May 23, 2016

[AMARGlobal] WEEKLY WRAPUP (16/05/2016-23/05/2016)




DALAM NEGARA:

Kementerian Kewangan cadang kenakan cukai pada perniagaan atas talian



KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan bercadang untuk mengenakan cukai kepada perniagaan atas talian tahun depan.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ini didorong kemajuan yang dicapai sektor berkaitan internet.

Tambahnya, kementerian telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan penilaian penuh perkara berkenaan.

Tambahnya, LHDN yang telah mewujudkan 'bahagian perniagaan atas talian dan perdagangan' dan juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melakukan penilaian berkenaan.

Menurut beliau, ini adalah dalam lingkungan pendapatan yang boleh dicukai.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap agar kerajaan menetapkan sebuah had pendapatan sebelum mengira cukai untuk sesuatu syarikat atas talian dan bukan untuk semua.

Nombor plat 'F' untuk Putrajaya, 'V' untuk KL mulai Jun



KUALA LUMPUR: Kenderaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran baharu masing-masing bermula dengan abjad 'F' dan 'V' mulai bulan hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata nombor pendaftaran berkenaan akan diikuti dengan nombor 1 hingga 9999.

Beliau berkata pelaksanaan nombor baharu itu berikutan nombor pendaftaran sedia ada terlalu rumit untuk dibaca serta kurang mendapat sambutan kerana pemilik kenderaan memilih untuk membida nombor pendaftaran dari negeri lain.

Kumpulan kedua 100 migran Syria bakal tiba



PUTRAJAYA: Kumpulan kedua sebanyak 100 migran Syria daripada 24 keluarga dari kem pelarian Lembah Bekka, Lubnan akan dibawa masuk ke Malaysia pada 28 Mei ini.

Beliau berkata kumpulan kedua itu dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang, Selangor dengan menaiki pesawat khas pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata lima pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia akan berlepas ke Beirut untuk melakukan proses tapisan keselamatan dan kesihatan sebelum membawa mereka masuk Malaysia.

Hanya mereka yang mempunyai rekod bersih akan dibawa masuk. Mereka akan ditempatkan di penempatan sementara di Setia Alam, Shah Alam.

Pesawat terhempas disiasat menyeluruh - Panglima TUDM



IPOH: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden pesawat latihan miliknya, Aermacchi MB-339 terhempas di Kampung Pandan Dalam, Nenasi, Pahang Selasa lalu.

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari pada Selasa itu, pelatih penerbangan Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Waris terdekat MH370 sangat bimbang dengan penamatan misi pencarian



KUALA LUMPUR: Jaringan antarabangsa bagi waris terdekat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 menyatakan kebimbangan terhadap misi pencarian yang mungkin ditamatkan pada Ogos.

Mereka sebaliknya mendesak agar misi pencarian itu dilanjutkan dan diperluas.

Kumpulan itu, yang dikenali sebagai Voice370, merayu kepada negara-negara yang terlibat dalan operasi, pengeluar pesawat Boeing dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk meneruskan pencarian di selatan Lautan Hindi.

Menjawab soalan akhbar The Australian, Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan menambah bahawa tiada rancangan zon pencarian akan diperluas.

LUAR NEGARA:

Terlalu obses berkiblatkan GPS, wanita dan kereta terjunam ke dalam tasik



Dalam satu kejadian pada Khamis minggu lalu, kereta wanita yang identitinya tidak didedahkan itu, dipercayai menjunam masuk ke dalam sebuah tasik di Ontario gara-gara mengikut arahan yang dipaparkan pada skrin GPS.

Laporan portal The Toronto Sun menyebut, wanita berkenaan tidak dapat melihat dengan jelas akibat hujan dan berkabus melalui cermin keretanya, sebaliknya hanya berpandukan arahan yang dipaparkan oleh GPS.

Nasib wanita itu baik kerana kereta berkenaan terapung untuk beberapa minit, memberi masa untuknya menurunkan tingkap dan keluar dari kereta.

