Jan 8, 2009

MENSYUKURI NIKMAT ISLAM


Jika kita fikir balik, macam mana ketika ummat manusia sewaktu masa dulu yang hidup dengan menghalalkan zina dan arak, tiba tiba muncul agama dengan keputusan tidak popular yang mengharamkan zina dan arak akan diikut orang?

Tapi dalam mereka leka membiarkan Nabi Muhammad SAW dengan revolusi kurang popular itu, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu bilangan pengikut Nabi Muhammad semakin hari semakin bertambah, eh?? ada jugak orang yang bersetuju arak itu haram, dan bersetuju zina itu tak best, pelik bukan?

Lalu apa mereka buat untuk menghalang orang ramai menyertai Nabi Muhammad SAW?

Mereka ugut, boikot ekonomi orang Islam, seksa, dan bunuh!

Tapi hari demi hari agama Islam makin ramai yang ikut, lagi pelik?! Dah kena seksa dan mati di bakar, masih ramai jugak yang nak masuk Islam…

Last, mereka buat kuputusan untuk bunuh punca agama, iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri, tapi pendek cerita Nabi telah ‘lari dengan izin Allah’ ke Madinah, yang mana 3 tahun kemudian orang Mekkah dengan 1000 tentera telah siap nak ganyang Madinah, dan orang Islam yang ikut berperang hanya 313 orang, pendek cerita, orang Islam menang, dan dalam keadaan zina dan arak haram, bilangan orang Islam terus bertambah, yang mana lebih kurang 10 tahun kemudian, apabila Nabi Muhammad SAW nak pergi Haji maka bilangan Ummat islam telah mencecah kepada lebih kurang 10 ribu orang (yang ikut pergi haji)...

Semua tahu sudah, kedatangan Nabi untuk pergi haji telah di halang oleh orang kafir Mekah lalu terbentuklah perjanjian Hudaibiyah dan berlakulah ‘gencatan senjata’…, apabila berlaku gencatan senjata, maka orang kapir boleh bergaul mesra dengan orang Islam di Madinah dengan bebas dan sudah tak ada perang lagi sehinggakan dalam masa setahun sahaja jumlah orang Islam telah mencecah 124 ribu orang.. bermakna purata orang masuk Islam adalah 100 ribu orang setahun, atau 300 orang sehari, dan bilangan ini semakin bertambah dari hari ke hari sehingga akhirnya 2/ 3 dunia ini di penuhi oleh majoriti mudah orang Islam…hoho... ingat lagi tak ISK haritu? =P

Persoalannya,
Kenapa orang ramai masuk Islam berbondong-bondong di sertai turunnya ayat Al-Quran yang memerintahkan orang Islam bertasbih memuji ALLAH, kerana pintu kemenangan telah di buka… (rujuk surah An- Nasr)

Kenapa ekk?

“kenapa orang masuk Islam?”

“Bukankah zina dan arak di haramkan dalam islam?, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas, tapi kenapa ramai pulak orang yang masuk Islam? Siap kena sunat lagi, kenapa?”

“apa yang bestnya Islam ini?”

“kenapa ada yang sanggup mati kerana Islam?”

“Best ke Islam?”

Untuk menjawab soalan ni, aku telah memutuskan untuk membaca pengakuan-pengakuan rakyat Malaysia yang Mualaf, yang baru masuk Islam, tanya mereka kenapa pilih islam..

Bila aku baca pengakuan mereka, rasa sedih dan terharu sangat, sebab rata-rata dari mereka masuk Islam adalah dengan susah payah usaha mereka sendiri, bukannya ada orang yang ajak dan present tentang Islam buat mereka masuk tapi mereka masuk islam atas keinginan nak tahu dan di tambah pengorbanan yang sungguh-sungguh dari mereka..

Biasanya mereka bermula dengan timbulnya banyak persoalan tentang kekeliruan terhadap agama masing masing, mereka tanya yang pakar dalam ugama masing masing tapi tak dapat jawapan yang tepat, lalu mereka akan study semua agama dan buat perbandingan, setelah fikir masak masak dan buat timbang tara serta untung rugi, berdasarkan hati dan akal yang di kurniakan Tuhan, akhirnya mereka masuk Islam…

Pelik, sebab bila mereka masuk Islam, orang yang ada peluang seks bebas dah tak boleh lagi nak buat semua tu, orang yang boleh minum arak dah tak boleh dah....

Itulah yang di namakan hidayah, kawan2... yang mana walaupun ada orang Islam keluar agama kerana nak minum arak dan seks bebas tapi di sudut dunia yang lain ada orang yang sanggup kena buang keluarga untuk masuk Islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. Siap kena sunat lagi

Pelik bukan?

Orang Islam murtad sebab nak berseronok, nak minuk arak dan seks bebas..
Tapi orang kapir yang masuk islam pula ada pilihan mereka sendiri, nak jadi baik dan nak tinggalkan semua itu, seks dan arak.

Cuma yang sedihnya bilangan orang kapir yang masuk islam di Malaysia tak popular macam zaman Nabi dulu.., jika dulu orang masuk islam 300 orang sehari, tapi kat Malaysia ni, 3 orang setahun pun susah...

