malaysia Airlines (MAS) dijumpai di pantai Barat Australia selepas empat bulan kehilangan pesawat penerbangan MH370, kata pasukan penyiasat pada Selasa.

Walau bagaimanapun, pasukan penyiasat itu berkata ianya juga berkemungkinan tiada kaitan dengan pesawat hilang itu.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac, 2014 dengan 239 penumpang dan tiada tanda-tanda jika pesawat itu akan dijumpai. Ia dipercayai berakhir di Lautan Hindi berdekatan dengan pantai barat Australia.

Dalam bungkusan itu terdapat tuala basah dengan logo MAS yang selalunya diberikan untuk penumpang.Ia dijumpai di pantai Thirsty Point, kira-kira 200 kilometer utara Perth.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dalam satu kenyataan berkata tuala basah bersaiz 6cm x 8 cm dalam bungkusan plastik itu dijumpai di Thirsty Point pada 2 Julai 2014.

“Tuala itu telah pun diserahkan kepada pihak Polis Australia Barat,” kata biro itu dalam satu kenyataan selepas penemuan itu dilaporkan media Australia.Ia bagaimanapun, ada kemungkinan tuala itu tiada berkaitan dengan MH370."



33 Maut Dalam Kejadian Feri Karam Di Myanmar














YANGON: Anggota penyelamat masih bertungkus-lumus menjalankan misi mencari penumpang yang masih hilang dalam tragedi ferikaramdi perairan bergelora di barat Myanmar pada Jumaat.

Sehingga kini, 33 jasad mangsa telah ditemui manakala yang lain masih hilang dalam tragedi feri membawa lebihan muatan dan penumpang tersebut.Feri Aung Takon 3 yang sepatutnya menuju Sittwe di barat negeri Rakhine karam selepas meninggalkan bandar Kyaukphyu, kata polis.



Angka kematian setakat ini adalah 33 – empat lelaki termasuk seorang sami dan 29 wanita. Sekurang-kurangnya 12 orang masih belum ditemui,” ujar polis di bandar Sittwe, sambil menambah bahawa 169 orang berjaya diselamatkan dan dipercayai tiada warga asing berada di dalam feri berkenaan.

Singapura Haram Pamer Rokok di Kaunter Juruwang













SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sedang mengambil beberapa inisiatif untuk mengawal tabiat merokok termasuk mengharamkan produk tembakau dipamerkan berhampiran kaunter juruwang.

Setiausaha Parlimennya, Prof Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata pihak kementerian mahu mengurangkan kesan pengiklanan rokok mulai dari sudut paparan khusus kepada golongan belia.

"Apabila produk tembakau tidak lagi dipamerkan secara menonjol maka ia boleh mengurangkan pembelian rokok tanpa dirancang serta membantu usaha perokok cuba berhenti merokok," katanya pada sesi perbahasan perbekalan peringkat jawatankuasa MOH di Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata MOH akan mengharamkan titik pameran tembakau pada tahun ini menerusi pindaan Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan).

Menurutnya, pihak peruncit akan diberi tempoh masa 12 bulan untuk mematuhi peraturan itu.


















No comments:

Post a Comment