Dec 4, 2016

[AMARGlobal] Weekly Wrap Up [29/11/2016 – 04/12/2016]

[AMARGlobal]  Weekly Wrap Up
[29/11/2016 – 04/12/2016]

DALAM NEGARA

12,000 keluarga di Rantau Panjang perlu bersiap sedia dipindah

PASIR MAS 4 Dis - Sebanyak 12,000 keluarga di kawasan parlimen Rantau Panjang, di sini dijangka terjejas dan perlu dipindahkan sekiranya air Sungai Golok melimpahi tebing dan menenggelamkan kawasan rumah mereka dalam tempoh sehari dua lagi.
Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasin berkata, kesemua keluarga tersebut akan ditempatkan di 63 pusat pemindahan banjir yang telah disediakan kerajaan.
"Bukan itu sahaja, kita juga telah membuat persiapan untuk memberikan bantuan segera sekiranya banjir melanda kawasan berkenaan.
"Kita harap penduduk di kawasan Rantau Panjang dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi banjir memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini," katanya.
Beliau demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan banjir di sepanjang Sungai Golok, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Saad; Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Mohd. Adni Ibrahim dan Pengerusi Sukarelawan Banjir (Sukba), Ghazali Ismail.
Abdullah berkata, persediaan awal itu bagi memastikan kelancaran tugas ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan oleh agensi penyelamat dan pihak berkuasa.
Katanya, antara kampung yang sentiasa dinaiki air ialah Kampung Lanang, Gong Kedap, Tersang Lubuk Stol dan kawasan pekan Rantau Panjang
Setakat ini, bacaan terkini menunjukkan air Sungai Golok meningkat kepada 7.91 meter iaitu menghampiri paras amaran.- UTUSAN ONLINE


Etnik Rohingya bersyukur Malaysia perjuangkan pembelaan 

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Etnik Rohingya di Malaysia bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tegas memperjuangkan pembelaan terhadap etnik itu yang sedang ditindas di Myanmar.
Setiausaha Persatuan Rohingya di Malaysia Nursobi Muhamad Sultan berkata, pemimpin-pemimpin negara lain kini perlu mencontohi ketegasan Najib dalam memperjuangkan hak asasi kemanusiaan itu.
"Kami (etnik Rohingya) bersyukur dan berterima kasih kerana PM Najib sanggup hadir pada hari ini dan bersama-sama ingin memperjuangkan nasib yang kami hadapi selama ini.
"Ini menunjukkan PM Najib amat mementingkan nilai kemanusiaan walaupun etnik kami bukan sebahagian daripada negara ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

LUAR NEGARA

Krisis kemanusiaan di Aleppo semakin meruncing

GENEVA 3 Dis. – Krisis kemanusiaan di Syria semakin meruncing apabila kira-kira 31,500 penduduk awam dipindahkan dari timur Aleppo selepas bandar itu ditawan semula oleh tentera kerajaan.
Menurut agensi berita Xinhua memetik jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, angka itu termasuklah 26,500 pelarian yang berpindah ke Sheikh Maqsoud dan 5,000 orang di beberapa kawasan timur Aleppo.
“PBB sedang mencari jalan penyelesaian untuk membekalkan keperluan kepada semua pelari­an,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Semalam, tiga pasukan antara agensi PBB telah dihantar untuk menilai keperluan pelarian yang baru tiba dari timur Aleppo.
Tambah Dujarric, terdapat laporan menyatakan penduduk awam ditahan ketika cuba memasuki kawasan penempatan dikawal kerajaan, manakala 45 orang terbunuh dalam satu sera­ngan pada Rabu lalu apabila sedang berpindah ke barat Aleppo.
“Dengan tibanya musim sejuk dan kemungkinan beribu orang melarikan diri dari bahagian timur bandar itu dalam tempoh beberapa hari, kami bimbang tentang masalah ruang tempat tinggal yang tidak mencukupi.
“Sesetengah kem pelarian sudah penuh manakala beberapa lagi hanya sesuai diduduki selama beberapa hari,” ujar beliau.
Menurut Dujarric lagi, penduduk awam yang masih tinggal di kawasan dikepung di timur Aleppo masih berada dalam kea­daan tidak menentu.
“PBB bersedia menyediakan bantuan segera dan memindahkan penduduk awam yang memerlukan rawatan dari bandar itu. Di samping itu, trak bekalan kemanusiaan akan te­rus dihantar kepada mereka di timur dan barat Aleppo,” katanya. – BERNAMA

Trump ulangi dasar tutup pintu kepada pendatang

OHIO 2 Dis. – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Donald Trump memulakan siri jelajahnya semalam sebagai tanda terima kasih kepada rakyat negara itu di atas pemilihannya sambil mengulangi kenyataan untuk melaksanakan dasar-dasar yang dijanjikan sebelumnya.
Dalam ucapannya ketika berada di Cincinnati dekat sini, Trump mengulangi janjinya untuk me­n­yatupadukan penduduk AS selain mewujudkan le­bih banyak industri pe­kerjaan kepada mereka.
Pada masa yang sama, pemimpin itu juga berikrar untuk menutup semua pintu sempadan di AS daripada dicerobohi kumpulan pendatang dari Asia Barat dan Mexico.
“Tidak ada lagu khas untuk masyarakat sedunia, tidak ada mata wang sedunia dan tidak ada sijil untuk memberi pengiktirafan kepada warganegara sedunia.
“Kami melafazkan ikrar taat setia kepada satu bendera sahaja iaitu bendera AS,” katanya yang bersedia memberi keutamaan dalam segenap aspek kepada semua penduduk AS terlebih dahulu.
Dalam perkembangan berkaitan, Trump membe­ritahu, pihaknya terpaksa mengetatkan keselamatan di pintu sempadan antarabangsa AS sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kebanjiran pendatang ­asing terutamanya dari Asia Barat ke negara itu.
“Ramai pendatang termasuk dari Asia Barat ­datang ke negara kita. Masalah­nya, kita tidak tahu siapa mereka, dari mana asal usul mereka, apa yang mereka fikirkan dan kita mesti hentikan perkara ini,” katanya.
Sementara itu, bebe­rapa nama telah dipilih untuk menyertai barisan ke­pemimpinan baharu Trump selepas ini.
Antaranya termasuklah bekas eksekutif Goldman Sachs, Steven Mnuchin yang dilantik mengepalai Jabatan Perbendaharaan AS dan bi­lionair, Wibur Ross sebagai Setiausaha Perdagangan AS.
Jawatan Setiausaha Ne­gara AS bagaimanapun masih belum di­sah­kan dengan beberapa calon telah menjalani sesi temu duga termasuklah bekas calon Presiden AS daripada Parti Republi­kan pada tahun 2012, Mitt ­
Romney. – REUTERS

POLAND

Giant Christmas tree brings festive cheer to Polish capital

Warsaw's authorities have spent PLN 6.5 million on 20 km of energy-efficient fairy lights, twice as many as last year, and some 1,300 decorations to bring festive cheer to the capital.
More streets than ever before will be adorned. Displays will be spread throughout Warsaw's centre after last year's event posed a security risk by drawing a massive crowd to just one location.
There will also be concerts, dance shows and an ice sculpture exhibit in Warsaw as the decorations are lit. They will be on show until February 2017.

Poland wins team event at ski jump World Cup

Polish jumpers Piotr Żyła, Kamil Stoch, Dawid Kubacki and Maciej Kot scored a total of 1,128.7 points.
The German and Austrian teams rounded out the top three, receiving 1,087.2 and 1,086.3 points, respectively.

No comments:

Post a Comment