Mar 10, 2015

WEEKLY IPIPNEWS WRAP-UP 4/3/2015-9/3/2015~ IKATAN PELAJAR ISLAM POLAND

DALAM NEGARA:


Jenazah Harun Salim Bachik tiba di kediamannya

Read more at: http://www.bharian.com.my/node/39597















KUALA LUMPUR: Jenazah pelakon yang juga pelawak terkenal, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, 55 tiba di kediamannya Taman Pandan Perdana jam 1.15 pagi.
Jenazah dibawa dari Hospital Parit Buntar, Perak jam 9.40 malam menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam.
Lebih kurang 200 penggiat seni, rakan artis dan saudara mara menunggu dikediaman seniman itu dalam suasana sedih dan hiba sejak 9 malam tadi.

Rakyat Malaysia bersatu peringati mangsa MH370

Read more at: http://www.sinarharian.com.my/nasional/rakyat-malaysia-bersatu-peringati-mangsa-mh370-1.366471
MH370
KUALA LUMPUR - Bersempena ulang tahun pertama kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 (8 Mac 2015), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati dalam mengenang dan memberi penghormatan kepada mereka yang menjadi mangsa dalam tragedi itu.
  
Najib menegaskan sekali lagi bahawa Malaysia sentiasa komited terhadap usaha berterusan untuk mencari pesawat itu "dan berharap MH370 akan dijumpai."
  
Sambil menjelaskan bahawa kejadian yang menimpa Penerbangan MH370 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib berkata operasi mencarinya juga merupakan usaha paling rumit dan amat mencabar dari segi teknikal dalam sejarah penerbangan.
 
"Hari ini, kita semua bersatu hati dalam mengenang dan memberi penghormatan kepada 239 orang, termasuk 50 rakyat Malaysia, yang menaiki MH370. Kita utuskan doa untuk mereka serta orang tersayang yang mereka tinggalkan - serta berkongsi kesedihan yang mereka alami," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.


MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan



MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan

KUALA LUMPUR: Fakta mengenai penyiasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi gambaran lebih jelas dan informasi lebih meyakinkan bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi. 

Pakar Kanan Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur Ahmad Maulan Bardai berkata data satelit yang dikumpul menunjukkan laluan lengkap penerbangan sebelum ia terputus hubungan sepenuhnya.

"Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi.

"Analisis data dari Inmarsat menunjukkan penerbangan itu telah mengubah haluan setelah ia terbang melepasi Sumatra dan menuju arah selatan.

"Berdasarkan maklumat itu, adalah tepat pasukan mencari dan menyelamat mencari di Lautan Hindi," katanya kepada Bernama.

Laporan itu, yang dikeluarkan oleh Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370 pada Ahad membutirkan rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang itu.   

Maklumat pesawat dan sejarah penerbangan MH370 turut direkodkan alam laporan itu.

Ahmad Maulan berkata kapasiti minyak pesawat itu membolehkannya terbang menuju ke selatan. 

Laporan itu mendedahkan bahawa MH370 membawa 49,100 kilogram minyak untuk tahan terbang selama tujuh jam setengah. Tempoh penerbangan yang dirancang ialah lima jam 34 minit, katanya. 

"Pesawat itu boleh terbang 900 kilometer sejam. Dari masa ia berpatah balik, ia masih boleh terbang sejauh 5,400 kilometer lagi," kata Ahmad Maulan, dan menambah pesawat boleh melunsur untuk sejam lagi tanpa menggunakan minyak sebelum ia berakhir di Lautan Hindi.

Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik di Pulau Mabul dibebaskan


Lans Koperal Zakiah Aleip yang diculik di Pulau Mabul dibebaskan hari ini

SANDAKAN: Anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakiah Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas, dibebaskan 7 Mac 2015, demikian diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Zakiah, yang baru tiba di Sandakan pagi ini dari Selatan Filipina, dengan menaiki bot.

"Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan usaha berterusan kerajaan melalui perundingan, berkat doa semua pihak dan kesabaran serta ketabahan ahli-ahli keluarga, maka usaha membebaskan beliau telah berhasil.

"Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah berusaha sedaya upaya sehingga memastikan pembebasan Zakiah," katanya.

Terbit semula naskhah popular dalam jawi

Read more at: http://www.bharian.com.my/node/39224


KUALA LUMPUR: Penerbitan semula karya-karya popular dalam tulisan jawi mampu menarik minat masyarakat Melayu menguasai semula tulisan itu.
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata usaha itu bukan saja dapat mengembalikan ciri budaya Melayu itu yang semakin hilang, sebaliknya boleh memartabatkan semula tulisan jawi yang sudah dianggap 'mati'.
"Kita harus memulihkan semula penulisan jawi ini, ..dalam bentuk cerpen, artikel atau novel kerana ia dapat menarik minat orang ramai mendekati semula tulisan jawi yang mereka sudah tinggalkan berpuluh tahun.

MAS pasang sistem penjejakan pesawat - Liow


MAS pasang sistem penjejakan pesawat - Liow

PUTRAJAYA: Syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airlines (MAS) telah memperkenalkan sistem muat turun data penerbangan setiap 15 minit bagi penjejakan pesawatnya mengikut masa nyata.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau telah mengarahkan MAS memasang sistem penjejakan pesawat itu sebagai langkah meningkatkan keselamatan pesawat.

Malaysia merupakan penyokong kuat bagi penggunaan sistem penjejakan masa nyata itu susulan insiden pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang tahun lepas.

"(Muat turun data) setiap 15 minit, amat hampir dengan masa nyata. Bagi pesawat dan industri penerbangan, muat turun isyarat dan pemprosesan data setiap 15 minit adalah amat penting," katanya pada taklimat media di sini hari ini bersempena genap setahun insiden MH370 hilang.

Penerima BR1M boleh tuntut tunai di cawangan BSN

Read more at: http://www.bharian.com.my/node/38951


KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah pengkreditan secara terus ke akaun bank masing-masing boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata terdapat beberapa kesilapan ketika mengisi borang permohonan seperti nombor akaun bank yang tidak tepat, yang menyebabkan proses pengkreditan secara terus ke akaun bank penerima mengalami kesulitan.
"Kerajaan telah mengedarkan surat kepada penerima BR1M terbabit bagi memaklumkan mereka perihal masalah tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Hartanah Malaysia di sini.
UTP lancar aplikasi mudah alih rawatan Islam pertama di dunia
Read more at:http://www.bharian.com.my/node/38726

SERI ISKANDAR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Sistem Perubatan Islam Secara Ruqyah atau 'Mobile Islamic Ruqyah Medication System' (M-IRMS), yang pertama di dunia, bagi merawat pelbagai masalah kesihatan melalui bacaan al-Quran dan hadis.
Naib Canselor UTP, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim, berkata aplikasi itu menyediakan rakaman doa dan ayat suci al-Quran yang dibaca sendiri oleh pengasas pusat rawatan Islam terkenal, Darussyifa', Datuk Dr Haron Din bagi menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk masalah kesihatan umum, fizikal dan rohani serta gangguan mistik.
Beliau berkata, aplikasi M-IRMS memenangi beberapa anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa, antaranya, pingat emas di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) baru-baru ini.
"Aplikasi ini berpotensi besar menjadi rujukan masyarakat Islam di Malaysia mahupun di Asia Tenggara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sepak anak hendak solat, pengawal keselamatan dipenjara empat bulan


Sepak anak hendak solat, pengawal keselamatan dipenjara empat bulan

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pengawal keselamatan menyepak anaknya berusia lapan tahun yang hendak menunaikan solat dibalas dengan hukuman penjara empat bulan  oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Majistret Zuraini Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasrol Azhar Rahmat, 36, setelah dia mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap, 14 Jan lepas.

Ketika menjatuhkan hukuman, Zuraini sempat menasihati Hasrol Azhar supaya mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

"Saya memandang berat kes ini kerana setiap hari ada kes dera anak yang dibawa ke mahkamah. Walaupun anak sendiri tidak boleh pukul," katanya.

