May 14, 2009

MENGAPA BEGINI YA ALLAH

Fail?? Tidakkkkkk....
Kenape aku fail??study dah..doa pn dah..smyg hajat pn dah..orang lain xstdy mcm aku pn lulus..


Pernahkah kita begini? Astargfirullahhalazim.
Pernahkah kita memikirkan hikmah disebalik satu kegagalan itu?

Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan.

Jika dilihat dari sudut logikalnya, Pelari 110m berpagar pn kdg kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya.

Tapi pernah kah kita fikir hikmah dan natijah disebalik kegagalan itu?

Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.
2:216

Hurmm, macamane tu sahabat-sahabat.


Photobucket

Mungkin kegagalan itu hikmahnya supaya kita lebih tekun berusaha.

Mungkin juga supaya kita tidak mudah lupa siapa yang sebenarnya pemilik kejayaan itu.

Mungkin juga hendak mengelakkan kita terus takbur dan sombong dengan kehebatan kita [kehebatan??atau kehebatan pinjaman Allah SWT]

Mungkin juga kerana DIA mahu kita terus sentiasa ingat kepada-NYA. Manusia, insan yang mudah lupa bila hidup senang lenang.

Mari kita lihat satu analogi

Ade seekor monyer yang berpeluk pada dahan pokok.
Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu.
Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu.
Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu.
Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa,
meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan
angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan
akhirnya sang monyet ini tumpas!!

Moral of the story?? jangan jadi monyet. Bukan!! jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.

ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu.
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, sehingga Rasul dan
orang-orang beriman bersamanya berkata, Bilakah datang
pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya Pertolongan
Allah itu dekat.
2:214


Astargfirullahhalazim, jangan cepat mengeluh. Rupanya kita baru sikit diuji. Lupakah kita bagaimana saudara-saudara kita seperti Bilal Bin Rabah diuji. Lupakah kita bagaimana Mashitah dan keluarganya diuji. Alangkah manjanya kita, cepat melatah bila diuji. Bayangkan pula bagaimana saudara-saudara kita di Palestin sana.

Maknanya, kalau gagal kena Happy KE? Hurmm, i/Allah kita cuba tenangkan fikiran, muhasabah dan fikir hikmahnya. Jika gagal tingkatkan lagi usaha dan doa.

Last sekali, SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN, i/Allah sekuat manepun kita diuji kita harus kuat untuk menghadapinya.

SEMOGA BERJAYA!!

Photobucket


1 comment:

  1. Kejayaan dunia itu suatu nikmat.

    Kegagalan dunia itu juga suatu nikmat kerana ia menyedarkan kita untuk kita kembali dan lebih dekat dengan Allah, kalau kita berfikir.

    ..just a thought.

    ReplyDelete