Mar 17, 2013

ENTRIES



Assalamualaikum wbt....

ENTRY 1 :

http://www.youtube.com/watch?v=lU4NhwjYDro (video Nouman tentang the people of taqwa )

“Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang berTAQWA”
(3:133)

ENTRY 2 :
Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata:

"Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku".

Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)".

Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata:

"Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, ampunilah dosaku".

Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)".

Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata:
"Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, ampunilah dosaku".

Lalu Allah berfirman: "Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau".

[HR Bukhari dan Muslim]

“Katakanlah, wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Mengampuni Maha Penyayang.” (39:53)

 Ayuh, apa tungguh lagi.. Pintu taubat masih luas terbuka !





Penulis:

Anak Mithali
Pelajar perubatan tahun enam
Medical University of Warsaw

No comments:

Post a Comment