Hasrol Azhar didakwa mendera anaknya berusia 8 tahun dengan menyepak mangsa di sebuah rumah pangsa, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 7.19 malam, 3 Dis lepas


Ibu muda ditemui mati terikat bersebelahan bayi sebulan


Ibu muda ditemui mati terikat bersebelahan bayi sebulan

PETALING JAYA: Seorang wanita yang masih dalam pantang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di bilik tidurnya di sebuah pangsapuri di sini.

Lebih menyayat hati, apabila mangsa seorang ibu muda berusia 23 tahun dipercayai dibunuh di depan anaknya yang baru berusia sebulan setengah. Bayi lelaki terbabit bagaimanapun dilaporkan selamat.

Ketika ditemui, tangan dan kaki mangsa diikat di dalam bilik sewaannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim berkata kejadian disedari oleh suami mangsa sekitar jam 8 malam selepas gagal membuka pintu bilik sewaan mereka.

SPM 2014: 11,289 calon dapat A dalam semua subjek

Read more at: http://www.bharian.com.my/node/38042


PUTRAJAYA: Lebih 11,000 daripada 455,839 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
Mereka adalah 2.62 peratus atau 11,289 calon yang mendapat gred A+, A dan A-, berkurangan berbanding 13,970 yang memperoleh keputusan sama pada tahun 2013.
Beliau berkata, penurunan itu antara lain disebabkan sikap calon yang sering meramalkan bentuk soalan pada setiap tahun adalah sama sehingga menyebabkan mereka mengulang kaji mengikut cara lama.

LUAR NEGARA:


Protes mega anti-Netanyahu

Read more at: http://www.sinarharian.com.my/global/protes-mega-anti-netanyahu-1.366659

Protes mega anti-Netanyahu

TEL AVIV - ISRAEL. Puluhan ribu penduduk Israel membanjiri jalan utama menyertai protes mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletak jawatan menjelang Pilihan Raya Parlimen akan datang.

Media tempatan melaporkan, lebih 40,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rabin di Tel Aviv sambil melaungkan slogan mengutuk dasar pemimpin itu yang menghasut peperangan selain menuntut perubahan dalam kerajaan.

"Netanyahu tidak membawa sebarang pembaharuan atau mewujudkan masa depan lebih baik sepanjang tempoh enam tahun beliau bergelar perdana menteri," tegas bekas Ketua Agensi Risikan Mossad, Meir Dagan.

Lelaki Muslim ditembak

Read more at : http://www.sinarharian.com.my/global/lelaki-muslim-ditembak-1.366335

Lelaki Muslim ditembak

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lagi penduduk Muslim ditembak mati di Amerika Syarikat ketika mangsa sedang mengambil gambar salji bersama keluarganya di Dallas.

Menurut laporan Press TV, mangsa dikenali sebagai Ahmed al-Jumaili, 36, berasal dari Iraq.

Al-Jumaili yang baharu sebulan menetap di AS ditembak pada Khamis.

Insiden itu berlaku genap sebulan selepas pembunuhan tiga pelajar Muslim di Chapel Hill di North Carolina.

Palestin henti kerjasama keselamatan

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/palestin-henti-kerjasama-keselamatan-1.366030

Palestin henti kerjasama keselamatan

RAMALLAH - PALESTIN. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) telah memutuskan untuk menamatkan semua kerjasama keselamatan dengan Israel.

Menurut sebuah laporan disiarkan pada Khamis, keputusan itu dibuat Majlis Pusat Palestin (PCC) diketuai Presiden Mahmoud Abas pada satu mesyuarat selama dua hari di Ramallah.

Menurut Press TV, PCC berkata, keputusan itu terpaksa diambil kerana Israel telah melanggar perjanjian dua hala selain menyekat dan enggan menyerahkan hasil kutipan cukai kepada Palestin.


Tentera Israel jadi gila?

