Jan 2, 2016

JANGAN SALAH FAHAM,AGAMAKU CANTIK


Hari ini bermulanya tahun baru kita,tahun 2016 dan berakhirnya tahun 2015 kita. Dalam masa 365 hari yang lepas,pastinya kita semua cakna terhadap isu-isu yang telah berlaku.Jika diimbas kembali,banyak perkara yang telah terjadi hatta isu-isu besar yang melibatkan negara dan agama kita. Tahun 2015 adalah ibarat satu ujian kepada rakyat Malaysia yang dilanda pelbagai ujian sebagai rakyat mahupun pemimpin. Tidak dilupakan juga,tahun 2015 ini tahun ujian kepada umat Islam di seluruh dunia.
Contoh isu-isu baru umat islam kali ini adalah.
6 Januari - Kumpulan pengganas IS mendakwa warga Amerika Syarikat yang juga seorang pekerja bantuan dari Arizona, Kayla Mueller,26, yang diculik di Syria pada bulan Ogos 2013 telah terbunuh dalam serangan udara Jordan di bandar Raqa, Syria.
7 Januari - Dua lelaki bersenjata dan bertutup kepala menyerbu pejabat sebuah majalah satira mingguan yang terkenal dengan persendakan radikal Islam, membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk dua anggota polis dalam serangan militan yang paling teruk di Perancis.
20 Jun - Seorang menteri Iraq mengecam tindakan militan Negara Islam (IS) yang bercadang mengubah tapak makam Nabi Yunus di Mosul, yang telah dimusnahkan pada tahun lalu, menjadi sebuah taman awam.
2 September - Foto Aylan Kurid, 3, salah seorang daripada 12 pelarian Syria yang maut selepas bot yang dinaiki mereka karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Kos di Greece mendapat perhatian dunia.
17 September - Seorang kanak-kanak Islam, Ahmaed Mohamed, 14, ditahan di kelasnya dan dibawa ke pusat tahanan selepas didakwa membuat bom daripada jam tangan elektronik.
30 September - Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan mereka telah melancarkan serangan udara di Syria keatas kenderaan dan gudang Rusia yang dipercayai milik militan IS.
12 November - Insiden berdarah dan berani mati oleh pengebom berani mati ISIS di Beirut,Lubnan
13 November - Insiden berdarah dan berani mati oleh pengebom berani mati yang disyaki oleh Polis Perancis adalah daripada kalangan ISIS dan telah menyebabkan persepsi buruk kepada Islam.
7 Disember - Calon Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan, Donald Trump menggesa supaya umat Islam tidak dibenarkan memasuki negara itu ekoran kejadian tembakan di California baru-baru ini yang melibatkan pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS.
Isu-isu ini tidak dapat dinafikan banyak menyumbang kepada salah faham orang sekeliling terhadap agama Islam itu sendiri dan meinggalkan persepsi yang buruk sehingga menimbulkan islamophobia terutama di negara-negara barat.Satu persepsi dimana Islam dianggap sebagai agama pengganas, suka berperang, tidak mengajak kepada kedamaian dan banyak lagi. Bagi golongan yang berpengetahuan, yang banyak ambil tahu tentang Islam yang sebenar, yang tidak memandang Islam bedasarkan isu-isu yang telah terjadi atau segelintir penganutnya yang tidak mengamalkan ajaran Islam,tidak akan ada persepsi itu insyaAllah. Tapi bagi yang kurang memahami,tanggungjawab seorang muslim itu untuk meceritakan Islam yang sebenar.
Islam satu agama yang cantik dan indah. Agama yang mengajak penganutnya mengenal Allah yang maha pengasih,maha penyayang,pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi,yang mengajak manusia mengEsakan Allah yang satu,yang memberi kekuatan rohani yang mampu mengalahkan kekuatan jasmani, yang boleh menjatuhkan ego seseorang,dan menjadikan Islam bukan sekadar agama,tapi satu cara hidup.Sebagai seorang muslim, kami tahu ramai yang sebenarnya mengamalkan Islam yang sebenar,yang punya peribadi yang sangat cantik,tetapi tidak dapat dinafikan hakikat sebenar bahawa masih ramai juga umat Islam itu sendiri yang masih belum mengahayati agama ini,yang masih belum mengenal dengan betul penciptanya yang satu dan belum menghayati tujuan hidup dimuka bumi ini adalah untuk beribadah dan menjadi khalifah(memimpin diri sendiri dan orang lain ke arah kebaikan)
" Dan aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku" ( Adh- Dhariyat:56)
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" Mereka berkata "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami senantiasa bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau." Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
(Al- Baqarah : 30)
Dunia dan media hari ini yang sering kali memaparkan isu-isu global umat Islam yang tidak enak, menjadikan sukar untuk kita tidak menilai satu agama itu melalui penganutnya,tetapi yakinlah bahawa tidak adil jika menilainya dengan melihat seorang manusia yang tidak akan pernah sempurna.Islam sebuah agama yang sempurna,diturunkan oleh Tuhan yang Maha Sempurna,tetapi bukan penganutnya. Setiap muslim adalah manusia yang cuba berusaha untuk mengamalkan agama sebagai cara hidupnya.
Anda pernah dengar analogi kisah tukang gunting?Ada seorang lelaki datang ke Kedai gunting rambut,berhajat untuk menggunting rambutnya. Sambil si tukang itu membuat kerjanya,berlaku satu perbualan,


