Jan 11, 2016

[AMARGlobal] AMAR WEEKLY WRAPUP (4/1/2016-11/1/2016)

DALAM NEGARA

Malaysian suicide bombers kill 33


KUALA LUMPUR: Two Malaysians suicide bombers blew themselves up, killing more than 30 others during their assigned missions in Syria and Iraq last week. The New Straits Times learnt that Terengganu-born Mohd Amirul Ahmad Rahim set off the bombs that he had on him and in the car he was in during clashes at the Islamic State’s stronghold of Raqqa on Dec 29. Sources told the NST that Amirul, 26, had left his family in Malaysia for Syria in October 2014 to be part of the global terrorist group.

The Raqqa attack was among several major operations against IS.

Amirul was among at least 16 fighters from IS who were killed by Arab and Kurdish forces during attacks from the alliance, made up of units from the Kurdish People’s Protection Units (YPG) and Arab fighters.

Amirul’s death came five days before another Malaysian blew himself up in Tikrit, Iraq. It was learnt that Mohamad Syazwan Mohd Salim, who carried out his mission on the night of Jan 3, was one of seven suicide bombers who had made their way to a police training centre at Speicher military base, some 160 km, north of Baghdad. They had targeted a large group of police forces from the northern province of Nineveh, who were undergoing training. It is understood that Shazwan, along with the other bombers, were shot by their targets.

Amirul and Syazwan’s death brings the total number of Malaysians with IS links killed to 17. Of the number, six had served as suicide bombers. while the rest died during battles.

Dua ibu tunggal nekad ke Greece bantu pelarian Syria


KUALA LUMPUR: Penemuan mayat kanak-kanak lelaki warga Syria, Alan Kurdi, 2, yang ditemui terdampar di pantai Bodrum, Turki pada September tahun lalu, memberikan gambaran kesukaran serta penderitaan yang perlu diharungi pelarian Syria ketika ini.

Terpanggil untuk melakukan sesuatu, dua ibu tunggal, Azura Ibrahim, 44, dan Zaleha Ahmad, 64, nekad ke Kepulauan Lesvos, Greece untuk menawarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu pelarian Syria di sana.

Berbekalkan pengalaman sebagai sukarelawan bersama pertubuhan kemanusiaan Mercy Malaysia, kedua-dua mereka benar-benar tersentuh melihat tragedi dan keperitan yang dilalui pelarian Syria.

Usaha murni kedua wanita cekal ini juga disokong ahli keluarga masing-masing.

Lebih menggembirakan lagi, mereka berdua berjaya mengumpul dana dari rakan-rakan serta orang ramai melalui posting di media sosial - Facebook masing-masing sebanyak  RM17,000 bagi membeli barang-barang keperluan pelarian di sana kelak.

Najib selamat jalani pembedahan kecil di HKL


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selamat menjalani pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan benigna pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kenyataan HKL menyebut Najib menjalani pembedahan itu sebagai pesakit luar, dan perdana menteri telah pun pulang ke kediamannya untuk berehat.

'Jangan minum, makan daripada sungai tercemar bauksit' - Subramaniam


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan penduduk di sekitar Kuantan supaya tidak minum air sungai atau makan ikan dari sungai yang tercemar akibat pelombongan bauksit.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata ia bagi mengelakkan sebarang kesan kesihatan jangka panjang kepada penduduk terbabit.

Justeru, beliau menegaskan, kegiatan perlombongan bauksit di Kuantan wajar dihentikan selepas air sungai dicemari bahan mineral itu.

Sementara itu, Dr S. Subramaniam memberi jaminan bahawa bekalan air terawat di Kuantan setakat ini adalah selamat.

"Nasihat kami adalah jangan minum air daripada sungai sama ada sudah masak atau belum kerana ini bukan kuman tetapi mineral, jadi sekiranya dipanaskan sekalipun ia tidak akan hilang. Jadi, sebaiknya jangan minum air dari sungai langsung," katanya.

Beliau turut menasihat penduduk setempat agar tidak memakan ikan sungai atau makanan laut buat sementara waktu.

LUAR NEGARA

Bahrain, Sudan turut putus hubungan diplomatik dengan Iran


KHARTOUM: Selepas Arab Saudi dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, Sudan mengambil langkah yang sama untuk mengakhiri sebarang pertalian dengan negara tersebut.

Pada Isnin Sudan melalui Kementerian Luarnya mengumumkan keputusan itu berikutan tindakan serbuan di Kedutaan Arab Saudi di Tehran dan bangunan konsulat lain.

Arab Saudi pada Ahad mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran selepas terjadi bantahan hukuman pancung terhadap ulama Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr.

Penduduk di Madaya, Syria menderita akibat kebuluran - MLLFS


Penduduk Syria di Madaya didakwa menderita akibat kebuluran sejak tujuh bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Syahrir Azfar Saleh dalam kenyataannya pada Khamis memberitahu, pihaknya kini mengikuti rapat perkembangan rakyat Syria di Madaya.

"Laporan yang kami dapat Madaya telah dikepung tentera Assad dan Hizbullah sejak tujuh bulan lepas yang menyebabkan segala bentuk makanan dan bantuan disekat. Mereka kini menderita akibat kebuluran.

