Jan 4, 2016

(AMARGLOBAL) AMAR WEEKLY WRAP UP (28/12/2015 - 4/1-2016)

DALAM NEGARA

MELAKA HARAMKAN PENJUALAN DAN PENGGUNAAN VAPE










MELAKA: Kerajaan negeri Melaka memutuskan mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape di negeri ini yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat.Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata keputusan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

"Isu ini akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas mendengar laporan penuh daripada portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar di bawah Datuk Ismail Othman dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan pada Rabu ini.

“Kerajaan negeri perlu mendapatkan maklumat berapa ramai peniaga vape di negeri ini dan perbincangan bersama mereka juga perlu diadakan sebelum tarikh penguatkuasaannya diumumkan," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Udang sempena permulaan sesi persekolahan 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari.
Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan membantu pengusaha atau peniaga vape di negeri ini terutama mereka yang telah mendapat lesen penjualan vape daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang boleh peniaga atau penjual vape sedia ada ini ceburi selepas pengharaman penjualan vape di negeri ini," katanya.
Sebelum ini media melaporkan MBMB telah mengeluarkan lebih 20 lesen perniagaan kepada peniaga yang menjual rokok elektronik dan vape.

Sementara itu Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Dis lepas telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

MEDICAL GEADUATES TO GET ENDORSEMENT FIRST BEFORE LICENSE









PETALING JAYA: The Malaysian Medical Council has decided to give Malaysian medical graduates from recognised schools an endorsement letter instead of a Provisional Registration licence in view of the long waiting period for housemanship.The council’s chairman Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said this was because the licence was for a three-year period and the long waiting period of six to nine months for housemanship would eat into the three years.

And a houseman who had to extend his or her housemanship would have to renew the licence before they completed the training, he explained."The MMC decided to give them an endorsement letter first and once the Public Services Commission offer them the house officer posts, MMC would issue the Provisional Registration license,” he said in a telephone interview.

In the past, Dr Hisham, who is Health director-general, said when medical graduates completed their studies they have to register with the council and get the licence and be accepted into housemanship.It was earlier reported that at the council meeting on Dec 15, MMC decided to review the management procedures of obtaining the licence, Dr Hisham said in a statement.

Dr Hisham said the council acknowledged that a number of house officers undergoing housemanship at the Ministry’s hospitals failed to complete the training within the stipulated two years and their training had to be extended.The main reasons were incompetencies and health problems.

“The extended training time for the houseman had resulted in a backlog of houseman in the hospitals and limited the number of intakes,” he said.As of December, there were 10,183 house officers and 32% of them had their training extended, according to the Ministry.

MALAYSIA BANS ISRAELI ATHLETES FROM INTERNATIONAL SAILING MEET








Malaysia has sought to defend itself for denying visas to two Israeli windsurfers hoping to compete in an international competition, saying Sunday that they had refused to accept rules governing the use of its flag and anthem.
"The Israel youth team decided not to adhere our instructions, so I had to act based on the policies at hand, and I don't understand why the Malaysian government is seen in a bad light here," Malaysia's Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin told Anadolu Agency on Sunday.
"We had to make a decision. Our intention was not to prevent them [Israel] from participating but we had set a few rules for them to adhere, to which they declined to comply."
The Youth Sailing World Championships began Sunday at Langkawi Island in northern Malaysia, with Yoav Omer and Noy Drihan missing from the over 50 contestants representing countries worldwide.
Omer and Drihan - along with their coach Meir Yaniv - were refused visas 24 hours before their scheduled departure after they were reported to have refused to respond to the host nation's request that they abstain from using their national flag or symbols on windsurfing outfits.
Malaysia had also said that it would not play the Israeli national anthem if either athlete were to win the gold medal.
World Sailing said Sunday that it will launch its own probe into the situation, with a member of its executive en route "to investigate this issue and is seeking clarification from the Malaysian Organising Authority".
"As with all diplomatic issues this is quite a delicate matter. World Sailing is aware of the current commentary in the public arena, and have reason to believe that some of the comments may not be accurate or possibly based on misunderstandings," World Sailing president Carlo Croce said in a statement.
Malaysia and Israel have no formal diplomatic relations, due to Israel's actions against the Palestinian people.
It has frequently highlighted what it calls the "intrusion" of Israel into the Palestinian heartland and the "brutal actions" it has taken to conquer Palestine, whose people it says have lived in fear and danger for many decades.
NELAYAN MINTA PIHAK BERKUASA HENTIKAN LOMBONG BAUKSIT





KUANTAN: "Sudah lama kami tanggung kepayahan akibat kegiatan perlombongan bauksit ini."Pendapatan terjejas teruk, tangkapan ikan makin berkurangan, sampai bila ini nak berlarutan?," keluh Che Daud Che Amat, 63.