Lalu timbul lagi soalan lain,

Kenapa orang kapir di Malaysia tak nak masuk Islam?

Dan bila dah duduk kat Poland ni... timbul soalan lagi,

Kenapa orang Poland tak nak masuk Islam arr?

Dan balik kepada soalan tadi,

Kenapa orang kafir di zaman Nabi berbondong-bondong masuk islam?

Untuk mencari jawapan kepada tiga persoalan ini, kita patut tanya kepada seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti Islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang Islam dan bersumpah tak nak masuk Islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyeksa mayat orang Islam. akhirnya beliau di dapati telah masuk Islam jugak akhirnya…, alhamdulillah, inilah orang yang kita cari..

Sekarang peluang untuk kita tanya dia, kenapa kamu masuk Islam?, kenapa masuk Islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. siap kena sunat lagi... Kenapa??

Aku tanya pada kamu dengan jujur sebab dulu kamu pernah bersumpah tak nak masuk Islam bukan?, mati hidup balikpun kamu cakap tak nak masuk Islam, alih-alih? Dengar berita dah masuk Islam.. dah masuk Islam yang zina dan arak di haramkan, kena pulak solat 5 waktu, lepas tu kena lagi puasa selama sebulan, dan bila ada duit banyak kena bayar zakat dan akhir sekali kena pulak pergi haji di tempat yang bersesak lagi panas. siap kena sunat lagi..

Kenapa..ekk?!

Berceritalah Hamba Allah ini dalam bahasa Arab, lebih kurang cerita, setelah di alih ke bahasa pasar Melayu yang lebih mudah di fahami bunyinya adalah begini lebih kurang..

Beliau sebenarnya tersenarai dalam golongan 10 orang yang halal namanya untuk di bunuh oleh orang Islam kerana banyaknya jenayah yang telah beliau lakukan terhadap orang Islam, ketika Nabi Muhammad SAW pembukaan Kota Mekkah, (Fathu Makkah), beliau terus bersembunyi sebab takut kena bunuh..

Pada waktu itu, beliau sangka orang Islam pasti akan buat karnival sureheboh jomheboh... secara besar-besaran atau parti kemenangan kat Kota Mekkah kerana dah berjaya tawan pusat tumpuan seluruh bangsa Arab, namun sebaliknya pada malam itu tiada apa-apa yang berlaku.. tiada sureheboh, jomheboh atau perkampungan hadhari... yang ada adalah qiamullail atau nak senang faham orang Islam hanya dilihat sibuk beribadah di sekeliling Kaabah..

Kata beliau, pada malam itu pandangan matanya telah ‘melihat sesuatu’ yang mana kerana itulah beliau masuk Islam..

Beliau telah ‘melihat sesuatu’ yang mana kerana itulah beliau masuk Islam..? tanya aku kepada diri aku sendiri...

Apa yang beliau lihat?

Bagaimanakah ‘pemandangan’ yang di lihat oleh seorang hamba Allah yang cukup terkenal dengan sifat anti Islam, membenci Islam, sanggup bunuh orang Islam dan bersumpah tak nak masuk Islam, setelah melakukan beberapa siri jenayah termasuk menyeksa mayat orang islam akhirnya beliau masuk jugak Islam setelah melihat satu ‘pemandangan’ yang cukup mengkesimakan?

Aku rasa bukan sahaja beliau yang mengalami situasi ini, malahan selepas itu, berbondong-bondong manusia kafir yang lain juga telah masuk ke dalam agama Islam kerana telah melihat ‘pemandangan’ ini…

Apakah ‘pemandangan’ itu?

Dan aku tak nafikan, pemandangan itu tiada di Malaysia sekarang ini, kerana itulah jumlah orang kafir agak ‘lembab’ nak masuk Islam kat sini...Lebih lembab daripada kadar pertukaran wang asing dan kenaikan harga saham kuala Lumpur yang di tutup rendah sekali-sekala... (apa aku merepek?)

Jadi, apakah ‘pemandangan’ itu?

Dan kerana tiadanya ‘pemandangan’ sedemikian, hari ini orang kafir kat Malaysia semakin kafir, dan orang Islam sendiri pula pakat-pakat murtad di sini-sana..

Apakah ’pemandangan’ itu?

‘Pemandangan’ yang di maksudkan oleh Hindun isteri Abu Sufian yang makan mayat orang Islam itu adalah..

Beliau telah melihat...

ORANG MENYEMBAH ALLAH DENGAN CARA YANG PALING LAYAK SELAYAKNYA ALLAH DI SEMBAH!!!!
Hindun yang pernah bunuh bapak saudara Nabi (Hamzah RA) dan bersumpah tak nak masuk Islam, tapi akhirnya masuk Islam jugak, tanya suaminya kenapa?

“Bukan aku yang masuk Islam, tapi Islam yang masuk ke dalam aku”

lalu beliau terus membongkar rahsia:
“Pada malam pembukaan kota Mekkah, aku telah melihat Allah di sembah dengan selayak-layaknya, yang membuatkan aku masuk Islam…

Aku ulang:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!

