May 1, 2009

cita-cita kanak-kanak??

Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin jadi seorang doktor, jurutera atau akauntan.
Namun bila ditanya kenapa…
Hanya menggeleng kepala
Terlupa pula nak fikir sampai sana
Saja suka-suka?

Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin hidup yang mewah dan berada
Namun bila ditanya kenapa…
Payah pula mencari jawapannya
Tak tahu semuanya untuk apa
Akhirnya hanya mampu berkata
‘Apa salahnya…’


Adakah cita-cita kita masih seperti kanak-kanak?
Ingin senang dan mudah sentiasa
Tanpa ujian dan tanpa beban
Dan bila ditanya kenapa…
‘Kerana hidup ini untuk bergembira’

Umar Abdul Aziz…
Bila ditanya apakah cita-citanya
Pantas saja dijawab ‘syurga!’
Lantas dia berusaha
Dgn zuhudnya, ibadahnya dan jihadnya
Menjadi khalifah islam yang tak terhitung jasanya
Demi meraih syurga yang dicita

Mushab b Zubair…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin melihat Iraq dikuasai oleh muslimin’
Bukankah Allah telah menerima?
Berbahagialah dia dengan doanya yang mulia

Usamah b Zaid…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin bersama mujahidin’
Lalu Allah memperkenan
Usia 19 tahun dia bergelar panglima
Rasulullah s.a.w. sendiri melantiknya


Urwah b Jubair…
Bila ditanya apakah cita-citanya
‘Ingin menguasai ilmu fiqh & hadith’
Bersungguh belajar
berbekal Lillahi Taala
Lantas menjadi tokoh ulama di zamannya
Ilmu fiqh dan meriwayat hadith

Hebat sungguh dan tingginya cita-cita mereka!
Hampir tidak tercapai dek akal kita
Impian mereka jauh ke hadapan…Melebihi hayat usia
Bermati-matian mereka mencapainya

Buahnya? Seluruh dunia merasa
Manisnya sampai hari ini belum hilang
Menegakkan agama Allah, ilmu fiqh dan meriwayat hadith
Supaya akhirnya sampai pada kita…


Untuk diri mereka?Ah…mereka sedang bahagia menunggu musim menuai di akhirat sana!

Jadi usahlah kita seperti kanak-kanak
Berlari-lari dan bermain menikmati alam yang fana
Seperti kanak-kanak yang menunggu ibubapanya memanggil
Untuk kembali ke pangkuan
Bercita-cita hanya untuk diri sendiri
Berimpian pula supaya mudah saja untuk menggapainya
Dan berharap hasilnya cepat, dapat dituai di dunia


Tidak terasa beratnya amanah menjadi khalifah
Tetapi …Tidak juga merasa nikmatnya berkorban untuk Allah
Walau susah, namun menenangkan
Walau payah, namun membahagiakan

Maka bercita-citalah!
Setinggi mungkin dan sehebat mungkin!
Bukan setakat untuk duniamu,bahkan sampai akhiratmu
Kerna…Di situlah nadi penggerak langkahmu
Di situlah titik mula
Dan moga kita berakhir di destinasi yang sama
Di syurgaNya… dan saling berkata


TAHNIAH!! KITA BERJAYA!

1 comment:

  1. terima kasih!
    seronok baca puisi/sajak ini

    :)

    ReplyDelete