May 2, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAP UP (25/4/2016-2/5/2016)


DALAM NEGARA

'Shahidan, turun lihat sendiri paras air di kolam tadahan Bukit Merah' - Zambry



IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya melihat sendiri keadaan sebenar paras air yang semakin susut dan kritikal di kolam tadahan air Bukit Merah.

Menurut Zambry, kenyataannya sebelum ini yang menyebut bahawa Perak mungkin akan memohon kerajaan Persekutuan mengisytiharkan kawasan Bukit Merah sebagai kawasan bencana adalah kerana keadaan paras air di kolam tadahan berkenaan yang semakin kritikal.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Shahidan yang telah memberi maklum balas untuk datang ke Bukit Merah bagi meninjau dan melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku.


Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Bank Negara baru



KUALA LUMPUR: Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan media hari ini (27 April 2016).

Muhammad, 56, menyertai Bank Negara pada 1984 dan menjadi Timbalan Gabenor sejak Jun 2010.

Muhammad sebelum itu memegang jawatan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd, sebuah agensi permodalan bank yang dibangunkan sewaktu krisis kewangan Asia.

Beliau juga mempunyai ijazah Sarjana dari Harvard University.


730 kes dipatuk ular dilapor sejak Januari - Dr Subra



PUTRAJAYA: Sejumlah 730 kes mangsa dipatuk ular melibatkan satu kematian dilaporkan di hospital seluruh negara dari Januari hingga 26 April tahun ini.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kes tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 195 kes, diikuti Perak 107 kes dan Selangor 78 kes.

Menurutnya, kematian yang dilaporkan berlaku di Kelantan yang melibatkan seorang murid darjah satu.

Menurut Dr Subramaniam, 139 hospital di seluruh negara dibekalkan dengan antivenom yang mencukupi pada masa ini.

Cuaca panas dijangka kembali normal menjelang akhir Mei - Jabatan Meterologi



KUALA LUMPUR: Cuaca panas akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ketika ini dijangka kembali normal menjelang akhir Mei, kata Pegawai Meteorologi, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim.

Beliau berkata ia susulan keadaan cuaca lembap dengan hujan dan ribut petir yang berlaku pada sebelah petang di kebanyakan kawasan yang dijangka mengurangkan kesan suhu panas secara beransur-ansur.

Cuaca lembap ini melibatkan beberapa kawasan termasuk pantai barat Semenanjung, bahagian barat dan tengah Sarawak serta beberapa bahagian di Sabah.


Paras air Empangan Timah Tasoh terus merosot


KANGAR : Paras air di Empangan Timah Tasoh terus menyusut 0.04 meter kepada 26.10 meter hari ini (1 Mei 2016) walaupun hujan lebat turun sejak tiga hari lepas di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Abdul Najib Abdullah berkata ini kerana taburan hujan yang diterima bukan di kawasan dalam empangan tetapi di sekitar luar empangan.

Perintah Gaji Minimum 2016 berkuat kuasa 1 Julai



PUTRAJAYA: Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata perintah tersebut melibatkan semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik (pembantu rumah) sebagaimana yang terkandung dalam PGM 2012.

Jelasnya melalui PGM 2016, kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.

Beliau berkata bagi gaji minimum harian pula ia tertakluk kepada jumlah jam bekerja maksimum seminggu iaitu 48 jam bagi Semenanjung Malaysia.

Riot berkata bagi pekerja yang dibayar berdasarkan upah mengikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang perlu dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

LUAR NEGARA

50 killed in strike on Syrian hospital



Al Quds field hospital, situated in a rebel-held neighborhood in Aleppo, was hit by a missile from a fighter jet Wednesday (27 April 2016), witnesses said.

The airstrike killed at least 50 people, according to Pablo Marco, operations manager for Doctors Without Borders in the Middle East.

Marco told CNN that at least six of the dead were hospital staff: Two doctors, two nurses, one guard and one maintenance worker. The death toll could still rise.

Helikopter bawa belasan penumpang terhempas di Norway



OSLO: Sebuah helikopter terhempas di pesisiran pantai barat Norway pada Jumaat (29 April 2016), kata pihak polis, sementara media tempatan melaporkan ia membawa antara 13 hingga 17 penumpang.

Beberapa saksi berkata, seperti yang dilaporkan di saluran TV2 negara itu, mereka melihat ledakan yang kuat dan penumpang yang terapung di laut, selain beberapa mangsa yang berjaya diselamatkan.

“Pasukan kecemasan telah digegaskan ke kawasan berdekatan Turoy selepas nahas helikopter itu dilaporkan,” kata polis Norway dalam akaun Twitter rasmi mereka.

Chong Wei raih gelaran juara Badminton Asia kali kedua selepas 10 tahun



Jaguh badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei mencatat satu lagi kemenangannya menentang pemain nombor satu dunia, Chen Long, dan meraih gelaran juara Kejohanan Badminton Asia bagi kali kedua di Wuhan, China.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mengalahkan musuh ketatnya bagi kali keempat berturut-turut dengan mata 21-17, 15-21, 21-13 dalam perlawanan sengit selama satu jam 22 minit.

Kali terakhir Chong Wei kalah kepada juara dunia dua kali itu ialah pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia Jakarta 2015 Ogos lepas, sebelum menumpaskan Chen Long pada Terbuka China, Terbuka Hong Kong dan Terbuka Malaysia pada April.


Mayat dua pendaki ditemui selepas 16 tahun, 'terawet' dalam ais



KATHMANDU: Mayat dua pendaki Amerika Syarikat ditemui dalam glasier di pergunungan Himalaya, 16 tahun selepas kedua-duanya terbunuh dalam satu insiden runtuhan salji.

Pendaki terkenal, Alex Lowe sedang mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter bersama jurukamera David Bridges, pada Oktober 1999, ketika mereka ditimpa runtuhan salji.

Mayat mereka ditemui dua pendaki minggu lalu, dalam keadaan masih terperangkap dalam ais.

BERITA POLAND

Egyptian man in 'grave condition' after Gdańsk beating 


The hospital where the man was transported to informed us [about the incident],” commented Lucyna Rekowska, spokesperson for the Gdańsk police.

“We have listened to witnesses of the incident, and we have secured surveillance footage."
The local prosecutor's office has been informed.

Reportedly, surveillance footage shows a man walking near a nightclub in central Gdańsk. He is approached by another man who deals him a blow to the head.

The 40-year-old apparently fell to the floor, knocking his head on the ground. He was later found by staff working at the nightclub after they closed the venue.

Police and hospital staff have declined to provide further details at present. Local press were told unofficially that the man is an Egyptian citizen.


Poland marks Flag Day



President Andrzej Duda is taking part in festivities marking 'Flag Day', which bridges the gap between the national holidays of Labour Day on 1 May and 3rd May Constitution Day.

Flag Day has been celebrated in Poland since an act of parliament passed in February 2004 and is commemorated alongside Polonia and Poles Abroad Day. The three national holidays form the 'long weekend' spring holiday in Poland. 

President Duda attended the raising of the Polish flag at the clock tower of the Royal Castle in Warsaw at 11.15 am.

Image result for patriotic quote


No comments:

Post a Comment