Aku ulang lagi sekali:
MELIHAT ALLAH DI SEMBAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA!!!

Oh..kerana itulah berpuluh-puluh tahun bangsa cina dan india yang duduk kat Malaysia yang rakyatnya bagus-bagus dari segi akhlak tapi tidak terkesan untuk mereka masuk agama Islam kerana penduduk Islam di Malaysia amnya belum menyembah Allah dengan
selayaknya..oh..

KITA BELUM MENYEMBAH ALLAH DENGAN SELAYAK-LAYAKNYA…!

Tak payah nak cerita bab lain lerr, cukup aku bagi contoh kita belum menyembah Allah dengan selayaknya dalam bab solat berjemaah.

Cuba kira berapa ramai antara kita yang benar-benar sembah Allah di waktu subuh pada waktu yang betul dan pada tempat yang betul?

Berapa?

Berapa ramai orang Islam yang pergi solat berjemaah 5 waktu sehari semalam?

Ustaz ulamak akhir zaman pun kantoi, apatah lagi aku dan korang..

Lalu kita pelik kenapa orang kapir tak masuk islam?, kenapa Allah tak bagi kerajaan Islam?

Mengakulah, SALAH KITA!!, Nak tinggal anak bini 15 minit pergi solat jemaah pun tak sanggup, nak tinggal rancangan kegemaran satu episode untuk pergi solat jemaah pun tak sanggup? nak ambik cuti annual leave pergi belajar ugama pun tak sanggup?..

Lalu, dalam keadaan kita belum menyembah Allah dengan selayaknya, nak pulak kita benci orang kapir, hina dan caci mereka, padahal kerana kitalah mereka enggan masuk Islam, tapi kita nak pulak mati kena bom bersama mereka, nak pulak hantar mereka cepat cepat ke neraka dan mengaku mati syahid kononnya…Oh!

Selemah-lemah iman adalah mencegah maksiat dengan hati, dan tanda mencegah dengan hati adalah kita tolong doa kat orang kapir supaya mereka masuk Islam dan dalam masa yang sama kita tunaikan segala kewajipan kita pada Allah, iaitu menyembah Allah dengan selayaknya Dia disembah, jangan solat lengah-lengah dan jangan tinggal solat berjemaah, jangan buat orang kafir benci kita kerana terzahirnya amal agama yang lemah dari diri kita...

Orang kafir tengok masjid kosong pun tak rasa apa-apa, kita yang Islam ni jugak sama tak rasa apa apa bila lihat masjid kosong…

Kawan2, Satu orang kafir mati tanpa iman, semua orang Islam telah berdosa secara halus…

Allah tak buat orang kapir untuk jadi bahan bakar api nereka semata mata, tapi ada kerja untuk ummat Islam…

Dan semua tahu sudah!

Kesimpulan


Orang yang bersyukur dengan nikmat kaya bukan setakat cukup dengan ucap terima kasih pada Allah lalu simpan harta banyak-banyak dalam bank, itu ‘Bakhil’ namanya dan boleh masuk neraka sebab harta yang di beri Allah adalah amanah yang mana si kaya itu patut bahagi bahagikan nikmat itu pada orang miskin dan papa di sekeliling hidupnya, itu baru di namakan syukur nikmat

Begitu jugak dengan nikmat iman, bukan setakat cukup dengan beribadah dan berzikir sahaja sambil ucap terima kasih pada Allah sebab jadi orang Islam, , itu ‘Bakhil-iman’ namanya dan boleh masuk neraka sebab iman yang di beri Allah adalah amanah yang mana setiap orang Islam itu patut bahagi bahagikan nikmat iman pada mereka yang belum dapat iman kerana tanpa iman, mereka akan masuk neraka selama-lamanya dan bila orang beriman buat dakwah, itu baru di namakan syukur atas nikmat…

Orang yang bersyukur akan di tambah nikmat iman, dan orang yang kufur, azabnya adalah pedih.. (14:7)

Sebab tu semua sahabat Nabi bila dapat iman terus kongsikan iman itu pada orang lain, iaitu buat dakwah, walaupun mereka terpaksa di pukul, di hina dan menjadi mayat…

Dan Dakwah adalah cara yang paling layak dalam membantu agama Allah...

So, jawapan kepada tajuk entry ini adalah:

Orang kafir tidak ingin masuk islam dan ingin kekal menjadi mayat orang kafir adalah kerana orang Islam tidak beryukur atas nikmat iman yang mana orang islam amnya belum lagi menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah...

Sekian.

Ps: Sama-samalah kita mewujudkan satu 'pemandangan menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah'... err, esok pagi kita semua solat subuh kat masjid, ok?
(sila baca ketika anda berada di Malaysia)

Ps 2: Jangan takut atau malu untuk sembahyang kt public... insyaAllah boleh perkenalkan Islam kepada masyarakat... kalau sembahyang jemaah lagi bagus... =)

No comments:

Post a Comment