Tukang gunting : "Saya berpendapat bahawa didunia ini sebenarnya tiada tuhan" Pelanggan : "kenapa?"
Tukang gunting :"jika tuhan ada,maka tiadalah sebarang bencana dimuka bumi ini.Tiada manusia akan 
                           menderita sakit kronik.Tiada orang fakir miskin.Tiada orang yang terseksa akibat                                                               kedurjanaan orang lain. Tuhan akan jaga semuanya."
Pelanggan : Pelanggan ini berdiam diri sahaja

Kemudian di hadapan kedai gunting rambut ni,lalu seorang lelaki berambut panjang dan kusut masai.Pada masa ini,terlintaslah di fikiran pelanggan ini untuk beri pendapatnya.

Pelanggan : "Didunia ini sebenarnya tiada tukang gunting"
Tukang gunting : "Kan aku seorang tukang gunting rambut?"
Pelanggan : "Jika tukang gunting ada di dunia ini sudah tentu rambut lelaki  diluar itu 
                              tidak panjang dan kusut masai" sambil menunjukkan lelaki di luar kedai  itu. 
Tukang Gunting : "itu tidak melambangkan tiada tukang gunting. Rambutnya panjang dan 
                              tidak terurus disebabkan ia tidak mahu berjumpa tukang gunting untuk 
                              memotong rambutnya."
Pelanggan          : "begitulah analoginya tentang kewujudan Tuhan. Segala perkara yang 
                             tuan kata tadi tidak boleh menafikan adanya Tuhan. Segalanya berpunca 
                             kerana manusia tidak datang berjumpa tuhan. Manusia telah jauh 
                             daripada tuhan."

Ada segelintir golongan yang pernah mempersoalkan,jika benar Islam itu agama kasih sayang,yang mengajak kedamaian,dan wujud Allah yang maha pengasih,mengapa banyak peperangan dan kekejaman berlaku dikalangan umat Islam? Jawapan yang sama seperti di atas,bukannya Islam yang tidak mengajak kedamaian,tetapi penganutnya yang tidak datang sepenuh hati untuk tahu dan faham Islam itu sendiri.

Belajarlah dan kaji tentang Islam itu daripada buku panduannya,iaitu alQuran dan tauladan umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Dalam alQuran itu,anda akan kenal Islam yang sangat cantik,indah dan adil. Bukan semata- semata penganutnya. Islam adalah agama yang mengajak kebaikan,dan Allah sangat suka kepada kebaikan.Rasulullah pernah bersabda dalam hadis 37

Baginda saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla telah menulis segala kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menjelaskan perkara itu. Sesiapa yang ingin melakukan satu kebaikan lalu tidak melakukannya, Allah akan menulis kebaikan itu di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika dia mahu melakukan kebaikan itu lalu melakukannya, Allah akan menulis kebaikan itu di sisi-Nya sebagai 10 kebaikan, sehingga 700 kali ganda sehingga gandaan-gandaan yang banyak. Jika dia mahu melakukan satu kejahatan, lalu tidak melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika dia mahu melakukan kejahatan itu, lalu melakukannya, Alah akan menulis kejahatan itu sebagai satu kejahatan sahaja.(Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim dalam kedua sahihnya dengan lafaz ini)
Begitu juga dengan Islam,keindahan dan kecantikannya akan terserlah apabila kita memahami alQuran itu sendiri. Jika kita berjaya mengamalkannya sebagai cara hidup kita,satu kehidupan yang sangat indah akan kita kecapi walaupun dikelilingi oleh pelbagai cabaran dan kesusahan.
"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun.Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan"
 ( Al- Anbiya': 47)

dan Islam adalah agama kasih sayang,firman Allah
"Sesungguhnya Allah swt. menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan dan memberi kepada kaum kerabat ; dan melarang dari perbuatan keji, dan hal yang tidak disenangi, dan memberontak. Dia memberi kamu nasihat supaya kamu mengambil pelajaran." (An-Nahl:91)
Dr Zakir Naik,seorang pendakwah Islam yang sangat terkenal,juga pernah memberi satu analogi ini dalam satu programnya ketika ditanya oleh non muslim tentang Islam. Beliau berkata,

"Jika anda ingin membeli sebuah kereta,anda akan pilih kereta yang paling bagus,anda akan baca buku yang mengandungi semua ciri-ciri kereta itu atau anda akan tengok pemandu yang membawa kereta itu?"
Percayalah,Islam itu sangat cantik dan Indah, apabila kita mengenali Allah dan memahami agamanya.Kecantikan dan keindahan itu akan dilihat bukan dengan mata,tapi akan dirasai oleh hati.Semoga kita bertemu dalam syurga Allah yang jauh lebih indah.


No comments:

Post a Comment