"Dalam laporan sama kami diberitahu terdapat periuk api ditanam di sekitar kawasan tersebut bagi menghalang penduduk keluar menyelamatkan diri," katanya.

Selain itu, beberapa foto yang menunjukkan penderitaan rakyat Syria di Madaya terpaksa merebus daun sebagai bahan makanan untuk mereka.

Dengan kehadiran musim sejuk, derita yang dialami mereka semakin kritikal.

Wanita Kristian memakai hijab tidak takut dikenakan tindakan disiplin


SEORANG profesor wanita dari Wheaton College, Amerika Syarikat iaitu sebuah kolej Kristian tidak takut dengan tindakan disiplin yang bakal diterimanya kerana memakai hijab untuk kempen solidariti pelbagai agama.

Menurut CNN.com, Larycia Hawkins yang bertindak untuk memakai hijab walaupun beragama Kristian diletakkan di bawah cuti pentadbiran sejak 15 Disember dan menerima notis disiplin.

Catatan beliau mengenai pandangannya tentang persamaan antara agama Islam dan Kristian dikongsi pada 10 Disember iaitu beberapa hari selepas serangan di San Bernardino, California yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang

Insiden berdarah ini merupakan kejadian terkini dalam siri tembakan berterusan di Amerika Syarikat yang memberi tekanan kepada Presiden Barack Obama untuk terus mendesak Kongres agar meluluskan undang-undang kawalan senjata yang lebih ketat.

Protes aman bantah tambang pengangkutan awam naik bertukar ganas di Brazil


RIO DE JANEIRO : Protes aman di Sao Paulo bertukar ganas apabila beberapa penunjuk perasaan bertopeng mula membaling batu ke arah polis pada Jumaat.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, semburan lada dan bom asap bagi meleraikan demonstrasi ganas itu, yang membantah kenaikan lapan peratus tambang bas serta keretapi bawah tanah di bandar terbesar di Brazil.

Satu lagi protes yang membantah kenaikan harga bas, turut berlaku di Rio De Janeiro dan Belo Horizonte.

Kelembapan pasaran ekonomi yang berlaku di Brazil pada ketika ini, Datuk Bandar Rio, Eduardo Paes menaikkan harga tambang bas di Sao Paulo, sebuah bandar terbesar di negara berkenaan dari 3.50 reais (RM 3.84) kepada -3.80 reais (RM4.17).

Demonstrasi seumpama ini, pernah berlaku di Brazil pada Jun 2013, yang menuntut perkhidmatan awam yang lebih baik, dan mengecam usaha kerajaan yang membelanjakan berbillion ringgit untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016.

Kebakaran hutan di barat Australia berterusan, dua maut


PERTH: Dua orang maut, seorang masih lagi hilang manakala 121 bangunan musnah dalam kejadian kebakaran hutan yang berterusan di barat Australia.

Mayat dua lelaki tersebut ditemui pihak berkuasa ketika memeriksa sisa bangunan yang musnah terbakar di bandar perusahaan kayu Yarloop, pada Khamis.

Kedua-dua lelaki itu, dalam lingkungan umur 70-an, belum dikenal pasti lagi.

Darurat telah diisytiharkan di kawasan perniagaan yang sebelum ini aktif menghasilkan produk daging lembu dan tenusu tersebut dan penduduk dari lima bandar telah dipindahkan.

Kumpulan pelancong dan mereka yang bercuti di resort pantai berdekatan turut dipindahkan dengan menggunakan feri memandangkan jalan darat terputus akibat kesan kebakaran tersebut.

Kebakaran itu dilaporkan berpunca daripada panahan kilat dan setakat ini telah memusnahkan kawasan tanah seluas 67,000 hektar.

Anggota bomba telah diterbangkan dari New South Wales untuk membantu pasukan tempatan yang keletihan.

Satu lagi kebakaran besar di tenggara negeri itu iaitu di bandar Esperance, juga berada di luar kawalan.

Kebakaran hutan merupakan sesuatu yang biasa berlaku di negara itu ketika musim panas tetapi para saintis telah memberi amaran bahawa perubahan iklim akan menyebabkan musim panas tahunan itu berpanjangan.

CAIR desak Trump mohon maaf kepada wanita Islam yang diusir keluar


Calon presiden Republikan, Donald Trump, didesak memohon maaf selepas seorang wanita Islam yang berdiri sebagai bantahan diejek dan diiring keluar daripada satu majlis.

Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) meminta Trump untuk memohon maaf kepada Rosa Hamid yang dihalau keluar daripada perhimpunannya di Universiti Winthrop di Rock Hill, Carolina Selatan.

Memetik laporan The Hill, CAIR mengeluarkan kenyataan tersebut selepas beberapa jam Rosa dilayan sebegitu dan mula mendapat perhatian dunia.

Menurut CNN, Rose hadir ke perhimpunan berkenaan untuk menunjukkan kepada para penyokong Trump rupa seorang Muslim yang sebenar.

"Do not do evil to those who do evil to you, but you deal with them with forgiveness and kindness" 
-  Prophet Muhammad S.A.W

No comments:

Post a Comment