Mar 2, 2013

OH IBU OH MAMA


  


Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya:

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi,
 “Ibu kamu”
“Selepas itu?”
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi, “Ayah kamu”


************************************************************************************************************

Kita seringkali mendengar betapa peritnya kesakitan seorang ibu untuk melahirkan anaknya. Kesakitan yang hanya seorang ibu sahaja mampu alami dan melaluinya. Kesakitan yang tidak mungkin dapat ditanggung oleh seorang adam yang zahirnya lebih kuat dari seorang hawa. Inilah kuasa wanita yang Allah kurniakan istimewa untuk kaum hawa sahaja.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”                                                                                                                                [Luqman 31:14]

Tidak cukup dengan hanya mendengar sahaja, pengalaman melihat dan belajar mengenai kehamilan dalam kelas obstetrik dan ginekologi selama 2 minggu memberikan 1001 sebab mengapa kita perlu lebih menyayangi ibu kita.

Di sini saya akan kongsikan beberapa sebab :

 1) Kehamilan yang dimulakan dengan tanda-tanda seperti  loya, muntah-muntah, tidak tahan dengan bau-bauan dan sebagainya, tidak pula ibu kita mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya malah menanti-nantikan kedatangan kita. Jika ya, kita tidak akan berada di dunia ini.

       2)  Sepanjang 9 bulan (term baby = 37-42 weeks) membawa kita ke sana ke mari di dalam rahimnya, berat badannya meningkat dan menjadi gemuk (wanita mana suka jadi gemuk!) Tidak pula mereka merungut tentangnya. Malah makan lebih banyak daripada biasa semata-mata supaya kita sihat dalam kandungannya. (Sebenarnya, penyataan tentang ibu mengandung perlu makan untuk 2 orang adalah suatu mitos ya, kawan-kawan)

  3) Penantian untuk menunggu bukaan serviks sebanyak 10 cm disertai dengan doa dan harapan supaya anak dalam kandungan dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang komplikasi (ada yang ditemani oleh si suami, nasib baik ada yang teman, kalau tidak… mereka ditemani oleh jururawat dan juga doktor saja. Dari ‘antepartum risk’ (pre-eclampsia, eclampsia, abruption placenta, placenta previa, etc), ‘intrapartum risk’ (uterine atony, uterine rupture, vasa previa, etc) sehinggalah ‘postpartum risk’ (birth canal injuries, inversion of uterus, placenta accrete/increta/ percreta, etc), mereka sedar akan risiko-risikonya, tapi masih tetap meneruskannya. Kenapa? kerana kasih sayangnya pada kita walaupun belum pernah berjumpa kita. Biarpun ada komplikasi, nyawa sendiri jadi taruhan.

  4)  Semasa ‘vaginal delivery’, ada kemungkinan ‘episiotomy’ (surgically planned incision on the perineum and the posterior vaginal wall during second stage of labor) terpaksa dilakukan. Sudahlah terpaksa digunting, kemudiannya dijahit. Selepas 5 hari, jahitan akan dibuka. Ya Allah, sakitnya! Daripada riak dan komen pesakit, mesti sakit sangat ni. Sampaikan terpaksa mengatakan  “Selepas ini saya tidak mahu melahirkan anak lagi”. Walaupun kata-kata sebegitu dikeluarkan, kita tahu dia tidak memaksudkannya. Seorang ibu juga manusia biasa.

  5)  Apabila selesai melahirkan anak, perlunya kita ini disusukan, ditukar lampin dan baju, dibelai manja, dilayan kerenah-kerenah kita dan sebagainya. Dengan itu, bermulanya tugas yang tiada penghujungnya melainkan maut datang memanggil. Dia tidak dibayar gaji, seorang ibu sepenuh masa, tiada istilah cuti dalam hidupnya.

Selama hidup lebih dari 20 tahun, fikirkan apa yang telah kita buat untuknya. Sama ada membuatnya menangis kesedihan atau kegembiraan.

Rasulullah SAW pernah bersabda;
'Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.  (HR Tarmizi dan Hakim)
                                                                                                                                                              

Wallahualam

Penulis:

Nur Elfira Isma Ismail
Pelajar perubatan tahun lima
Medical University of Warsaw



No comments:

Post a Comment