Jan 16, 2009

Kita Berperangai Yahudi ??? Renungkanlah....


Assalamualaikum dan salam mujahid...

Peperangan antara Hamas dan Israel masih belum ada tanda-tanda akan berhenti dalam masa terdekat. Jumlah korban sehingga kini mencatat angka melebihi 1000 orang yang 90% adalah rakyat awam.

Serangan bacul oleh Yahudi Laknatullah ini nyata bukan melambangkan prinsip hak asasi manusia seperti mana yang sering mereka laungkan kepada dunia. Peperangan umpama keris melawan meriam ini nyata membuktikan bahawa Yahudi adalah bangsa paling bacul dan tidak terajar akhlaknya di muka bumi ini.

Setiap pelosok umat Islam di Malaysia menyatakan bantahan demi bantahan sebagai tanda protes. Bendera Israel dibakar,patung Amerika di bakar, kasut dijulang sebagai tanda menyokong wartawan Iraq. Namun sedar atau tidak, dalam kita memprotes, kita sendiri telah terkena virus Yahudi Laknatullah.

Renungkan perkara-perkara berikut:

  1. Adakah kita memakai pakaian berlandaskan Islam?
  2. Adakah kita peduli nasib umat Islam melebihi pedulinya kita kepada dunia hiburan dan sukan?
  3. Adakah kita peduli di mana letaknya wilayah Islam yang dicabul?
  4. Adakah kita peduli siapa ulama berbanding siapa artis yang popular?
  5. Adakah kita peduli tentang prinsip persaudaraan Islam serta ideologi Islam berbanding pedulinya kita tentang ideologi sekular?

Perkara-perkara ini hanya sebahagian sahaja renungan buat kita. Lihat sahaja anak-anak gadis Islam,berpakaian ala Yahudi kononnya mengikut trend. Maruah mereka terlalu rendah, serendah nilai insan yang tidak berakal. Lihat pula si kaum Adam yang langsung tidak menghormati Muslimah dengan merobek serta mengambil peluang di atas kelemahan iman Muslimah.

Lihat pula sikap rakyat kita yang lebih kenal artis berbanding mengenal apa yang berlaku di negara-negara Islam.Bila kita menyebut kita berprinsip Islam,ada sahaja alasan timbul kononnya janganlah kolot sangat.

Nilai akhlak muda-mudi kian hancur. Mereka tidak sedar peperangan Gaza satu petanda kiamat makin hampir. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Cuba renung pula,adakah Israel menyerang Gaza atas dasar membunuh rakyat Palestin atau atas dasar membasmi umat Islam? Jika atas dasar membunuh umat Palestin, mengapa Tebing Barat tidak diserang?

Fakta membuktikan 99% rakyat Palestin di Gaza adalah Islam manakala di Tebing Barat, rata-rata rakyatnya sama banyak antara Islam dan bukan Islam. Contohnya, di Baitullaham terdapat Gereja Nativity, tempat suci Kristian. Namun fakta ini bukan sahaja tidak diketahui oleh kita malah kita pula malas mencarinya.Inilah sikap umat Islam.

Dunia sekarang menjadi saksi umat Islam sedang di 'Yahudikan'.Lihat cara kita berfikir, bergaul, berpakaian, ekonomi kita, semua banyak yang lari dari Islam. Butakah kita? Mana iman kita?

Bukan menghina sesiapa namu sekadar renungan bersama antara penulis dan pembaca. Ayuhlah bangkit, kita sama-sama ambil peduli tentang Islam mengatasi keduniaan. Seimbang antara keperluan dunia dan akhirat. Sertailah mana-mana ceramah, forum serta carilah ilmu tentang Islam. Andai kita berpegang teguh dengan Islam, kita akan selamat. Akhir kalam, hayati hadis yang bersumber daripada Abu Sa'id Al-Khudri, yang diriwayatkan oleh Muslim. Rasulullah bersabda maksudnya:

"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka."

Sahabat bertanya," Ya Rasulullah!Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?"

Nabi menjawab,"Siapa lagi kalau bukan mereka"

Marilah renung berapa banyak akhlak Yahudi kita amalkan. Sekadar peringatan buat penulis dan umat Islam.

No comments:

Post a Comment