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/tentera-israel-jadi-gila-1.365726

Tentera Israel jadi gila?

TEBING BARAT - PALESTIN. Beratus-ratus tentera Israel yang terlibat dalam Perang Gaza tahun lalu dilaporkan menjalani kaunseling dan rawatan psikoterapi.

Menurut Israel Today, lebih 350 anggota tentera telah menerima rawatan untuk gejala berkaitan tekanan selepas trauma, produktiviti rendah serta mengalami mimpi buruk yang berulang-ulang.

Malah, ada di antara mereka mengalami tekanan yang teruk selepas perang  berakhir.

Peperangan yang mengorbankan 2,200 rakyat Palestin itu berakhir Ogos, tahun lalu.


Rejim Zionis musnahkan hasil

Read more at: http://www.sinarharian.com.my/global/rejim-zionis-musnahkan-hasil-1.365363

Suara dari Palestin

RAMALLAH - PALESTIN. Pihak berkuasa rejim Zionis bertindak kejam memusnahkan ratusan hektar tanaman gandum dan bijirin milik penduduk Palestin di perkampungan Rakhama di Negev.

Menurut Press TV, agensi berita Ma'an melaporkan kira-kira 14 traktor diiringi lebih 50 kenderaan polis digunakan untuk memusnahkan hasil pertanian dan meratakan tanah di kawasan itu.

"Ia sememangnya satu perbuatan vandalisme yang bertujuan untuk merampas tanah milik penduduk Badwi, namun kami tidak sesekali akan berganjak dari kawasan penempatan ini," tegas seorang penduduk, Ali Freijat.

Ahad lalu, Israel turut mengumumkan rancangan jahat mereka untuk merobohkan kawasan penempatan penduduk Badwi berhampiran Baitulmaqdis.



Turkish Airlines tergelincir dari landasan

Read more at: http://www.sinarharian.com.my/global/turkish-airlines-tergelincir-dari-landasan-1.365267

Turkish Airlines tergelincir dari landasan

KATHAMANDU - NEPAL. Sebuah pesawat Turkish Airlines yang membawa 224 penumpang tergelincir dari landasan ketika cuba mendarat di lapangan terbang Kathmandu hari ini dan terbabas ke padang rumput berhampiran.

Lapangan terbang itu kini telah ditutup kecuali untuk helikopter.

Jurucakap lapangan terbang berkenaan, Purna Prasad Chudal berkata, penglihatan adalah baik walaupun kabus dilaporkan.

"Juruterbang pesawat itu telah tersilap percaturan sewaktu percubaan awal untuk mendarat, sebelum membuat percubaan kedua yang akhirnya menyebabkan pesawat itu tersasar.

Sementara itu, Pengurus Lapangan terbang Khatamandu, Birendra Prasad Shrestha berkata ketika pesawat cuba untuk mendarat, pesawat berkenaan terlepas dari landasan dan berakhir di kawasan padang rumput,"

"Semua 224 penumpang telah dipindahkan, tiada kecederaan dan semua orang selamat," katanya dipetik AFP


Australia bantu jayakan program muzium Islam

Read more at:http://www.sinarharian.com.my/global/australia-bantu-jayakan-program-muzium-islam-1.364977

MELBOURNE - AUSTRALIA. Kerajaan Australia akan menyumbang A$500,000 bagi menjayakan program pendidikan kesenian dan kebudayaan Islam untuk memupuk kesepaduan sosial dan persefahaman antara pelbagai budaya.
Program pendidikan kebangsaan ini akan dibangunkan Islamic Museum of Australia.
Ia bertujuan meningkatkan kefahaman kanak-kanak dan orang ramai tentang Islam di Australia, termasuk melalui koleksi bahan kesenian dan kebudayaan Islam di muzium itu, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, bahan pendidikan secara bercetak dan dalam talian akan dihasilkan daripada koleksi berkenaan sebagai sokongan kepada kurikulum sekolah yang memberi fokus terhadap Asia dan hubungan Australia dengan Asia.

No comments:

Post a Comment