May 31, 2016

[AMARGLOBAL] WEEKLY WRAP UP ( 23/5/2016 - 30/5/2016)

DALAM NEGARA

UGUTAN BOM DALAM PESAWAT:PENGARAH SYARIKAT DIDAKWA












PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat didakwa di mahkamah majistret di sini, hari ini, atas tuduhan ugutan bom di dalam pesawat Firefly 3251 dari Lapangan Terbang Subang ke Singapura, dua minggu lalu.

Tertuduh, Woong Choon Loong, 41, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Abdul Karim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Choon Loong didakwa melakukan ugutan jenayah melalui telefondengan menyatakan terdapat bom dalam pesawat berkenaan dengan niat hendak menyebabkan ketakutan.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat perkhidmatan awam pelanggan Firefly, Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, di sini, jam 7.36 petang, pada 17 mei lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes.

PENDUDUK PERLIS GEMPAR DILANDA RIBUT












KANGAR: Perlis dikejutkan dengan kejadian angin kencang disusuli ribut kuat kira-kira jam 2.30 petang tadi menyebabkan banyak pokok tumbang dan papan kenyataan berterbangan di sekitar negeri itu.

Turut terkesan ialah hampir 20 khemah yang dipasang sempena Karnival Usahawan Perlis anjuran Kerajaan Negeri Perlis yang akan bermula esok hingga 29 Mei ini.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, rata-rata khemah peniaga pelbagai saiz yang dipasang di pekarangan Stadium Tunku Syed Putra roboh malah ada yang diterbangkan angin sejauh beberapa meter.

Bagi peserta, mereka tetap akan meneruskan program walaupun mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.

Dalam kejadian itu, ramai yang memasang khemah terpaksa melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Rata-rata yang ditemui berkata, ia pengalaman pertama bagi mereka kerana tiupan angin yang kuat dan menakutkan itu berlangsung selama beberapa minit.

“Kita mengalami kerosakan besar pada khemah dan juga merangkumi pentas tetapi kita akan perbaiki malam ini juga.

“Kami percaya hampir 20 khemah yang rosak, namun semuanya sebulat suara berasa opitimis untuk meneruskan (acara) berkenaan,” ujar seorang pegawai dari Mara Perlis, Wan Saiful Baharin Wan Ahmad Marzuki.

Sementara itu bagi seorang peserta karnival, Izham Muslim, menyedari tentang keadaan angin yang agak luar biasa namaun tidak sempat berbuat apa-apa.

“Sejak sebelum hujan, angin terlalu kuat. Kami tak sangka jadi macam ini. Semua khemah terangkat,” ujarnya.
Ribut kuat itu juga turut menyebabkan jeti Kuala Perlis ditenggelami air laut setelah dibadai ombak sehingga pesisir pantai.
Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Perlis, Lt. Kol Ishak Mohd Radzi, pihaknya menerima tidak kurang daripada 40 laporan berhubung kejadian ribut di negeri itu.

Kawasan di sekitar Santan, Jejawi, Bohor Mali, Arau, Kampung Bakong, Kok Kelang, Pauh dan Kangar juga terdapat banyak pokok yang tumbang.
Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

ANGIN KENCANG ,LAUT BERGELORA  SEHINGGA SELASA-JABATAN METEOROLOGI












KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis dan Kedah sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya pada Ahad berkata, ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan pula dijangka berterusan sehingga awal pagi Isnin.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ianya berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," tambah kenyataan itu.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama turut dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket sehingga Selasa.

Menurut kenyataan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada sebarang aktiviti laut termasuk bot-bot kecil.

5JUTA RAKYAT MALAYSIA PEROKOK BERUSIA 18 TAHUN KE ATAS-KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa lima juta rakyat di negara adalah perokok berusia 18 tahun ke atas.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata golongan itu menyumbang kepada kira-kira 20,000 kematian pramatang dan komplikasi merokok setiap tahun.