Nelayan pantai sepenuh masa sejak lebih 10 tahun lalu itu berkata ramai dalam kalangan nelayan pantai sepertinya mengalami kemerosotan besar hasil tangkapan akhir-akhir ini.

Menurut Che Daud, keadaan menjadi semakin serius apabila musim tengkujuh baru-baru ini menyebabkan air laut di pesisir pantai terutama Pantai Balok tercemar dengan bahan mineral tersebut.

"Pada musim tengkujuh nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan pesisir sahaja, nak ke tengah laut ombak besar sedangkan kami hanya menggunakan bot fiber yang kecil."Tapi bila tangkap ikan di kawasan pesisir, hasil pula tidak seberapa sebab laut sudah tercemar

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan negeri bertindak agar perlombongan bauksit tidak mengancam mata pencarian nelayan.

Pencemaran bauksit berlaku di sekitar kawasan Bukit Goh, Gebeng, dan Pelabuhan Kuantan.Beliau mendakwa pencemaran laut merah bukan sahaja berlaku di kawasan Sungai Balok dan Pantai Batu Hitam tetapi juga sepanjang laluan kapal kecil yang membawa bahan mineral itu dari Pelabuhan Kuantan ke kapal pengangkut bauksit.Kapal itu seterusnya mengangkut bahan mineral itu ke negara pengguna luar.
LUAR NEGARA
ARAB SAUDI PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN IRAN





RIYADH: Arab Saudi mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran berkenaan bantahan hukuman terhadap ulama Syiah terkenal Arab Saudi, Sheikh Nimr al-Nimr.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir, selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di Tehran.Al-Jubeir berkata, semua diplomat Iran harus meninggalkan Arab Saudi dalam masa 48 jam.

Pada masa yang sama, kementerian itu juga mengumumkan bahawa petugas misi diplomatiknya telahpun meninggalkan Tehran untuk kembali ke tanah air. Laporan terkini pula menyatakan bahawa pesawat yang membawa mereka telah selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Dubai.

Tegas Al-Jubeir, Arab Saudi tidak akan membiarkan Iran mengganggu gugat keselamatan dengan menuduh Arab Saudi sebagai pengedar senjata dan pembekal pengganas di rantau berkenaan.

Dalam pada itu, penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Arab Saudi di Tehran terus bertindak liar dengan membekar bendera Israel dan Amerika Syarikat sebagai rasa tidak puas hati.

Pada Sabtu, Al-Nimr bersama 46 individu lain dijatuhkan hukuman pancung selepas didapati bersalah melakukan keganasan.
Hukuman berkenaan segera mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak khususnya badan hak asasi manusia
21 POLES FROZE TO DEATH OVER WEEKEND
Officers launched a drive to aid homeless people during the weekend, and police are appealing to members of the public to not turn a blind eye to those in need. “Let's not be indifferent,” said police spokeswoman Agnieszka Hamelusz in an official appeal. 
“Notify the police every time that someone is threatened with hypothermia,” she encouraged. “Just one phone call can save someone's life.” Temperatures dropped to as low as -20 degrees Celsius in recent days. 
However, weather forecasters have predicted that many regions will see the end of the cold snap on Friday. 
GEMPA BUMI 6.8 MAGNITUDE GEGAR SEMPADAN INDIA-MYANMAR





NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang terkorban manakala hampir 100 orang cedera apabila sebuah kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 magnitud melanda bahagian timur laut India berdekatan dengan sempadan Myanmar dan Bangladesh pada awal pagi Isnin.
Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), sebuah gegaran telah dirasakan sekitar jam 4.35 pagi (GMT 2305 GMT Ahad) 33 kilometer di barat-barat laut bandar Imphal, ibu negeri Manipur.

