May 12, 2009

UNTUK SIAPA STUDY MAUT??

Ketika sedang khusyuk menelaah buku biochem tetibe terpacul persoalan di benak fikiran penulis..penulis merasakan mungkin anda semua juga pernah terfikir tentang persoalan ini.ke tak? tak pe biar penulis teruskan dulu agar penulis merasa bebas dari belenggu persoalan ini yang menggangu proses kajian ketebalan buku biochem sebentar tadi.

UNTUK SAPE KITA STUDY MAUT??

Untuk siapa ye ? Hurmm penat-penat pg kelas balik kelas, Penat tahan telinga dengar lecturer mengajar...penat baca buku dari pkul 8malam-3 pagi perghhh...Penat ni belajar dari tadika sampai universiti.. tapi untuk siapa ni??

Sebab saje2 takde keje kot...eh bukan, sebab mak ng ayah suruh...Bukan jgk!! sbb nk Kejar cita-cita laa...Mungkin ini la jawapan yang biasa kita dengar..tapi mcm xckup kukuh kan? Berbaloikah semua itu dengan ape yang kita dah buat?penat ni amik UPSR,PMR ,SPM, FINAL DAN FINAL..


“Setiap amal bergantung kepada niat.

Bagi setiap orang apa yang ia niatkan.

Barangsiapa yang hijrahnya adalah

kerana Allah & Rasulnya, maka

hijrahnya adalah bagi Allah dan

Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya

adalah untuk dunia atau kerana

perempuan yang ingin dinikahinya,

maka hijrahnya itu kepada apa yang ia

niatkan.”

(Hadith Muttafaqun ‘alaih)


So ape nawaitu (niat) kita belajar susah2 ni?

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau

menjadikan ini dengan sia-sia. Maha

Suci Engkau. Maka peliharalah kami

daripada seksa api neraka.”

(Surah Ali-Imran : ayat 191)

Ha jelas dah dalam Al-Quran nyatakan semua ciptaan Allah ni bukan sia-sia.

Maka apakah kamu mengira bahawa
kami menjadikan kamu dengan main-main
(tanpa ada maksud) bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?
23:115

Dalam ayat ni mcm nak ingatkan kita tentang peranan kita. betul x? Allah swt tegaskan kt situ. Jangan lupa kita semua akan kembali kepada-Nya suatu hari nanti.

ok kembali kepada PERSOALAN tadi. Tapi rasenye mcm tak perlu dijawap. Semua yang membaca semacam sudah tahu jawapannya.

Apepun Kita sebagai orang Islam itu berperanan untuk mengangkat Risalah yang benar ini. Risalah Islam. Kita bekerja, Study, makan, minum untuk Allah s.w.t.

Kita menggunakan semua itu untuk menunjukkan kepada semua hanya Islam agama yang benar. Hanya ade Allah yang Maha Besar layak disembah.


Photobucket


Kita menggunakan STDY untuk mencapai matlamat itu. Malah Seumur hidup kita hanyalah untuk itu. Bukanlah sekadar hendak mengikut cita-cita manusia itu sendiri.

Tapi ramai yang lupa tentang hakikat ini


Dan demikian pula kami
telah menjadikan kamu
(umat Islam) umat pertengahan,
agar kamu menjadi saksi
atas (perbuatan) manusia dan
agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi
atas (perbuatan) kamu
2:143

Alangkah ruginya kita kan kalau kita lupa kepada tanggungjawab kita. Alangkah tak bersykurnya kita kepada TUAN kita, Allah yang menjadikan kita.

Sekarang makin semangat kn untuk stdy. Makin jelas GOAL yang perlu kita capai.
So sekali lagi. UNTUK SAPE KITA STUDY MAUT??

Lega!!Akhirnya selesai merungkai PERSOALAN ini..sambung STUDY MAUT =)




netter-horz-1.jpg picture by count_floyd2000

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. btol2.. ble dah study nak rak, mesti tibe2 ter stop, and tertanye2, apesal aku study mcm nak rak ni? untuk ape penat2 ni seme? why am i here in the 1st place?

    -niat-
    Lillahi taala


    *salam perjuangan dari UK - kita di jalan yang sama
    assalamualaikum wbt

    ReplyDelete
  3. good post....selalulah betulkan niat kite ...
    utk diri ini yg selalu alpa....kene slalu betulkan niat, selalu aje terpesong =(

    ReplyDelete