"Antara komplikasi utama ialah kanser, penyakit kronik paru-paru dan penyakit kardiovaskular," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Lokman Hakim berkata pelbagai pelan strategik dilaksanakan bagi mencapai sasaran 390,000 perokok membuang tabiat itu dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata inisiatif itu sejajar dengan sasaran negara untuk mengurangkan penggunaan tembakau di Malaysia sebanyak 30 peratus menjelang 2025.

"Program mQuit diperkenalkan untuk memberi ruang kepada perokok mendapatkan tiga peringkat sokongan iaitu nasihat profesional penjagaan kesihatan, bahan bantuan berhenti merokok dan kesungguhan perokok itu sendiri," katanya.

Program mQuit melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia dan Syarikat Johnson and Johnson Sdn Bhd.

Program itu dilaksanakan di semua klinik kesihatan di seluruh negara, farmasi terpilih dan secara online.

Sebanyak 140 perkhidmatan kesihatan swasta turut memohon diberikan akreditasi mQuit bagi membolehkan mereka melaksanakan perkhidmatan itu. 

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mQuit, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.JomQuit.com.my.

500 MIGRAN SYRIA DITEMPATKAN SEMENTARA DI MALAYSIA  MENJELANG HUJUNG TAHUN












KUALA LUMPUR: Malaysia meletakkan sasaran menempatkan secara sementara 500 migran Syria menjelang hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setakat ini, 79 migran dari negara bergolak itu telah tiba di Malaysia sebagai usaha kerajaan dalam menerima 3,000 warga Syria atas dasar ihsan dan perikemanusiaan.

"Ketika bulan puasa ini, kita sasarkan 200 lagi migran Syria dibawa ke Malaysia tetapi ia bergantung kepada tapisan keselamatan dan saringan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menyambut kumpulan kedua migran Syria di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, hari ini.

Kumpulan merangkumi 68 orang daripada 18 keluarga berumur antara tujuh bulan dan 74 tahun itu tiba dari Kem Bekaa Valley, Beirut, Lubnan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 11 orang daripada tiga keluarga tiba di Malaysia pada 8 Disember tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata kumpulan kedua yang terdiri daripada 37 dewasa dan 31 kanak-kanak itu akan ditempatkan di apartmen tiga bilik di Setia Alam.

"Pihak NGO (badan bukan kerajaan) akan membantu kita untuk menguruskan penempatan mereka dan melihat soal kebajikan dan beberapa aspek lain. Ada juga golongan profesional dalam kalangan mereka," katanya.

Beliau berkata kerajaan dan NGO berkenaan akan membantu golongan profesional terdiri daripada jurutera, doktor dan pensyarah itu mendapatkan pekerjaan sementara di negara ini.

"Permit kerja sementara juga akan dikeluarkan kepada golongan berkenaan dan bagi pelajar pula visa akan dikeluarkan bagi membolehkan mereka mendapatkan peluang pendidikan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyumbang kepada badan-badan berkaitan Syria bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.
"Kita telah membelanjakan RM2 juta dan jumlah ini memerlukan tambahan, saya mohon orang ramai memberi sumbangan," katanya, sambil menambah kos yang besar melibatkan penyewaan pesawat penerbangan khas.

Pada Oktober tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan Malaysia akan membuka pintunya kepada 3,000 migran Syria dalam tempoh tiga tahun bagi membantu meringankan krisis pelarian.

LUAR NEGARA

50 RIBU ORANG AWAM MASIH DITAWAN MILITAN DAISH DI FALLUJAH












GENEVA: Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menganggarkan 50,000 orang awam masih berada dalam tahanan militan Daish di Fallujah, pasca operasi tentera kerajaan menawan semula bandar berkenaan.

Menurut ketua jurucakap UNHCR Melissa Fleming, hanya 800 orang berjaya melarikan diri daripada tahanan.

Fleming turut memaklumkan, penduduk bandar itu kini berdepan masalah bekalan makanan yang semakin berkurangan.

