May 12, 2016

24 DAYS TO GO!

"Apa yang 24 hari lagi?"

"Macam mana nak puasa 19 jam dekat sini?"

Pejam celik, pejam celik sekali lagi Allah rezekikan kita semua untuk bertemu dengan bulan yang penuh barakah, bulan Ramadhan.

Apa yang kita fikir bila sebut tentang Ramadhan?

Dahaga?
Penat?
Lapar?
Tarawih?

Mungkin ini adalah antara perkara yang biasa berlegar di fikiran kita bila sebut tentang Ramadhan. Lebih-lebih lagi bila puasa dalam musim bunga/panas (siang lebih panjang berbanding malam).

Jom kita tengok sikit tips yang boleh diambil untuk menyediakan diri kita untuk bertemu Ramadhan :)

1) Niat dan doa
    Setiap amalan kita perlu disertai dengan niat yang betul. Mula doa dari 
    sekarang supaya kita sentiasa produktif semasa bulan Ramadhan.

2) Rancang 
     Pilih 3 perkara yang penting untuk anda lakukan pada keesokan hari
     supaya hari kita tidak berlalu dengan sia-sia.

3) Sahur!
    Jangan tinggal sahur. Pastikan anda makan makanan yang seimbang 
    yang dapat memberikan anda tenaga sepanjang hari sebagai contoh 
    oat, wholemeal bread, sayur-sayuran, buah-buahan dan air masak 
    yang banyak. Boleh rujuk link ini untuk rancang menu anda

4) Qailullah
     Qailullah bermaksud tidur siang selama beberapa minit (Power nap). 
     Waktu yang terbaik adalah sebelum Zohor tapi boleh juga dilakukan 
     selepas Zohor.

5) Jaga waktu solat
     Rancang jadual harian anda mengikut waktu solat. 

Ramadhan adalah bulan latihan daya tahan tubuh badan, minda dan perasaan. Kita akan bermujahadah melawan tuntutan nafsu, mengabaikan keletihan, lapar dan dahaga. Bukankah semua ini satu bentuk pakej lengkap untuk lebih proaktif di masa hadapan?

Sesungguhnya Jibrail AS telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.”
( Hadis Riwayat al-Hakim)
Jom, sama-sama kita semak. Kita masih punyai masa untuk perbaiki mutu dan kualiti amalan kita sebelum kita menemui bulan penuh barakah  ini. Jangan lupa akan motto kita untuk Ramadhan kali ini agar ianya tersemat di jiwa dan minda kita semua, iaitu :

“ Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buatku!"
Wallahua'lam.






No comments:

Post a Comment