Jan 8, 2015

Azam Tahun Baru Saya : Nak Kahwin.. Nak Kahwin! Nak Kahwin!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Insya Allah entri kali ini akan membincangkan mengenai azam tahun baru.. Sering kali kita berdepan dengan perbualan-perbualan seperti ini.

Dialog 1
A; Apa azam tahu baru engkau?
B: Azam tahun baru aku nak kurangkan main games.
A: Bukan dari tahun lepas ke azam ni?

Dialoq 2
A: Azam tahun baru aku nak score exam..
B: Alah engkau ni awal-awal je semangat, nanti dah lama-lama lupa..

Dialog 3
A: Apa azam tahun baru engkau?
B: Nak kahwin..Nak kahwin!! Nak kahwin!!! Tapi mak aku suruh habiskan belajar dulu.. (-.-)''

Insya Allah kita akan cuba berkongsi tips-tips untuk memotivasikan diri dalam mecapai matlamat yang telah kita tanamkan dalam diri kita.

1. Begin with end in mind.

Dalam buku Stephen Covey bertajuk 7 Habit of Highly Effective People ada membincangkan perkara ini. Dalam buku ini penulis telah mengajak kita berfikir tentang pengakhiran hidup kita. Individu bagaimana yang kita ingin orang di sekeliling ingati tentang kita? Sumbangan apa yag telah kita berikan pada orang di sekeliling kita? Pencapaian apakah yang akan kita kecapi di akhir penghidupan kita di dunia?

Pastinya kita inginkan yang terbaik dalam hidup kita bukan? Menjadi anak yang terbaik kepada kedua orang tua, pelajar yang cemerlang di sekolah dan sebagainya.. Maka haruslah kita yang mempunyai impian besar untuk menjadi orang yang berjaya, tekun berusaha mencapai matlamat dan impian hidup yang telah kita tetapkan..

2. Bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa..

Kadang-kadang untuk mencapai sesuatu yang besar dan bermakna ianya pasti akan menuntut pengorbanan dan usaha yang bersungguh-sungguh namun diakhirnya jikalau kita bersabar pastinya membuahkan hasil yang sangat bermakna. Contoh mudah yang dapat saya berikan seperti Wright bersaudara yang berjaya menghasilkan penerbangan pertama. Begitu juga dengan Thomas Edison si pencipta lampu. Orang-orang tersohor ini pastinya melalui banyak halangan dan cabaran semasa menghasilkan hasil ciptaan masing-masing. Namun apa yang membezakan mereka dengan yang lain pastinya cita-cita besar, semangat yang kental dan sikap tidak berputus asa yang mereka ada. bak kata Thomas Edison,'' I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work.''

3. Selalulah berdoa kepada yang memberi kekuatan.

Akhir sekali hendaklah kita ingat sepandai manapun kita merancang, perancangan Allah itu lebih terancang. Sebaik mana pun kita inginkan sesuatu, jika Allah tidak mengizinkan maka tiada satu makhluk pun yang dapat menghulurkannya kepada kita, maka berdoalah pada yang Esa. Dia Maha Tahu segala-gala. yang tersembunyi mahupun yang jelas di depan mata. Dia juga dekat, hampir dengan kita semua hamba-hambaNya..Seperti mana firmanNya,

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” [Al Baqarah 186]

Moga tahun 2015 ini kita jalani dengan lebih bermakna. Sekian..

No comments:

Post a Comment