Jan 22, 2015

Nak Kahwin! Tapi...





Situasi

A:Eh,apa ciri2 lelaki idaman kau ea
B:Hmmmm...mestilah yg handsome,selalu pergi surau,pandai buat kerja rumah dan ........

Assalamualaikum w.b.t buat semua.Sering mendengar ayat di atas?Itu kalau perempuan, tapi saya percaya kaum Adam juga tidak ketinggalan dengan senarai ciri-ciri isteri idaman mereka.

Tak salah untuk kita buat senarai sepanjang sepuluh muka surat sekalipun tapi adakah kita sendiri sudah mempersiapkan diri kita sebaik mungkin?

Insya allah pada entri kali ini kita akan berkongsi tips-tips untuk mempersiapkan diri sebelum berkahwin.

1)Biasakan diri untuk solat jemaah

 Alhamdulillah bagi yang sudah mampu melakukannya 5 kali sehari namun solat subuh berjemaah adalah yang paling sukar untuk dilakukan tapi bermulalah dengan langkah yang kecil. "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Bagi yang perempuan jangan pula beralasan "alaaa..nanti lelaki yang kena jadi imam bukannya perempuan so,lelakilah yang kena ajak kita untuk solat jemaah". Sabda nabi “Sesungguhnya dunia itu  adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no.1467). Sweet kan kalau kita boleh sama-sama berpimpin tangan ke syurga.

2)Lazimi amalan-amalan sunat

Zikir-zikir yang mudah dan membaca Al-Quran pada waktu terluang boleh dijadikan sebagai amalan.Dengan melakukan perkara ini kita dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang melalaikan sekaligus menyusun masa dengan berkesan.Bukankah kita akan jadi lebih sibuk selepas berkahwin?

3)Biasakan diri melakukan kerja rumah

Jangan hanya meletakkan tanggungjawab ini kepada kaum wanita sahaja. Sebagai contoh ketika pulang ke rumah pada musim panas,rajinkan diri mengemas rumah dan memasak untuk ahli keluarga yang lain.Paling lekeh pun basuh pinggan sendiri selepas makan pun sudah cukup sebagai permulaan.(;

"Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang 
dilakukan oleh Rasulullah saw ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat."

Semoga entri kali ini dapat membantu kita untuk lebih memperbaiki diri

Sekian..

No comments:

Post a Comment