Jan 25, 2016

[AMARGLOBAL] AMAR WEEKLY WRAP UP (18/1/2016 - 25/1/2016)

DALAM NEGARA

KEMENTERIAN LUAR SAHKAN PELAJAR MALAYSIA MAUT KEMALANGAN SKI DI PERANCIS

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew, meninggal dunia sehari selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis, Jumaat lepas.Dalam satu kenyataan Kementerian Luar, Affiah dilapor dibawa ke Hospital Nice dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada 24 Januari.

Keluarganya turut berada di sisi Affiah semasa pemergiannya."Kementerian Luar Negeri ingin mengucapkan takziah kepada keluarganya dan bersedia membantu keluarga dalam proses membawa kembali jenazah ke Malaysia," jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan ibu mangsa, Latipah Madon yang kini berada di Perancis mengesahkan anaknya meninggal dunia kira-kira 7 malam Sabtu waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia) ketika dirawat di Hospital Chu Pasteur di Nice.

Ujarnya, urusan membawa pulang jenazah anaknya ke Malaysia dijangka mengambil masa antara dua dan tiga hari.Kata Latipah, dia berlepas ke Perancis pada pagi Sabtu lalu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) menerusi laman Facebooknya menyatakan Affiah terbabit dalam kemalangan ketika berski di Nice.
Menurut MASAF, mangsa dibawa ke Hospital Chu Pasteur untuk rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan koma.MASAF turut menzahirkan perasaan dukacita, hiba dan pilu dengan kejadian berkenaan selain merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Affiah.


PUTRAJAYA SUSPENDS JPA SCHOLARSHIP AMID FALLING REVENUE








Putrajaya has suspended the Public Service Department (JPA) Scholarships for degree courses and the Education Ministry's bursary for pre-university programmes amid falling national revenue.
According to Sin Chew Daily, this was confirmed by Minister in the Prime Minister's Department Wee Ka Siong who raised the issue at the cabinet meeting today following several complaints from high-achieving students.
Wee said he had asked the Prime Minister Najib Abdul Razak to rethink and reinstate the scholarship."The prime minister understands that the economy is not good at the moment and the people are facing heavy burden so he has instructed the chief secretary to the government and JPA to come up with a new solution."I can't say for certain if there will be a change of decision but we (MCA) have tried our best to appeal the matter because we don't know how the economic situation will develop," Wee was quoted as saying by the Chinese language daily.
The suspension applies to both overseas and local scholarships and affects some 700 placements this year.
IDENTITI 3 PELAJAR MALAYSIA MAUT DI JORDAN  DIKENALPASTI 






KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan identiti tiga pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan di Safawi, utara Amman, Jordan sebagai Fatin Ikmal Izyani Che Aziz, Hana' Azaha dan Al Najiatun Nailah Mohd Shafie.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, baki dua pelajar yang cedera dikenal pasti sebagai Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif. Mereka menerima rawatan awal di Hospital Mafraq.

Menurut kenyataan lagi, urusan pemindahan pelajar yang cedera ke Amman sedang diuruskan Kedutaan Besar Malaysia di Amman dengan mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan negara itu.Kesemua waris pelajar telah dihubungi dan urusan berkaitan sedang diuruskan oleh pihak kedutaan.

"Kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu dan dinaiki mangsa, yang ketika itu dalam sesi lawatan, dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Kejadian telah mengorbankan tiga pelajar manakala dua yang lain mengalami kecederaan.

"Sehubungan itu, Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat ," kata kenyataan itu.Menurut Wisma Putra, kesemua mereka merupakan pelajar tahun tiga Universiti Mu'tah yang terletak 143 kilometer dari selatan Amman.

Sementara itu, portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) memaklumkan, Hana' Azaha dan Al Najiatun Nailah berasal dari Kelantan manakala Fatin Ikmal Izyani pula dari Kuala Lumpur.Bagi pelajar yang cedera Fatin Nor Syahirah dan Izam Hasif masing-masing berasal dari Kelantan dan Negeri Sembilan.

7 DITAHAN RANCANG KEGANASAN DI LOKASI STRATEGIK
KUALA LUMPUR: Tujuh individu ditahan selepas disyaki bertanggungjawab merancang untuk melancarkan serangan keganasan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 26 hingga 50 tahun ditangkap selepas bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM melancarkan operasi di Kedah, Johor, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur pada 22 Januari lalu.Tangkapan ini adalah susulan daripada  tangkapan seorang suspek di Ampang pada 15 Januari lalu.

Dalam kenyataan Polis Diraja Malaysia, salah seorang daripada suspek menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamad Jedi @ Abu Hamzah, warga Malaysia yang telah menyertai Daish di Syria.

