May 25, 2009

Penderitaan Khabbab Bin Al-Aratt ra & "ExamS"

Khabbab ra. ialah antara jiwa-jiwa yang diberkati yang telah menawarkan diri mereka sendiri untuk diuji dan menanggung kesusahan yang paling dahsyat di jalan Allah swt. Beliau telah memeluk Islam pada permulaan lagi iaitu selepas lima atau enam orang memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, beliau menanggung kesusahan untuk tempoh yang agak lama. Beliau dipakaikan dengan baju besi lalu dibiarkan di tengah panas yang menyebabkan peluh mengalir dengan banyaknya kerana kepanasan. Pada kebanyakan masa beliau dibaringkan di atas panas tanpa lapik yang telah menyebabkan daging pada belakang badannya terbakar lalu tertanggal.

Beliau ialah hamba kepada seorang wanita. Apabila wanita itu mendapat berita bahawa beliau selalu berjumpa Nabi saw. sebagai balasannya wanita itu telah memanaskan sebatang besi lalu menyelar besi itu pada kepala Khabbab ra.

Setelah beberapa lama berlalu, iaitu semasa zaman pemerintahan ‘Umar ra. beliau telah ditanya oleh ‘Umar ra. secara terperinci tentang segala penderitaan yang telah dialaminya. Beliau berkata, “Lihatlah belakang saya.” Setelah melihat belakang beliau, ‘Umar ra. berkata, “ Saya tidak pernah melihat belakang yang sebegini.

Kemudian Khabbab ra. berkata, “Saya telah diletakkan di atas bara api lalu diheret. Lemak dan darah dari belakang saya memadamkan bara api tersebut.

Walaupun telah menghadapi segala penderitaan tersebut beliau masih tetap menangis apabila Islam telah maju dan pintu kemengangan telah terbuka. Beliau berkata, “Saya berlindung dengan Allah swt. Daripada Dia mengganjarkan segala penderitaan kita yang lalu di dunia ini lagi.


Khabbab ra. telah meninggal dunia pada tahun 37 Hijrah. Beliau ialah sahabat yang pertama dikebumikan di Kufah. Setelah beliau meninggal dunia, ‘Ali ra. telah lalu di sisi kuburnya sambil berkata, “Semoga Allah swt. Mencurahkan kerahimanNya ke atas Khabbab ra. Beliau telah memeluk Islam dengan kerelaan sendiri, telah berhijrah dengan rela hati dan telah menghabiskan usianya dalam jihad. Beliau juga telah menanggung segala penderitaan dengan tabah. Semoga Allah swt. memberkati orang yang sentiasa mengingati hari kiamat, bersedia untuk menghadapi penghisaban, berpada dengan harta sekadar keperluan hidup dan telah menggembirakan Tuhannya.


(Asadul-Ghabah)
sumber: Kitab Kisah-Kisah Para Sahabat, bab: Tabah Terhadap Kesusahan Untuk Agama



"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Surah Al-Baqarah,2:214)


Sahabat2, cuba bayangkan seksaan dan azab yang dihadapi oleh Khabbab ra dalam mempertahankan imannya... Seksaan-seksaan sebegini mungkin tidak dapat kita gambarkan dlm kotak fikiran kita, namun dek kerana inilah yang telah melahirkan generasi 3% sahabat2 yang "core" IMAN nya kepada Allah SWT yang akhirnya sampainya PENCERAHAN ISLAM kepada kita pada hari ini...

Bagaimanakah pula kita pada hari ini???

Adakah dengan ujian Nya yang begitu kecil, sudah luluh rase hati, hendak teruskan perjuangan. Su
dah hilang selera makan, sudah menyampah hendak fikirkan usrah dan dakwah... Ujian2 yang selalu kita hadapi di sini spt "Fail Exam", xcukup duit, xcukup lauk makanan, dan ape2 lagi yg kita rs kurang, semua ini usahlah dibandingkan dengan "Exam Mereka dr Allah".... Sabarlah.... Sesungguhnya, dugaan2 ini juga adalah "Exam" yg disediakan kepada kita dalam proses meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Nya...

Renungilah selalu firman Allah untuk hambaNya.... supaya kita menjadi hamba yang mengerti tugasnya...



"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah, 2:153)






(Semoga diberi ketenangan dan kekuatan kepada semua yang menghadapi exam Final, Ingat Allah sentiasa bersama orang2 yang Sabar) (^_^)

1 comment:

  1. masya Allah..terharunya baca kisah Khabbab nih..

    apalah sangat ujian yang kita terima berbanding beliau..

    semoga berjaya sahabat2 seperjuangan di Poland!

    Wala tahzan,inna Allaha ma'ana..

    ReplyDelete