Jan 9, 2009

Amar ma'ruf nahi mungkar

Hmm..nak cerita sikit, insyaAllah, pasal amar ma’ruf nahi mungkar ni. Macam selalu je dengar amar ma’ruf nahi mungkar, kalau tak silap, masa sekolah menengah dulu pun ada tajuk amar ma’ruf nahi mungkar dalam subjek Pendidikan Islam. Tapi ilmu tu setakat dalam buku teks and exam je la..amalnya kurang sebab tak nampak kepentingan dan kefardhuan tuntutan tu.

Apa yang dimaksudkan dengan ma’ruf and mungkar ye? hmm.. ma’ruf is everything yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai Allah tak kira la benda wajib ke, sunat ke. Contohnya, solat, puasa, sedekah, taat kat ibu bapa, etc. And mungkar pulak segala sesuatu yang dipandang buruk oleh manusia dan dimurkai Allah. Contohnya, menipu, mencuri, ghibah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram, etc.


“ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung”.

(Al-‘Imran, 3:104)

Amar ma’ruf nahi mungkar hukumnya fardhu kifayah. So, ada orang kata kononnya amar ma’ruf nahi mungkar ni ‘kau dah buat, aku tak payah la’. Maaf ye kalau tersilap sebab kte ni dulu takde la belajar bahasa Arab, tapi ni huraian oleh seorang ustaz tentang frasa ‘waltakun minkum’ dalam ayat 104, surah Al-‘Imran tadi. Ustaz ni kata, dalam bahasa Arab, ada beberapa ‘min’:
1. ‘min’ liltab’iidh: membawa maksud dari sebahagian.
2. ‘min’ liltabyiin: menerangkan jenis antara pelbagai jenis.

minkum’ dalam ayat 104 ni membawa maksud yang ‘min’ liltabyiin tadi. Maksudnya, sebahagian (jenis) dari kalangan kamu. Dalam erti kata lain, Allah menciptakan hamba2-Nya pelbagai jenis; ada manusia, tumbuhan, haiwan,malaikat, jin, dll. Maka, dalam banyak2 hamba Allah tu, golongan yang berjenis ‘manusia ‘ ni yang dimaksudkan dalam ayat 104 untuk menyeru kepada kebajikan, amar ma’ruf dan nahi mungkar. So, kalau terasa diri tu seorang manusia, insyaAllah, wajiblah amar ma’ruf nahi mungkar dan bukanlah sekadar mengharapkan orang lain melaksanakan tanggungjawab ni sebab ‘kau dah buat, aku tak payah’. Lagipun, bila dikatakan fardhu kifayah ni, kalau sebahagian umat dah menegakkannya dengan jumlah dan kekuatan yang memadai untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran, barulah gugur kewajiban atas sebahagian umat yang lain. Tapi kalau nak dinilai, dah memadai ke kekuatan amar ma’ruf nahi mungkar di kalangan kte ni? Ramai je orang Islam minum arak, berzina, rasuah dan macam2 lagi…hmm…dah cukup kuat ke? Bak kata Nabil, “Lu pikir la sendiri”.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mengubah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia menolak dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman".

(HR Muslim)

Teringat kisah penduduk ‘Ailah, penduduk Aqabah iaitu dataran tinggi Aqabah di Jordan, dihujung Laut Merah. Tersebut la kisah satu kaum dari bangsa Yahudi...Allah melarang kaum ni menangkap ikan pada hari Sabtu. Tapi pada hari Sabtu, ada banyak ikan. Oleh sebab dorang tak boleh tangkap ikan pada hari Sabtu, so dorang pun bermuslihat terhadap perintah Allah tu. Dorang datang ke pantai pada hari Jumaat petang and dorang gali parit-parit untuk mengalirkan air laut ke dalam kolam-kolam, bila air laut surut dan air kembali ke laut, tinggallah ikan-ikan tu dalam kolam-kolam dorang. So, dorang tak payah pergi tangkap ikan pada hari Sabtu, tapi pada hari Ahad pagi, barulah dorang ambil ikan-ikan dalam kolam dorang tu.

Dalam ramai2 tu, ada la sekelompok manusia ni yang nak beramar ma’ruf nahi mungkar bagi la nasihat kat group yang ingkar ni. Ada jugak satu lagi group ni yang tak join buat kemungkaran, tapi dorang ni pun tak cuba menasihati group yang ingkar tu tadi. The latter group ni tanya kat group yang menasihat ni tadi,

”Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?”. Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhan-Mu dan agar mereka bertakwa”.

(Al-‘A’raaf, 7:164)

“Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang2 yang melarang orang2 yang berbuat jahat dan Kami timpakan atas orang2 yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasik”.

(Al-A’raaf, 7:165)

Kenapa kita perlu melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar? kan kubur lain2…hmm..
Jawabnya sebab…Allah suruh: ayat 104 surah Al-‘Imran...and supaya kawan2 kita tak dapat nak tuding jari kat kita bila Allah soal kenapa di dunia dulu kamu buat perkara mungkar begini dan begitu. Kalau kita tak pernah cuba nasihat kawan2 kita tu, nanti dia boleh jawab depan Allah, sebab dulu di dunia si polan ni tak pernah pun tegur aku bila aku buat perkara mungkar. Opps..camne nak jawab tu..beriye2 kita buat ibadat, tak pasal2 tertarik sekali ikut kawan tadi sebab kita tak pernah nasihat dia.

Tapi ini bukanlah bermaksud dah tegur sekali, dia dengar ke tak dengar ke, kite biar je dia. Sebab matlamat amar ma’ruf nahi mungkar ni adalah supaya terlepas daripada dipertanggungjawabkan di hadapan Allah dan juga supaya mereka yang ingkar kembali bertakwa kepada Allah..(semak ayat 164 surah Al-‘Araaf tadi). So next time kalau kejut kawan bangun Subuh, kejut dia sampai bangun dan selamat menunaikan solat Subuh. Bukannya kejut dia sekali “Weyh, bangun solat Subuh”, pastu kita tidur balik. Kawan kita tu dah la jenis liat gajah nak bangun, mengantuk dengan mata2 terkebil2, tertidur kembali tanpa disedari dan Subuh pergi tanpa menunggu kawan kita tu tadi. Tu kiranya contoh yang dekat dan simple la..

Wallahu’alam.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”.

(Al-‘Asr, 103: 1-3)

Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu an la ilahailla anta, astaghfiruka wa atubilaik.

2 comments:

  1. salam.. nk jd org 1st yg comment la.. mantap penulisan..

    nk tmbah skit bole? hehe.. insyaAllah, org minum arak, zina dan semua kemungkaran tu adalah symptoms yang lahir daripada hati yang xkenal Allah, hati die ade penyakit.. so, dakwah kite bukanlah sekadar dakwah jgn buat tu, jgn buat ni.. dakwah kite, kite didik hati mad'u kite spy kenal btol2 siapa kita dan Allah, insyaAllah, symptoms tu akan keluar perlahan-lahan..

    tu je kot, bak kata org kedah sekupang dua..

    -idris-

    ReplyDelete
  2. akh idris: Wslm. Thanks for the comment. hmm..betul tu..setuju2..hehe

    ReplyDelete