Seorang lagi pula mendapat arahan daripada pemimpin kanan Khatibah Nusantara, Bahrom Naim yang turut bertanggungjawab dalam melancarkan serangan di Jakarta baru-baru ini.

Dalam tangkapan di Johor, suspek yang berusia 31 tahun yang berasal dari Sabah dan bekerja di bahagian operasi di sebuah hotel di nusajaya manakala seorang lagi suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penyelia stor kilang.

Seorang suspek di Kedah pula yang berperanan mengumpul dan menyalurkan dana kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyertai Daish di Syria.

Suspek yang berusia 50 tahun itu, juga menggunakan dana terbabit unutk membiayai operasi serangan ganas di Malaysia. Dia turut dibantu seorang suspek berusia 26 tahun yang berasal dari Terengganu di kedai cendol miliknya.

Tiga lagi suspek ditahan di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang masing-masing bekerja sebagai pembantu makmal, jurupasang GPS dan pengawal keselamatan.Antara barangan yang dirampas termasuklah 30 butir peluru pelbagai jenis, buku-buku jihad, bendera daish, serta video propaganda Daish.
Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

SARINGAN DI PINTU MASUK MALAYSIA DIPERKETAT HALANG MERS-COV









GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan akan mengetatkan saringan di semua pintu masuk negara berikutan laporan seorang pelancong dari Oman disahkan dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) di Thailand, semalam.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya juga mengambil langkah proaktif dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghalang penularan MERS-CoV di negara ini.

"Sudah pasti langkah berjaga-jaga akan dipertingkatkan terutama di pintu masuk utama dan lapangan terbang dengan menjalankan pemeriksaan menggunakan kelengkapan yang ada termasuk pemeriksaan suhu badan terhadap pelancong asing yang datang ke sini.

"Setakat ini, kita meneruskan pemantauan seperti biasa dan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan umrah turut diberikan panduan kesihatan supaya lebih peka dengan wabak MERS-CoV. Orang ramai terutama pelancong perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan segera jika mempunyai simptom virus berkenaan," katanya.

LUAR NEGARA

GADIS 13 TAHUN MANGSA TERBAHARU REJIM ZIONIS

TEBING BARAT: Seorang remaja perempuan Palestin menjadi mangsa terbaru yang maut ditembak rejim Zionis.Remaja berusia 13 tahun itu ditembak selepas didakwa cuba menikam anggota tentera rejim di pintu masuk penempatan di Tebing Barat.

Polis Israel mendakwa remaja berkenaan bertelingkah dengan anggota keluarganya sebelum meninggalkan rumah bersama sebilah pisau.

Seorang jurucakap polis berkata, remaja itu lari dari rumah dengan membawa pisau dengan niat untuk mati namun ibu remaja itu menafikan bahawa berlaku pertelingkahan di rumah seperti yang dilaporkan.

Bapa remaja berkenaan bergegas ke tempat kejadian sejurus ia berlaku, dan dia juga ditahan oleh pihak berkuasa.

Korban terbaharu itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban di hujung senjata tentera Israel sejak empat bulan lalu kini mencecah 147 orang.Sejumlah 102 daripadanya didakwa sebagai penyerang sementara bakinya maut dalam pertempuran dengan tentera rejim.

21 MAUT DALAM SERANGAN BERSENJATA DI UNIVERSITI PAKISTAN

CHARSADDA: Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam serangan bersenjata di Universiti Bacha Khan, Charsadda di Pakistan pada Rabu.
Dua letupan besar dilapor berlaku dan serangan dipercayai dilakukan oleh lima anggota militan bersenjata.

"Jumlah kematian dalam serangan pengganas meningkat kepada kepada 21," ketua polis wilayah Saeed Wazir memberitahu AFP beberapa jam selepas amaran dikeluarkan.

Menurutnya, operasi tamat dan pasukan keselamatan sedang memantau kawasan berkenaan dengan kebanyakan pelajar ditembak mati di sebuah asrama pelajar lelaki di kampus itu."Lebih 30 termasuk pelajar, staf dan pengawal keselamatan cedera," tambahnya.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asim Bajwa berkata di Twitter bahawa dua penyerang berjaya ditembak pihak berkuasa."Dua daripada lima pengganas yang melepaskan tembakan dari dalam blok dikepung oleh pasukan Tentera Darat telah ditembak dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Polis, tentera dan pasukan khas melancarkan operasi darat dan udara di sekeliling universiti dalam usaha mematahkan serangan tersebut.

