May 20, 2009

Segalanya dari Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُل لَّوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَا تَلَوۡتُهُ ۥ عَلَيۡڪُمۡ وَلَآ أَدۡرَٮٰكُم بِهِۦ‌ۖ فَقَدۡ لَبِثۡتُ فِيڪُمۡ عُمُرً۬ا مِّن قَبۡلِهِۦۤ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ

Katakanlah: "Jikalau Allah menghendaki, niscaya aku tidak membacakannya kepadamu dan Allah tidak [pula] memberitahukannya kepadamu". Sesungguhnya aku telah tinggal bersamamu beberapa lama sebelumnya. Maka apakah kamu tidak memikirkannya?
(surah yunus,10;16)

alhamdulillah,ayat ni sangat manarik perhatian saya tatkala saya mambaca tafsirannya.ayat ini menerangkan bahawa sesungguhnya Allah lah yang berkuasa ke atas segala sesuatu.ayat ini dapat menyangkal kepercayaan2 ramai orang mengenai usaha2 yang mereka lakukan ke atas sesuatu.mereka menyangka merekalah yang bertanggungjawab keatas perkara yang mereka lakukan,tapi ternyata mereka silap,kerana segalanya adalah dari Allah,dan ianya terbukti dalam ayat ini.oklah,saya bagi satu contoh paling mudah,selalu tak kita dengar orang ckap,

"haaa,sebab dia ajar aku la aku dapat paham mende nih"

ataupun,

"sebab aku ajar ko la,ko leh paham nih,ko kne time kasih kat aku tu nih..dah jom blanje aku makan"

lebih kurang camni la..selalu kan kite dengar..paham kan main point dia kat sini?kiranya dia nak cakap bahawa orang yang ajar dia tulah yang menyebabkan dia paham sesuatu perkara tu...haaa,kat sini lah kesilapan tanggapan tu berlaku..

bukan kita yang berkuasa atas benda2 nih..bukan kita yang boleh menyebabkan kawan kita paham apa yang kita sampaikan kat dia..semua tu adalah datang dari Allah..kalau Allah nak kita sampaikan kat orang tu,kita akan sampaikan kat orang tu,tapi yang menyebabkan orang tu paham apa yang kita sampaikan adalah tugas Allah.bukan kita!kita cuma sampaikan je...kalau Allah nak kawan kita paham apa yang kita sampaikan,dia akan paham,tapi kalau Allah xnak dia paham,so dia xkan paham,macam mana puas kita cuba tuk dia paham..

perkara ni pon slalu je jadi kat saya sendiri sebelum nih..kalau saya x paham apa yang cikgu ajar kat kls,saya akan tanya kawan saya,de satu kali tu,punyala ssh saya nak paham satu konsep physics ni,sampai kawan saya terpaksa ceritakan kat saya berkali2..amik masa dia gak la nk terangkan kat saya..pastu last2 saya paham,punya lah saya hepi tak terkata! (yela,kalau kita x paham sesuatu,mesti la kite bengang n nak cuba sampai kita paham kan) saya pun berterima kasih banyak2 kat dia,saya cakapla,kalau la takde dia,sure nye la saya tak dapat paham2..ha,pastu siap saya belanje aiskrim lagi..ahaha

nampak x,kat sini saya dah salah konsep?nampak kan?sebenarnya Allah lah yang memberi kefahaman tu kat saya,bukan kawan saya tu,kawan saya tu cuma perantara je yang Allah tetapkan untuk kasi saya paham konsep tu je..kalau Allah xnak kawan saya tu yang sampaikan kat saya,boleh jadi orang lain yang akan jadi,Mr Zaini ke(cikgu fizik saya),kawan saya yang lain ke,atau saya baca sendiri..

tapi bukanlah saya nak cakap kat sini,yang kita tak boleh nak berterima kasih kat kawan kita tu..nanti tak pasal2 dia ckap kita tak kenang budi la pulak..satu kes la pulak..ehehe..islam sendiri mengajar kita supaya berbuat baik dengan kawan kita..sepatutnya,pertama sekali kita kena cakap alhamdulillah..(syukur kepada Allah sebab Allah dah izinkan untuk kita dapat kefahaman tu)..lepas tu baru kita cakap terima kasih kat kawan kita tu..

jadi apa2 pun,kalau kita nak cuba sampaikan sesuatu kepada kawan kita atau orang sekeliling kita,pertama sekali yang kita kena buat adalah berdoa kat Allah,supaya Allah lembutkan hati orang tu,permudahkan dia untuk paham apa yang kita cuba sampaikan..sebab Allah lah yang memegang hati semua orang..(8;24)

so,sekarang ni,kita kena kukuhkan lagi kepercayaan kita bahawa SEGALA KEFAHAMAN ITU DATANG DARI ALLAH.

5 comments:

  1. mantap seyh, *m*h!!!
    tabik springggggg!! (sempene musim spring... huhu)
    Tiada pengetahuan n kefahaman melainkan izin Allah...
    Segale puji bagi Allah... =)

    ReplyDelete
  2. pe kes??aku x bersalah...
    anonymous,ko dh salah org la..
    nape asyik aku je kne nih..haish..

    imah,
    (conpius..)

    ReplyDelete
  3. tipu!! aku 100% sure ni ko punye artikel imah!! walaweh~ imah mantap seyh~! TERBAIK![bace ngan nada kabaty] kikiki..

    teringat dlm kelas physio
    *** y kuat tdo : imah3 xplain kat aku psl set point temp.. ak xpaham la...

    ima y xkuat tdo : oo.. die cmni.. set point tu.. bla.. bla.. [imah terang kn ngn penuh dedikasi]

    *** y kuat tdo :ooo.. fuh~ naseb baik tnye.. kalau x da sala da konsep aku.. haih~

    ima y xkuat tdo :semue mende bkan 'naseb baik' la ***..

    *** y kuat tdo : ops!

    [rase sgt bersalah kt ALLAH... memng ketentuan ALLAH utk ak tnye imah.. n faham mende tu..alhamdullilah~]

    ReplyDelete
  4. aisehh..
    x paham la nape nk point aku ni..
    sk ati la nad..

    neway,mne de nad kuat tido,die x penah tido lam kls pon..elele~~~
    nad la y selalu semangat blaja n menyebabkan aura tu leh kne kat org len..
    nak share sth~~~

    imam nawawi r.a. berkata;
    "Seorang penuntut ilmu harus memiliki jiwa rakus untuk belajar ilmu, sentiasa menekuninya di setiap waktu, baik malam mahupun siang, ketika bermukim mahupun berpergian. Ia tidak boleh menyiakan sedikit pun waktunya untuk selain ilmu, kecuali kerana terpaksa. Seperti untuk makan dan tidur yang tidak mungkin ia elakkan. Termasuk pula istirehat sejenak untuk menghilangkan kejenuhan dan kebosanan, serta keperluan-keperluan penting lainnya."

    bila bace mende nih,mesti ingt kat nad,sbb nad de ciri2 nih.. :)

    ReplyDelete
  5. laa...imah ke yg tulis..igtkan nad...punyer lah baca dengan mood nad yang menulis..huhu

    ReplyDelete