MH17: Persetujuan Najib-Putin petanda baik kepada siasatan



Dalam pertemuan itu, yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia, Najib dan Putin bersetuju agar Malaysia dan Rusia berbincang dengan lanjut untuk memastikan tindakan keadilan dapat dicapai dalam insiden MH17 selepas pembentangan laporan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT).

Najib dilaporkan turut mengulangi pendirian Malaysia yang mahu memastikan insiden MH17 disiasat sampai ke penghujung dengan memberi kepuasan kepada keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan.


TERKINI: Pesawat EgyptAir terhempas di luar pesisir Greece



ATHENS: Pesawat penerbangan EgyptAir yang hilang daripada skrin radar dalam perjalanan Paris ke Kaherah membawa 56 orang penumpang dan 10 orang anak kapal pada 18 Mei 2016, dilaporkan terhempas di laut dekat sebuah pulau bahagian selatan Greek di Karpathos ketika berada dalam ruang udara Mesir.


Perkembangan itu diumumkan sumber jabatan penerbangan Greece kepada AFP. "Pada kira-kira 0029 GMT (3:29 pagi) apabila ia berada di ruang udara Mesir sebelum kapal terbang itu hilang dari radar Greece. "Ia terhempas sekitar 130 batu nautika dari pulau Karpathos," menurut sumber itu. - AFP

60,000 mati dalam penjara rejim Syria, kata badan pemantau



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 60,000 orang menemui ajal dalam penjara-penjara kerajaan Syria sepanjang lima tahun lalu, sama ada diseksa mahupun akibat layanan persekitaran teruk termasuk kekurangan makanan, lapor sebuah badan pemantau.

Ketua kumpulan pemantau hak asasi manusia Syria (Syrian Observatory for Human Rights), Rami Abdel Rahman, berkata pihaknya mencatatkan statistik itu daripada sumber-sumber rejim.

Menurutnya, jumlah kematian paling tinggi dicatatkan di penjara Saydnaya, selain pusat-pusat tahanan yang diselia pasukan elit tentera udara dan pasukan keselamatan Syria.

Piala Thomas jadi milik Denmark



Hans-Kristian Vittinghus menjadi wira buat skuad Piala Thomas Denmark apabila berjaya membawa mata kemenangan buat negaranya, dalam perlawanan penentuan di Pusat Sukan Kunshan, China.

Vittinghus berjaya menundukkan penguasaan lawannya Ehsan Maulana Mustoffa (Indonesia) dengan mata 21-15, 21-7.

Sebelum ini, Denmark menundukkan Malaysia di peringkat separuh akhir dengan keputusan 3-2.

BERITA POLAND:

Poland fairly welcoming to refugees



Poland scored 36 points in Amnesty’s Refugees Welcome Index on a scale of 0 to 100, where 0 meant that all respondents would refuse refugees entry to the country and 100 means that all respondents would accept refugees into their neighbourhood or home.

The Index was based on a global survey examining “people’s willingness to let refugees live in their countries, towns, neighbourhoods and homes”. A total of 56 percent of Poles said that they would accept people fleeing war or persecution into their country, but only three percent are ready to accept them into their households. Meanwhile, 43 percent of those questioned agree that the Polish government should do more to help refugees.

The global poll found that the people of China, Germany and the UK are the most welcoming to refugees in the world.

Poland set to remove street names linked to communism



President Andrzej Duda signed a bill clearing the way for a removal of symbols commemorating the communist era in Poland.

Once the new legislation comes into force next year, some 1,300 street names associated with the country's red past will be removed.

The authors of the legislation assure the citizens will able to keep their IDs and passports brandishing the unwanted street names until the documents expire.

The new legislation, brought forward by Law and Justice senators, was nearly unanimously adopted by the Polish parliament in April.

The law does not include monuments, obelisks or commemorative plaques.
 
"Helping a person will not necessarily change the world, but it will change the world of that person"





No comments:

Post a Comment