KES KEDUA MERS DIKESAN DI THAILAND












Bangkok: Pegawai kesihatan Thai berusaha menjejaki puluhan orang yang mungkin berhubungan dengan seorang lelaki tua warga Oman yang disahkan positif wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

Menurut kenyataan kementerian kesihatan, lelaki berusia 71 tahun itu tiba di Thailand Jumaat lalu dan dalam keadaan demam yang tidak boleh dirawat oleh doktor di negara asalnya.
“Dia disahkan menghidap MERS dan dikuarantin di sebuah hospital di Bangkok. Lelaki itu dalam keadaan sedar, tetapi keletihan,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa berusaha menjejaki lebih 250 orang yang ada berhubungan dengan lelaki itu.Dari jumlah itu, 37 dikatakan terdedah dijangkiti virus berkenaan, kata kementerian itu tanpa memberi butir lanjut.Ia kes kedua yang dicatatkan di Thailand, negara yang dilawati jutaan pelancong setiap tahun dan hab pelancongan perubatan.

Kes pertama juga membabitkan lelaki tua Oman yang dimasukkan ke hospital selama beberapa minggu.Kes MERS pertama dikesan di Arab Saudi pada 2012.

RAMAI TENTERA SYRIA TERBUNUH












Beirut: Ramai askar kerajaan Syria terbunuh sepanjang pertempuran sengit selama tiga hari dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di timur negara itu, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Militan IS dilaporkan menyerang kawasan berkenaan yang yang dikuasai tentera kerajaan.
Pegawai Syria tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.Kumpulan pemantau itu berkata, seramai 120 tentera kerajaan dan 70 militan IS mati dalam terbunuh dalam pertempuran yang meletus sejak Sabtu lalu.

Agensi berita rasmi SANA sebelum ini melaporkan, tentera kerajaan berjaya menawan semula kawasan penempatan di Begayliya berhampiran bandar Deir al Zor, dan membunuh sejumlah militan.

MANGSA GEMPA BUMI DI NEPAL DISELUBUNGI SALJI 









Kathmandu: Penduduk berhampiran pusat gempa bumi besar di Nepal tahun lalu kini berdepan salji tebal yang semakin menyukarkan kehidupan mereka yang masih tinggal di dalam pondok serta tempat perlindungan sementara.

Pentadbir kerajaan, Dipendra Poudel berkata, salji setebal 60 sentimeter meliputi perkampungan di Gorkha, utara Nepal, yang menyukarkan helikopter sampai ke situ.Katanya, ramai penduduk masih tinggal di dalam khemah di kawasan terbabit dan proses penghantaran barangan dijangka mengambil beberapa hari kerana perlu berjalan di laluan yang tiada jalan raya yang elok.

Setakat ini, katanya, tiada laporan orang meninggal dunia atau sakit teruk.Pusat gempa bumi 25 April tahun lalu itu yang membunuh hampir 9,000 terletak berhampiran Gorkha, kira-kira 160 kilometer ke barat laut Kathmandu.

Kerajaan berjaya menghantar bantuan kecemasan seperti makanan, khemah dan pakaian ke beberapa perkampungan menggunakan helikopter minggu lalu ketika cuaca buruk reda sedikit.Penderma asing menjanjikan AS$4.1 bilion (RM17 bilion) untuk proses pembaikpulihan, namun hanya sejumlah kecil wang itu berjaya sampai ke Nepal disebabkan proses pelantikan Pihak Berkuasa PembaiKpulihan Kebangsaan yang mengambil masa beberapa bulan. 

ISRAEL SAHKAN RANCANGAN JAHAT

Baitulmaqdis: Israel semalam mengesahkan rancangannya merampas satu kawasan tanah Palestin di Tebing Barat untuk dijadikan milik negara walaupun langkah itu akan meningkatkan ketegangan dengan Barat dan sudahpun mengundang kecaman antarabangsa.

Dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Reuters, COGAT, sebuah unit di kementerian pertahanan berkata, keputusan politik untuk menguasai tanah yang subur untuk pertanian itu sudah diambil dan ia kini dalam peringkat akhir untuk diisyitiharkan sebagai milik negara.Langkah mengambil tanah seluas 154 hektar milik penduduk Palestin itu mula dilaporkan oleh Radio Tentera Israel.

Ia terletak di Lembah Jordan, berhampiran Jericho, tempat rejim Zionis itu membina banyak penempatan pertanian di atas tanah milik yang diharapkan rakyat Palestin menjadi sebahagian negara mereka.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon kelmarin mengecam rampasan tanah itu, yang terbesar di Tebing Barat sejak Ogos 2014.

Penduduk Palestin juga mengecam tindakan itu.Tanah berkenaan sudahpun digunakan pendatang Yahudi di kawasan bawah penguasaan tentera dan rejim awam Israel untuk bercucuk tanam.
Amerika Syarikat, sekutu utama rejim Zionis itu juga menyuarakan bantahan keras terhadap langkah berkenaan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijadual berucap di Forum Ekonomi Dunia di Davos Khamis ini tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia akan menyentuh isu itu atau diplomat asing akan membangkitkan mengenainya.





No comments:

Post a Comment