Laporan turut menyebut bahawa jumlah individu yang dihukum mati meningkat, berikutan keengganan mereka berjuang untuk kumpulan militan tersebut.

Fallujah yang terletak kira-kira 50 kilometer di barat Baghdad, Iraq merupakan kubu kuat militan Daish selama lebih dua tahun.

Isnin lalu, tentera Iraq bertempur dengan militan Daish, dalam operasi awal menawan semula bandar itu.

Ia merupakan sasaran paling sukar bagi Baghdad setakat ini dalam peperangan menentang kumpulan ekstremis.

PREGNANT WOMEN WITH ZIKA UP TO 13 PCT RISK OF MICROCEPHALY

WASHINGTON: Pregnant women infected with the Zika virus during the first trimester have a risk of up to 13 percent that their infant will be born with the microcephaly birth defect, a new study says.

Scientists calculated the risk based on Zika infection data and cases of infants born with abnormally small heads and brains in French Polynesia, which experienced an outbreak in 2013-2014, and the hard-hit Brazilian state of Bahia.

Brazil has experienced an explosion of Zika infections and cases of microcephaly since 2015.

The study, which appeared Wednesday in the New England Journal of Medicine, said the risk of microcephaly was very low for pregnant women who contracted the disease beyond the first trimester.

Researchers from the US Centers for Disease Control and Prevention and Harvard University wrote that they found "a strong association between the risk of microcephaly and infection risk in the first trimester" of pregnancy, but "a negligible association in the second and third trimesters."

Experts agree that the mosquito-borne Zika virus is behind a surge in cases of microcephaly after their mothers were infected with the virus.

"Although much remains unknown about the effects of (Zika) infection during pregnancy, population-level data from French Polynesia and Bahia reveal a clear association between first-trimester (Zika) infection and microcephaly risk," the experts wrote.

They said "the estimated risk due to infection in the first trimester ranged from 0.88 percent... to 13.2 pecent."

If the risk of infection "is similar in the other geographic areas where (Zika) has since spread, many more cases of microcephaly and other adverse outcomes are likely to occur."

The researchers urged pregnant women to take precautions to avoid Zika infections, "and for health care systems to prepare for an increased burden of adverse pregnancy outcomes in the coming years."

Normally, microcephaly is rare in the United States, affecting only between 0.02 and 0.12 percent of all births in the United States.
In Brazil, 1,271 babies have been born with unusually small heads and deformed brains since the outbreak of Zika began there last year.

The virus, which usually triggers only mild, flu-like symptoms but can also cause the rare but serious neurological disorder Guillain-Barre Syndrome, is mainly spread by two species of Aedes mosquito but has also been shown to transmit through sexual contact.

There is no vaccine to prevent Zika.

PELAJAR ISLAM ENGGAN BERSALAM BUKAN MAHRAM CETUS KONTROVESI DI SWITZERLAND

GENEVA: Pihak berkuasa wilayah Switzerland pada Rabu menegaskan, kepercayaan agama bukan alasan untuk tidak berjabat tangan dengan guru, sekali gus menolak tindakan sebuah sekolah yang memberi pengecualian kepada pelajar Islam yang memilih untuk tidak bersentuhan orang berlainan jantina.

AFP melaporkan, ibu bapa atau penjaga pelajar yang tidak mahu berjabat tangan dengan guru di wilayah Basel-Country akan berdepan denda sehingga 5,000 Swiss franc (RM20,500).

"Seorang guru mempunyai hak untuk berjabat tangan,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat selepas masyarakat negara itu dikejutkan mengenai tindakan sebuah sekolah yang membenarkan dua adik-beradik lelaki, berusia 14 dan 15, agar tidak perlu bersalaman dengan guru mereka, selepas mereka mengadu bahawa perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

Dua pelajar itu sebelum ini menegaskan bahawa Islam tidak membenarkan sentuhan antara orang yang berlainan jantina, dengan pengecualian sesama ahli keluarga dan saudara mahram.

