May 4, 2009

tidak layak untuk berdakwah?



“Yang lebih aku fikirkan adalah untuk berkongsi “nikmat” dakwah yang aku rasakan, berbanding memikirkan “layakkah” aku untuk menyampaikan dakwah kepada mereka?


Persoalannya –pada aku- sejak dari dulu ialah persoalan dan keinginan untuk bagaimana mahu “memberi”, berbanding sesetengah orang yang asyik dengan persoalan “layak” atau tidak.


Seperti ketika aku menjadi suami kepada isteriku yang sedang mengandung. Aku lebih asyik memikirkan bagaimana aku mahu “memberi” kepada anak-anakku, berbanding hampa dengan persoalan “layakkah aku menjadi seorang ayah”?


Mungkin inilah penghayatanku terhadap hadithnya Baginda Nabi

“Sampaikanlah daripadaku biarpun sepotong ayat.”


Jika kepetahan adalah criteria kelayakannya (untuk berdakwah), apakah Nabi ALLAH Musa layak berdakwah, sedang ia sendiri memohon kepada ALLAH dengan doa kefasihan lidah (doa “Rabbisy rahli shadri..”) serta dilantiknya Harun sebagai pembantu, yang lebih petah berbanding dirinya? Jika kecukupan ilmu adalah syaratnya (untuk berdakwah), bukankah kerana tidak cukup ilmu itulah, ALLAH perintahkan Musa untuk mencari Khidir? Namun, kerana soalnya dakwah ialah “memberi”, maka Musalah yang terpilih untuk menyampaikan dakwah, bukan Khidir, kepada “mad’u (objek dakwah) yang paling sulit sekali”: Firaun!


Nah, apakah aku sekarang merasa lebih besar daripada Musa, sedang ia –dengan segala kekurangannya- berhadapan dengan Firaun, sedang aku,

hanya berhadapan dengan manusia biasa.”


source: tadabbur al-engineer

3 comments:

  1. wah,tersedar aku..post y sgt meaningfull

    ReplyDelete
  2. semoga dengan ter"SEDAR"nya kita akan sesuatu, ia akan mampu meng"GERAK"kan kita untuk menjadi yang lebih "FAHAM" cara fikir dalam agamanya....

    insyaAllah...

    -hitam putih-

    ReplyDelete
  3. jazakallah kpd yg berkongsi :)

    ReplyDelete