Dalam penilaian awal, USGS berkata ‘beberapa korban dan kemusnahan mungkin berlaku dengan impak setempat’.

Negeri-negeri di timur laut India bersambung dengan keseluruhan geografi negara itu melalui unjuran tanah di kawasan yang mempunyai aktiviti seismik aktif. Wilayah sempadannya agak terpecil dengan populasi yang berselerak di sebelah Myanmar.

Di bandar Guwahati, beberapa buah bangunan dilaporkan musnah akibat bencana tersebut dan penduduknya kini masih dalam keadaan terkejut.Selain impak kekuatan gegaran turut dirasai di Kolkata yang terletak 600km dari pusat gempa, di Dhaka, Bangladesh pula sekurang-kurangnya 24 orang dikejarkan ke hospital akibat cedera.
1,150 PELARIAN SYRIA DAN AFGHANISTAN TIBA DI PIRAEUS




PIRAEUS: Kira-kira 1,150 pelarian dari Syria dan Afghanistan tiba di pelabuhan Piraeus, berdekatan dengan bandar Athens, Greece pada Selasa.

Mereka sebelum itu bertolak dari Kepulauan Chios dan Lesbos, sebelum tiba di Piraeus, dengan menaiki feri.Bagi pelarian, kembara penuh liku selama ini diharap membawa sinar baharu dalam hidup mereka.

"Setiap hari, pasti ada sahaja yang akan mati. Sebenarnya sangat sukar untuk mencari kehidupan baru di luar sana. Sekarang kami hanya fikir bagaimana untuk teruskan hidup. Kita tidak tahu sama ada esok kita akan hidup atau mati.

"Saya merupakan seorang pelajar di Afghanistan sebelum ini. Namun Taliban dan Daesh, mereka menyerang setiap sekolah dan tahap keselamatan di Afghanistan memang sangat teruk dan membimbangkan," kata salah seorang pelarian berkenaan yang juga pelajar bidang pergigian di Syria, Abdulah Al-Ghazale.

Menurut Agensi Petubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), lebih 840,000 pendatang dan pelarian tiba di Greece sejak Januari lalu.Bagaimanapun jumlah yang tiba pada Disember menurun dari 151,000 orang bulan lalu kepada 92,000 orang.
LELAKI PALESTIN DITEMBAK MATI KETIKA CUBA MERENTASI SEMPADAN MESIR

Satu video telah memaparkan seorang lelaki ditembak mati oleh pengawal sempadan Mesir selepas cuba masuk ke negara berkenaan dengan berenang dari Semenanjung Gaza, lapor Al-Jazeera.

Video tersebut menunjukkan Ishaq Khalil Hassan berenang tanpa seurat benang di Laut Mediterranean dan kemudian menyeberangi sempadan Mesir melalui pagar berkawat besi.Pegawai keselamatan Palestin dilihat menjerit ke arah pengawal Mesir yang berada di menara kawalan agar tidak menembak Ishaq.

Ishaq dikatakan mengalami masalah psikologi yang diburukkan lagi apabila beliau tidak dibenarkan meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan di Mesir, menurut sepupu beliau, Ahmad.

Menurut Ahmad lagi, Ishaq berkunjung ke Rafah dan tinggal di rumah kakak beliau.

“Saya tidak fikir Ishaq sedar atau jangka yang dia akan ditembak oleh tentera Mesir,” ujar Ahmad.

Beliau turut menegaskan tindakan Ishaq tidak dilakukan untuk mengancam keselamatan Mesir dan sepupu beliau bukannya mencuba untuk menceroboh sempadan negara tersebut.

“Ishaq menganggur, terdesak, dan sangat kecewa kerana tidak mampu meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan. Tetapi pihak Mesir tidak pernah membenarkan dia untuk masuk. Mesir sama sahaja seperti Israel, atau mungkin lebih teruk, dalam layanan terhadap rakyat Palestin,” tambah Ahmad.

Kawasan sempadan Rafah di antara Mesir dan Palestin dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja oleh kerajaan Mesir.
Kementerian dalam negeri Palestin menyelar tembakan itu sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai hukuman kejam yang melanggar undang-undang.Kementerian tersebut turut mendesak kerajaan Mesir melancarkan siasatan.

No comments:

Post a Comment