Untuk mengelakkan diskriminasi ke atas guru wanita, sekolah itu sebaliknya mengecualikan dua beradik itu daripada berjabat tangan dengan mana-mana guru, baik lelaki ataupun wanita.

Keputusan itu dibuat secara bebas oleh pihak sekolah di perbandaran Therwil tanpa campur tangan pihak berkuasa tempatan atau wilayah, namun ia telah menimbulkan kontroversi besar di seluruh Switzerland.

“Kepentingan umum berkaitan kesamarataan gender dan juga integrasi dengan orang asing lebih besar daripada isu kebebasan kepercayaan pelajar,” jelas pihak berkuasa.

Campur tangan pihak berkuasa itu membuatkan keputusan yang dibuat pihak sekolah tersebut serta-merta dibatalkan.
Jika dua beradik itu masih tidak bersalaman, ‘tindakan undang-undang akan diambil’.

Switzerland mempunyai populasi 8 juta orang termasuk kira-kira 350,000 orang Islam.

SERANGAN PENGEBOM BUNUH DIRI DI YAMAN ,25 TENTERA TERBUNUH












ADEN: Dua puluh lima anggota tentera terbunuh manakala 23 cedera dalam kejadian pengebom bunuh diri menyerang pangkalan tentera di Aden selatan Yaman pada pagi Isnin, menurut jurucakap keselamatan lapor agensi berita China, Xinhua.

Pengebom bunuh diri itu menyasarkan sekumpulan anggota tentera yang baharu menyertai tentera Yaman di markas Briged Armor ke-39 di daerah Khormaksar di Aden.

Jurucakap kerajaan Aden memberitahu Xinhua, pengebom bunuh diri menyusup masuk ke markas tentera dan kemudian meledakkan bahan letupan di tali pinggangnya.

Pada masa sama turut berlaku letupan kereta di sebuah lagi lokasi iaitu tempat anggota rekrut berbaris untuk memasuki perkhidmatan tentera. Sehingga kini jumlah kematian dan kecederaan belum dapat dipastikan.

Menurut sumber, jumlah kematian dan kecederaan mungkin meningkat memandangkan anggota penyelamat menghantar mangsa bagi mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital berbeza.

Selepas dua insiden serangan bom itu, pihak keselamatan Aden turut dimaklumkan oleh agensi risikan terdapat sebuah lagi kereta dipenuhi dengan bahan letupan dijangka akan digunakan untuk melancarkan satu lagi serangan di bandar itu.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden berkenaan, meskipun cabang kumpulan Al Qaeda berpangkalan di Yaman dipercayai sering menjadi dalang di sebalik serangan sebelum ini yang menjadikan anggota keselamatan dan pegawai kerajaan sebagai sasaran.

Kumpulan militan Ansar al-Sharia yang wujud pada Januari 2009 di Yaman pernah mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan ke atas kerajaan dan tentera Yaman.

Kumpulan itu mengambil peluang situasi keselamatan dan perang yang berlarutan untuk meluaskan pengaruh mereka di kawasan selatan Yaman.
Keadaan keselamatan di Yaman semakin buruk sejak Mac 2015 apabila perang meletus antara kumpulan Shiite Houthi yang disokong oleh bekas Presiden Ali Abdullash Saleh dengan pihak kerajaan.

Lebih 6,000 orang terkorban akibat pertempuran kedua-dua pihak dan separuh daripadanya ialah orang awam.

KEAMANAN DUNIA JADI INTI PERTEMUAN BERSEJARAH IMAM BESAR AL - AZHAR ,POPE FRANCIS 











VATICAN CITY: Pertemuan bersejarah antara pemimpin Vatican Pope Francis dengan Imam Besar Masjid Al-Azhar Sheikh Ahmed Al-Tayeb pada Isnin mempunyai erti yang jauh lebih besar daripada aksi mereka yang saling menyapa mesra dan berpelukan.

Pertemuan pertama antara Vatican dengan pemimpin tertinggi Islam Sunni itu menunjukkan perkembangan positif dalam perhubungan antara kedua-dua kepercayaan agama berkenaan, sejak Francis dilantik pada 2013.

“Pertemuan kami ini sudah menjadi mesej yang jelas,” ujar Francis ringkas pada awal pertemuan dengan Ahmed.

Dalam satu kenyataan mengenai kunjungan Sheikh Ahmed, Al-Azhar yang mewakili institusi pengajian berprestij, berkata Imam Besar itu menerima pelawaan Francis kerana mahu ‘meneroka usaha menyebarkan keamanan dan kewujudan bersama’.

Pertemuan santai itu hanya berlangsung selama 30 minit, namun Sheikh Ahmed menghabiskan masa lebih dari sejam di St Peter.

Jurucakap Vatican, Federico Lombardi dalam satu kenyataan berkata Francis dan Sheikh Ahmed telah berbincang tentang ‘cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa dan penganut agama utama dunia’.
Mereka juga membincangkan tentang kerjasama demi keamanan dunia, menolak keganasan, dan situasi serta perlindungan terhadap Kristian di rantau konflik di Asia Barat.

Francis juga telah memberikan Ahmed salinan risalah Laudato Si', yang antara lain mengajak warga sedunia menyedari ancaman perubahan iklim dan seruan menyeimbangkan hubungan ekonomi antara negara industri dan negara membangun.

Ahmed bersetuju bertemu pemimpin Vatican itu setelah menilai beberapa pandangan yang dizahirkan Francis terhadap umat dan dunia Islam sejak mula dilantik sebagai pope.

Francis pernah menyatakan mahu menambah baik hubungan dengan dunia Islam sewaktu Ramadan pertama selepas pelantikannya.

Kunjungan Ahmed itu secara tidak langsung membawa ‘gambaran sebenar imej Islam dan untuk memperbetulkan salah faham yang dicetuskan kumpulan-kumpulan pengganas ekstremis’ di negara-negara Barat.
Ahmed menggalakkan negara-negara berkenaan agar tidak menganggap orang Islam sebagai kumpulan yang membawa ancaman. Selain itu, beliau menggalakkan umat Islam di negara Barat agar bergaul dengan baik dalam masyarakat setempat.

Perhubungan antara Vatican dan Al-Azhar sedikit tercalar pada tahun 2006 apabila pemimpin Vatican yang sebelumnya, Pope Benedict XVI menyampaikan ucapan yang mengaitkan Nabi Muhammad dengan keganasan.

Sebelum itu, pada tahun 200, Pope John-Paul II menemui Imam Besar Al-Azhar di Kaherah. Pertemuan itu berlaku setahun sebelum serangan 11 September di New York yang sekali gus mencelarukan persepsi dunia tentang dunia Islam.

17 PELAJAR PEREMPUAN MAUT DALAM KEBAKARAN SEKOLAH SWASTA DI UTARA THAILAND











BANGKOK: Sekurang-kurangnya 17 pelajar perempuan maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah asrama sekolah swasta di utara Thailand lewat malam Ahad.

Menurut Komander daerah Wiang Pa Pao di Chiang Rai, Kolonel Prayad Singsin, dua pelajar dilaporkan hilang dan lima lagi cedera.

Dalam satu temuramah AFP, Wiang mengesahkan jumlah kematian dan berkata sekolah tersebut menempatkan murid-murid perempuan berumur di antara enam dan 13 tahun yang kebanyakkannya berasal kumpulan puak tempatan.

Kebakaran berlaku pada lewat malam iaitu ketika pelajar-pelajar sedang tidur dan tidak sempat melarikan diri kerana api marak dengan cepat di tingkat atas bangunan sekolah.
Dua mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

Pegawai forensik dijangka tiba pada Isnin. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Ketika kejadian terdapat seramai 38 pelajar dan sewaktu api mula marak sebahagian daripada mereka masih belum tidur dan sempat melarikan diri.




No comments:

Post a Comment